THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, January 29, 2011

Koleksi Geli Perut Aku - Johan Raja Lawak kenakan Amani


banyak adegan 'kantoi' kat sini..
kesian amani..
apa-apa, dorang memang TERBAIK!!!

Oh Yeah! - Azman and the computer



bila cuti ni, tenet kat bilik laju kot..
tengok u-tube macam tengok tv je......
HAHA~

Friday, January 28, 2011

tarik nafas...hembus!

salam..
       saat sekarang ni, aku tengah pratikkan satu sesi latihan untuk mengurangkan stress..mula-mula kau tarik nafas dalam-dalam dan hembus..ok, good..kalau nak lebih mujarab, kau hembus nafas busuk kau tu kat muka orang ofis kolej!! lebih busuk nafas kau tu, lebih mujarab lagi untuk hilangkan stress..nak-nak kalau time kau baru lepas bangun tido dan terus redah ofis kolej dan hembus udara bercampur air liur basi kau tu kat muka mereka..biar padan muka dorang..

       oh, aku dah berazam untuk tidak menyebut perkataan yang tidak elok walaupun sebut perkataan 'BODOH' sekalipun. cool, babe..ni memang dugaan detik-detik akhir menjadi student UKM..sabar, banyakkan berzikir tapi, aku kena luahkan juga kat sini..aku taknak simpan dalam hati, buat tambah kusut je nanti..

       aku taktahu la sampai bila aku boleh bertahan dengan kolej ni..masuk hari ni, baru dua hari takde air..ok, start dari pukul 8.30 pagi semalam sampailah saat aku menulis entri ni..siapa tak bengang oii? <-----rilex ah, baru dua hari takmandi..aku malas ah nak pergi merempat kat kolej orang lain lagi..ni pun, baru je balik dari lepak bilik kawan..dah la takde notis apa-apa..tup..tup..terus takde air..tension tau tak?

      bila penghuni mengadu kat FB kolej, orang ofis suruh bersabar..weh, kami dah puas bersabar tau tak? sepanjang 3 tahun aku duduk kolej ni, makin kerap takde air..cuba kau cari alternatif lain macam sediakan tangki air untuk kitorang ke apa..ni tak, kau hanya bagi lori tangki air untuk budak PERMATA PINTAR tu je...ye la, orang pintar ni kena jaga..mana boleh takmandi sehari..nanti otak tu jammed plak, ye tak? kami ni hanyalah budak UKM yang takpandai macam dorang tu..tapi, kau ingat kami takbayar ke yuran kolej? kau ingat kitorang kebulur sangat nak duduk sini? weh, aku cakap kat kau la yang kolej lain taknak terima kami yang berstatus kolej kau ni? kau faham tak? betapa susahnya kami nak apply kolej lain..kena interview bagai..

      satu je aku nak cakap ni, kalau betul kau rasa takmampu nak bagi keperluan lengkap untuk penghuni, baik kau jual je kolej ni dekat pihak UKM..ni tak, bila UKM nak beli, kau naikkan harga..lepas tu, kau bagi blok terbaik kolej dekat permata pintar tu..then, kau suruh kami merempat dekat blok E yang terbiar tidak berpenghuni..then, bila sibuk-sibuk kes histeria, panggil ambulans, angkut budak histeria tu dan buat bacaan yassin..oh, nampak macam dah settle la kan? tapi kau takpernah fikir tekanan yang kami rasa..

       aku dah malas nak menaip walaupun banyak yang takpuas hati lagi ni..aku harap, sebelum kau dan sekutu-sekutu kau tu terputus nyawa, bertaubatlah..ni dah masuk dalam kes menganiaya manusia lain..duit yang kau bagi anak bini kau makan tu, aku taktau la camne...bertaubatlah sebelum terlambat, itu je pesan aku..

       oh, ya, kepada sesiapa yang mohon UKM induk ni..apa yang paling penting, korang semua perlu tengok kolej apa yang korang bakal duduk..kalau kau sebut nama kolej tu dan ex-UKM gelak dan cakap bersimpati dengan korang..maknanya, korang kena standby mental dan emosi korang..jangan jadi macam aku ni..ingat lagi, sebelum aku masuk UKM ada jumpa seorang ex-UKM ni..bila aku sebut je nama kolej aku tu, terus dia senyum dan sentuh bahu aku..dia cakap, " kolej tu jauh dan banyak dugaan.." tapi, time tu, aku buat-buat taktahu je la..aku ingat aku kuat, rupa-rupanya tak.. :(

Thursday, January 27, 2011

1,2,3..peace!!

salam..
       bila dah start cuti ni, tetiba taktau nak buat apa kat bilik sorang-sorang ni..roomate? dia busy bertapa dekat dalam lab haiwan..kawan aku, si ema tu, dari tadi duk tido je..aku bosan dowh..nak basuh baju? air kat kolej takde kot..so, takboleh nak basuh<-----alasan 

        tido? dah puas tido ni..katil pun dah muak tengok aku kot..mr pooh aku tu dah lunyai sebab selalu kena peluk..online? bosan jugak..taktau nak usha-usha apa lagi..so, aku pun main-main la dengan encik kamera ni..godek-godek kamera sambil syok sendiri..

        dah nak dekat sebulan beli kamera tapi memang takde masa nak godek-godek setiap function button tu..asal boleh snap pic, ok la kan..rupa-rupanya kamera tu boleh setting macam-macam..pendek kata, nak dapat gambar yang macam siap diedit pun boleh..takpayah guna software, semuanya dah ada kat dalam kamera ni..canggih kan kamera ni? yang aku punya ni masih dikira agak baru kot sebab brand lain takde lagi yang jual jenis camni..kalau tak silap, baru start jual dalam tahun 2010..tapi kan....kabel kamera ni dah rosak, so takboleh nak transfer gambar..nasib aku dapat waranti 3 tahun, so boleh mintak tukar la... :P

[kredit pic : atuk google]
           mula-mula beli kamera ni aku macam takberapa nak yakin sangat..ye la, kalau ikut idea pendek akal aku ni, memang nak rembat canon ixus atau olympus 'miu tough' tapi, tetiba boleh berkenan dengan samsung plak..jangan tanya aku kenapa tak pilih sony..aku dah serik dengan sony ni..hp aku tu tengah tunggu masa je nak kena 'kick out from my life'..berdasarkan pengalaman aku la kan, bateri sony hanya mampu bertahan selama 2 tahun..lepas tu, bateri tu akan mula probs..siyes, aku dah serik! lepas ni, aku nak guna nokia balik..kang menyesal taksudah :(

           aku suka kamera ni sebab ada tambahan skrin depan..siyes, memang mesra pengguna la..kau dah takpayah nak suruh orang snap pic kau tu sebab kalau kau ambil sendiri pun konfirm jadi..takkan ada probs dengan muka senget, mulut muncung atau hidung terlebih kembang ke apa..ini semua sebab bantuan skrin depan tu la..then, tadi bila dah godek-godek kamera ni, aku baru perasan yang skrin depan tu juga akan membantu kau dalam menentukan tahap kesediaan kau..kalau kau terlebih senyum, memang automatik kamera ni akan snap pic kau tanpa perlu kau tekan apa-apa button dan yang paling takboleh blah, siap paparkan nombor kiraan lagi..gila aku jakun jap! HAHA~

           kualiti gambar pun ok je tapi tidaklah setanding DSLR..ada banyak function button, so kena pandai adjust la..mungkin sebab baru lagi, so bateri sangatlah bertahan lama walaupun dah banyak gambar yang di'snap'..sepanjang tempoh ni, aku baru charge dua kali iaitu time mula-mula beli dan latest, last week..overall, buat masa sekarang ni, semua ok lagi la kecuali masalah kabel tu dan aku harap encik SAMSUNG ini tidak akan mengecewakan aku sepertimana SONY..

           oh ya, mp4 aku dah rosak..gila kecewa tapi takpe la, dah lama pun mp4 tu berkhidmat untuk tuan dia yang sorang ni sejak 2008 lagi..sekarang nak tak nak, kembali semula kepada mp3 philips yang aku beli sejak 2006..kembali semula kepada zaman batu..oh, aku bukan taksuka tapi mp3 tu kena guna bateri yang kecik [3AA kot?]..dah la bateri tu mahal..ok, dulu aku pakai bateri sony yang boleh charge tu, perghhhhhhh panas hati betul..beli mahal-mahal tapi taktahan lama pun..aku dah serik dengan produk sony ni..apakah?

         bagi aku, kadang-kadang barang berjenama ni laku atas sebab NAMA je..tapi, kualitinya takde la hebat sangat pun..ok, ni bukan entri nak jatuhkan maruah sony ke apa, tapi aku just bagitau apa yang betul berdasarkan pengalaman aku je..peace no war, ok?

mungkin itu bakal menjadi kenangan terindah aku..

salam..
        yeay! cuti CNY dah start..malam ni budak-budak genetik dah balik rumah masing-masing..aku? memang confirm takbalik rumah tapi....ada satu kejutan yang best untuk cuti kali ni..apakah? masih lagi tersenyum..[malu~]

        taksabar nak tunggu sabtu ni..nak jumpa orang penang...ya, budak USM nak datang UKM? kecoh dowh nanti..taksabar nak bawak dia p jejalan, bawa pergi makan sate kajang..i like it!! aku rasa ni lah sambutan besday yang paling best! sanggup dia turun KL semata-mata nak habiskan cuti CNY dengan aku? siyes, senyum lagi............ :)

         semalam pun roomate asyik tegur..dia kutuk aku cakap aku dah start tersenyum sorang-sorang..errk? weh, siapa taksenyum kalau orang kesayangan nak datang? tengah plan nak jalan-jalan kat mana dulu ni ('.'?)
siapa yang nak datang tu? inilah dia.....

jeng..jeng..jeng..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tada...........
[adik kesayangan aku]
         rindu sama dia..dah lama takborak sengal-sengal dengan dia..last cuti sem hari tu, dia busy daki gunung kot..balik rumah, kuku kaki dah tercabut bagai..so, takboleh nak jalan-jalan dengan dia..dulu, saudara-mara suka panggil kitorang kembar [padahal beza setahun kot] sebab saiz badan lebih kurang je..sekarang, orang selalu tertukar ingat dia kakak dan aku ni adik..<----nampak macam aku ni lebih muda atau disebabkan kependekkan aku?

        lagipun, kitorang ni selalu je berkepit..kalau kakak buli aku, dia yang tolong lawan balik..kalau aku sedih, nangis time kecik-kecik dulu, dia pun join sekali..[sengal kan adik tu] dah besar ni, kalau aku tension, ada masalah apa-apa pun, memang dia je yang tahu..dialah kotak rahsia aku..jujur kot budak ni dan pandai simpan rahsia..<---tu yang sayang lebih tu.. :)

          tapi minat kitorang ada sikit beza tapi itu yang melengkapkan gabungan ni..kalau kat MRSM dulu, cikgu-cikgu suka sindir kitorang sebab penguasaan akademik yang berbeza..ya, aku dan dia dapat satu MRSM kot..aku suka bio dan selalu settlekan kerjarumah [baca : homework] bio dia dan dia pula selalu buat latihan add math aku..tapi, time exam, dua-dua kantoi..aku dapat result teruk untuk math dan dia bio..tu yang sedap makan sindiran sedas dua dari cikgu-cikgu ni..best kan ada adik camni? pendek kata, aku dengan dia ni sekepala..gaduh? kitorang gaduh manja-manja je..taklebih dan takkurang dari sejam..HAHA~

         oh ya, semalam sepupu kat USM macam excited jugak nak datang sini..wah, gila ah..kat bilik aku jadi reunion untuk sedara-mara kah? penganjur terbesar untuk cuti kali ni ialah UKM iaitu aku dan sepupu..next cuti, kitorang nak serbu USM penang plak..apakah?

Wednesday, January 26, 2011

alhamdulillah..

salam..
        pagi semalam dikejutkan dengan panggilan dari orang ofis HUSM..dalam keadaan 'mamai' baru bangun tido tu, aku angkat jugaklah telefon..malu, ok! ada ke patut cakap dengan suara yang ayuuuuuu tu...HAHA~alhamdulillah, aku dapat buat praktikal kat HUSM dan surat tawaran akan menyusul kemudian..matlamat sekarang, lupakan harapan kat IMR tu [ini]..

         lepas dapat call tu, terus beritahu mak..mungkin dia orang pertama yang gembira dengan berita ni..ya, mak yang cadangkan aku untuk apply kat HUSM sedangkan ayah mengharapkan aku untuk dapat IMR..maaf, hati aku dah putus asa untuk IMR tu..akhirnya, aku berpeluang kembali ke negeri sendiri setelah sekian lama merantau..

         aku ni orang kelantan tapi lagu negeri sendiri pun taktau..nak suruh cakap dalam loghat kelantan? mesti orang kelantan sendiri akan gelak besar bila dengar aku bercakap dalam bahasa tu..sedih bukan? ya, aku TIDAK pernah bersekolah di kelantan..tidak pernah sama sekali..so, agak logik la kan jika aku tidaktahu lagu dan loghat kelantan..cukuplah aku merantau di pahang, terengganu dan area KL ni..sekarang, aku akan kembali semula ke negeri asal..yeay, akhirnya dapat jugak aku pulang ke rumah! 3 bulan di kelantan? aku rasa mak lah orang pertama yang gembira dengan keputusan ni..akhirnya, dia dah takpayah susah-susah memujuk aku untuk pulang ke rumah..HAHA~

        so, kepada ayah, maaflah sebab kecewakan ayah buat kali kedua..selepas tolak harapan ayah untuk terima tawaran asasi undang-undang dulu, sekarang IMR pula..maaf tapi kadang-kadang ayah selalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk aku..padahal, aku ni anak biasa sahaja..

        apa-apa pun, aku sangat bersyukur..akhirnya, ada jugak yang mahu menerima aku untuk buat praktikal. alhamdulillah...lepas bulan 4 ni, aku akan pulang ke kelantan dan insyaallah, bulan 10 ni grad..lepas habis zaman universiti, masuk alam pekerjaan pula..pasti lebih mencabar bukan? takutnya......

[ sangat excited untuk dapatkan kembali jujukan DNA seperti ini]

[3 bulan melakukan kerja ini? ]

[rindukan saat itu]

Monday, January 24, 2011

Inilah Cinta..

salam...

gelak tengok video klip ni..HAHA~

 "saya suka awak! "

susah kan nak luahkan perasaan SUKA kat orang lain?
malu? ye kot..
tapi, baik luahkan sekarang sebelum menyesal..
kalau pendam lama-lama ni mahu makan hati nanti..

takut direject?
bagi aku, baik kena reject dari terus menunggu kan?

" Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.. "

p/s:
-kalau rajin, bacalah blog [ni]..siyes, aku suka entri tu!

Sunday, January 23, 2011

Carta hati (original song) - najwalatif



aku suka dengar lagu budak ni..
dari dulu lagi nak belajar main gitar tapi takpenah dapat pun..
sedih kan?

aiii, dik..banyak main dengan tiga je ni?

salam..
        oh, hari ni dah ahad rupanya..tak rasa macam cuti pun sebab terlampau yang amat sangat rajinkan diri untuk menyiapkan assignment [tu]..
alhamdulillah, semua dah settle.. :)

        hari ini hari ahad dan kat sini cuti tapi bukan di kelantan..so, alang-alang dah free ni, ambil la kesempatan untuk call orang ofis HUSM untuk tahu status praktikal camne..ya, tetiba aku rasa excited nak buat praktikal di kelantan je..malas dah nak berharap dengan IMR [baca : institute medical research] tu..rasa macam tak adil je sebab ramai yang guna 'orang dalam' untuk diserapkan ke sana..aku? sah-sah la kebarangkalian untuk ke sana dah semakin rendah sebab aku guna 'diri sendiri'..siapalah aku untuk lawan dengan kekuatan 'orang dalam' tu?

       dari situ aku belajar something la, even kau belajar macam orang gila, 24 jam berkepit dengan buku, kau telan buku, even kau dapat pointer dekan setiap sem pun, semua tu orang dah takpandang weh..apa yang penting? kau kena pandai curi ambil peluang orang lain..aku rasa nanti kat IPTA/IPTS kena wajibkan student-student untuk ambil subjek 'bagaimana nak menipu demi kebaikan diri sendiri'...zaman sekarang ni orang sanggup buat apa saja demi kepuasan diri sendiri..dah tak ada rezeki aku untuk ke sana, nak buat camne kan? <----ayat redha

       chop! aku rasa macam aku ni dah mengarut dowh..ok, masuk balik topik..oh ya, tadi aku call orang ofis HUSM tu..act, dari last week lagi call tapi hari ni dah deal dengan orang sana untuk tahu keputusan..entah, tadi ada probs sikit so orang sana suruh aku tinggalkan phone no kat dia..nanti dia akan call balik untuk confirmation..aku pon bagi je la "..bla..bla..bla.."..aku rasa macam phone no aku tu tak ada la susah sangat pun tapi kenapa aku sampai kena ulang 3 kali?..then, dia boleh cakap camni " aiii, dik..banyak main dengan no tiga je ni ? " ..aku blur jap..pelik ke? takpe, lain kali aku pilih no camni je la : 012-3456789..amacam?


moral of the story :
-jangan guna 'orang dalam'..takbaik untuk orang lain..
-jangan pilih no yang banyak sangat berulang..nanti orang banyak soal!

Saturday, January 22, 2011

kenangan bersama friendster dan myspace..

salam...
        rajin plak aku meng'update' blog hari ni..well, memang tak boleh nak study la hari ni..[-alasan-] tetiba tadi aku ter'rajin' plak nak on friendster dan myspace..siyes, dah berkurun kot aku taksentuh langsung benda alah tu..ni semua sebab busy  mukabuku [baca : FB]

       sementara tunggu megi aku ni masak sampai kembang, aku pun pergi la godek-godek fs dan ms jap..nasib ingat lagi password dua-dua tu kalau tak sedih gak la kot..bila aku tengok balik profile tu, sumpah aku GELAK!! haha, macam takpercaya itu profile aku..budak-budak sangat..paling takleh blah, gambar dan ayat tu...skema habis kot..HAHAHAHAHHA...

[ayat bebudak sangat..HAHA]
      tapi kan, aku takrasa macam nak delete semua akaun ni sebab tu semua kenangan la..ala, zaman sekarang ni kita duk bangga sangat dengan FB tu, lama-lama jadi kenangan juga..bagi aku, benda-benda camni mudah sangat berubah..hanya tunggu dan lihat je la sampai bila dunia sekarang duk menggila dengan FB tu..aku pun dah mula bosan..

ada cadangan lain?

jangan mengeluh..

salam..
      aku ni kan selalu je 'blur' bila weekend..kerja banyak tapi macam tak ada mood je nak buat..buruk perangai ni, haila~ mood aku biasanya akan datang bila due date assignment tu tinggal lagi beberapa jam je..time tu, idea aku mencurah-curah kot..well, aku ni kan budak last minute..so, dah jadi habit la bila suka buat kerja-kerja berisiko camni..pastu, mula la aku ni duk menyesal sebab tak buat awal-awal dulu..janji nak berubahlah pasni..bla..bla..bla..tup, tup..kerja last minit jugak! haish~

     aku ni kan, buruk betul perangai..tak tau la kenapa tapi aku ni jenis manusia yang suka mengeluh..penat sikit mengeluh..malas sikit mengeluh..tenet lembap sikit mengeluh..tension sikit menangis [errk..?] padahal mengeluh ni takbaik..ya, aku tahu tapi mulut aku ni mesti akan berbunyi jugak! aku pun taktau aku ikut genetik belah mana ni..HAHA

     macam sekarang ni, aku ada banyak assignment nak kena submit isnin ni tapi taksentuh apa-apa pun lagi..salah satu assignment tu kena masuk web [ni] untuk tengok video animation dan tulis satu esei pasal video tu..ya, nampak macam senang kan? tapi, bagi aku susah ok! sebab aku lebih prefer untuk tulis esei dalam BI tapi prof nak dalam BM..perit tahu tak nak translate satu-satu? prof cakap semua ini untuk kebaikan juga sebab soalan exam memang dalam Bm..so, sekarang ni kena biasakan diri dengan 'term-term' sains yang telah dibahasaMelayu kan.. ('.'!)

    aku memang taknak mengeluh tapi aku nak memaki sikit je sekarang ni [maki dalam hati] camne aku nak buat assignment tu kalau tenet kat bilik aku ni cam siput 'teeeeeet' je dari tadi ?? dah, jangan mengeluh dan mencarut..takbaik...arrghhhh!

[geram tengok benda ni dari tadi..sakit hati, tau tak? ]

kawal emosi itu..

salam...
       masih ingat lagi akan entri [ini] dan [ini] ? ya, aku ingat isu ini dah settle sejak dua minggu lepas, maksud aku semua orang boleh terima yang aku memang TAKKAN berganjak dari keputusan tu tapi....

kakak : weh, mak suruh akak balik..
aku : apsal plak? kan dah cakap taknak balik ari tu..
kakak : mak suruh akak gantikan tempat aku..
aku : apsal plak?
kakak : aku ada kerja la..so, takleh balik..lagipun mak dah beli tiket dari sana..
aku : habis tu, camne dengan semua plan akak kat sini? upi [adik] camne plak?
kakak : yang tu aku boleh handle 'kot'..
aku : kot?? eh, hello..benda ni takleh nak main-main..apa, ingat dekat ke sunway dengan kajang ni? terkejar-kejar plak nanti..tak percaya kat mung..
kakak : tapi, mak suruh akak balik..
aku : cari solution lain..jual tiket tu..akak memang TAKKAN balik..
kakak : akak....


         gila kental aku nak pertahankan jugak dengan keputusan yang dah dibuat tu dan sekarang ianya bertambah complicated sebab aku dah ada plan 'baik' punya dengan adik [upi] yang sanggup turun KL semata-mata mahu habiskan cuti CNY bersama aku..semua plan berjalan dengan lancar sehinggalah kakak yang kat sunway tu call dan cite pasal ni..bukan taknak balik tapi memang tak rasa nak balik pun..lagipun, kat rumah tak ada orang..haila, taktau la camne ni..


        tapi, tadi teruk jugaklah kakak tu kena marah dengan aku..entah kenapa, tetiba aku jadi cepat naik angin tadi..tetiba jadi emosi taktentu pasal..aku satu je, bila emosi dah menguasai diri, aku akan diamkan diri..buat-buat takdengar apa-apa..teruk kan? kesian kat kakak tapi aku memang TAKKAN berganjak dari keputusan ni..maaflah, aku memang anak yang degil dan keras kepala..see, aku sudah mengecewakan orang lagi..tak suka, tahu tak?


tetiba terfikir..patutkah aku mengalah kali ni?

Friday, January 21, 2011

antara kesedapan atau kesakitan?

salam..
       well, semua orang tau kan semalam cuti thaipusam tapi kat kelantan tak cuti, ok! so, semalam aku terpaksa rela hati keluar untuk teman kawan yang sorang tu..act, tak kesah pun keluar lepak-lepak ni tapi maybe sebab aku dah keluar sehari sebelum tu, so memang rasa malas gila ah nak keluar lagi..penat,ok! tapi, last-last keluar la jugak..kalau duk kat bilik pun, bukan ada kerja sangat..

      lepas lepak-lepak kat mines, kitorang bajet nak balik sebelum malam..so, sebelum balik, ada sorang member ni  ajak pekena old town white coffee dulu..oh, aku ni bukan jenis manusia yang boleh minum kafein..kalau tersilap minum, mahu pening kepala tak boleh bangun ni..tapi, alang-alang dah ada orang nak belanja dan lepak plak kat old town, apa barang order air teh kan? nak tak nak, mesti kena try juga kesedapan coffee kat sini..


     ok, mula-mula sedut minum air tu, rasa macam okay je..tapi, aku memang tak mampu nak habiskan air tu..then, ada la order makanan sikit-sikit..lepas siap makan, kitorang blah..time tu, memang tak rasa apa-apa lagi..tapi, dalam pukul 8 lebih, aku dah rasa tak sedap badan..pening kepala, rasa nak muntah dan rasa macam berkhayal jer..ahh, sudah time tu aku dah syak yang aku mabuk kafein ni..lepas mandi, aku online jap dan dalam pukul 10 lebih, aku dah tak boleh nak bangun dah..then, aku duduk bertapa atas katil sambil sapu minyak angin kat perut..

     roomate aku tengok pelik je kat aku..then, terbongkarlah rahsia yang aku terminum sengaja minum nescaffe tu..dia punya bebel tu mengalahkan mak cik-mak cik..adoooi, tapi tahan je la..aku plak takkan nak diam je kan..mesti la mempertahankan alasan yang tidak munasabah kenapa aku boleh minum air tu..tapi, ada satu ayat dia yang buat aku teringat sampai sekarang...

aku : apa barang masuk old town tapi tak rasa kesedapan air nya?
roomate : apa barang bila keluar je dari old town terus sakit? kesedapan atau kesakitan?
aku : erkk..?
roomate : lain kali, jangan duk gatal minum nescaffe, ok! ko tu kalau sakit, mulut tak boleh nak diam jugak..
aku : huh!


pedas dowh ayat dia dan aku terus senyap.. huhuu T_T..sakit-sakit pun kena marah lagi?

Thursday, January 20, 2011

suka atau cinta?

salam..
      dulu, aku selalu konfius antara definisi 'suka' dan 'cinta'..bagi aku, kalau dah suka tu, kira macam jatuh cinta juga la kan..pendek kata, kira macam satu pakej terus..well, itu dulu..biasalah, pemikiran budak-budak bawah umur..tapi, bila dah makin dewasa dan matang ni..[errk, matang ke?], aku dah pandai bezakan antara dua 'term' tu..contoh camni la :

a) aku suka mr A dan mr Ir [tamak kan aku ni?] tapi aku tak cintakan mereka..bagi aku, mereka berdua hanya kawan aku..entah, aku rasa selesa kongsi cerita dengan mereka tapi bila aku dalam keadaan sangat memerlukan seseorang, aku tak cari mereka pun..malah, aku rasa sangat rimas bila mereka seperti terlalu risaukan aku..kalau aku rasa macam nak nangis sangat-sangat, aku akan pegang hp aku dan pandang pada satu nama ni..lepas tu, aku akan okay balik..HAHA~

b) aku suka pandang sorang budak ni..aku panggil dia 'budak muka suci'..maybe kawan-kawan aku ada yang dah tau sape...ok, aku mengaku la, aku memang suka tengok muka dia, senyuman dia dan tingkahlaku dia...tapi, takdenya aku nak jatuh cinta ke apa..sebab muka dan perangai dia sebijik macam muka kawan aku time kat mrsm dan matrik dulu..bila aku tengok muka budak ni, aku mesti akan teringatkan kat kawan aku yang satu tu..rindu?? errk, tak kot tapi mungkin aku terasa kekosongan sebab kawan aku ni selalu ada kat sisi aku time dulu tapi bila masuk zaman universiti ni, masing-masing dah terpisah jauh..tapi kan, entah kenapa kalau aku terserempak dengan 'budak muka suci' tu, tiba-tiba aku terasa macam malu gila tapi nasibbaik budak tu jenis selamba..pendek kata, jenis taksombong dan boleh dibuat bergurau.. :P

"...Perasaan CINTA itu dimulai dari mata, sedangkan rasa SUKA dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama...."

so, bagi aku, suka tak semestinya kita cinta kat orang tu..aku selalu tertanya-tanya, bila masanya aku akan benar-benar jatuh cinta? ok, cinta monyet dibuang ke dalam tong sampah! agak-agaknya, bila ya aku akan jumpa si DIA? adakah aku akan jatuh tersungkur di tangga dan DIA adalah penyelamatnya?? oh, sweet gila dowh! *pitam*
aku
 SUKA

mereka
tapi aku tak CINTAkan mereka!! HAHA~

p/s:
-sori, tergedik plak malam ni..maybe sebab excited sangat dapat jumpa pemain malaysia face to face kot..HAHA~

Tuesday, January 18, 2011

aku benci, ok!

salam..
        aku benci betul la kalau ada manusia yang jenis suka msg orang just saje-saje dan aku paling benci kalau manusia tu takpaham bahasa..aku rasa macam aku dah cuba untuk tak sakitkan hati dia..malas ah nak marah-marah ni..dia pon dah besar kan..adoii, rimas tau tak?

        so, to mr A..sori la, aku dah penat r nak main tarik tali dengan kau ni..tau tak RIMAS? aku rasa aku dah explain kat kau pasal ni..so, pleaseee respect keputusan tu...aku rasa selesa untuk jadi macam sekarang ni..tak kena kongkong, bebas buat apa yang aku nak dan aku tak payah nak fikir kena jaga hati sape-sape..so, please....boleh tak kalau kau berhenti kacau aku? kita just kawan, taklebih dan tak kurang dari tu..penat tau bila aku kena explain banyak kali kat kau! and lagi satu, kau tak payah nak bazirkan kredit untuk msg dan call aku..dan kau takpayah la nak minta maaf kat aku dengan kesibukan kau tu..ya, aku dan kau, dua-dua busy..then, it's okay la..buat masa sekarang, aku memang tak boleh nak beri apa-apa komitmen..aku harap sangat yang kau akan faham...sori, kalau aku kecewakan kau lagi tapi itu yang terbaik untuk kita..trust me, kalau kau sanggup tunggu aku untuk 5 tahun lagi pun, belum tentu lagi aku dan kau dapat bersatu..itu semua jodoh..tapi, andai kata aku dah jumpa jodoh lain, please doakan kebahagiaan aku..

"Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu..."

p/s:
-aku rasa kau patut ikut sifat mr IR..dia respect dengan keputusan aku.. :)

tawakal..

salam..
      semalam adalah hari yang sangat sibuk..bilik hanya menjadi tempat untuk tido, taklebih dan takkurang dari itu..hari ni baru ada masa untuk berehat..tapi, aku suka busy sebab ianya akan menyebabkan aku terleka seketika dengan masalah lain..

      sebenarnya, hati ini terasa gundah.resah..entah, mungkin aku terlalu berharap pada perkara yang belum tentu lagi menjadi hak mutlak aku..ya, aku sangat berharap agar perkara itu berpihak kepadaku..tapi, aku hanya mampu berdoa dan bertawakal agar masih ada rezeki untukku kelak dan aku mengharapkan yang terbaik dariNYA..mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..

      bak kata mak .." orang yang hak itu lebih berhak untuk berdoa..lambat atau cepat, doa itu akan dimakbulkan jua..bersabarlah, jangan mudah putus asa..." tipulah kalau aku cakap aku tak pernah putus asa dengan semua ini...tapi, tak salahkan kalau aku masih berharap pada perkara itu? kerana aku tahu yang aku masih ada peluang untuk mendapatkannya...amin.

"..our greatest weakness lies in giving up...the most certain way to succeed is always to try just one more time.."

tak salahkan kalau aku mengharap?


p/s:
-doakan untuk aku juga.. :)
-penantian itu satu penyeksaan tapi, ianya juga akan menguji sejauhmana tahap kesabaran kita..

Sunday, January 16, 2011

penat tau!

salam..
      aarghhh, sangat penat bila kau perlu bertapa kat meja belajar dan menyusun kromosom-kromosom yang sangat kecil ni..oh, weekend yang sangat best bila terpaksa menyiapkan assignment genetik manusia dan perubatan ni..stressssss! dah la keratan kromosom tu ada yang dah hilang,.penat tau bila kau kena cari benda tu merata-rata tempat tapi tak jumpa pun..penat tau bila kau kena stay up sampai 2-3 hari semata-mata demi kromosom-kromosom ni..






       oh, aku taknak jadi cytogeneticist! siyes, aku bukan jenis manusia yang penyabar untuk buat benda leceh ni..kalau kromosom-kromosom ni dah tersusun dalam satu sel kan senang..kerja aku observe je..ni tak, dah la kena kira ada berapa, then kena carikan pulak pasangan untuk setiap satu kromosom tu..leceh tak?

      ok, sentap tau bila aku tengah busy menyusun dan menampal kromosom ni, tetiba ada orang tu msg dan cakap yang aku ni sombong sebab tak reply msg dia..sori, study come first la dear!! aku taknak pujuk kau la, boleh?? ala, kalau aku pujuk sekarang pun takada guna juga, sah-sah kau tengah tido atau main game sekarang ni..dasar lelaki, kan? sentap tak sebab aku tak pujuk? HAHA.. :)

Saturday, January 15, 2011

kuat kah aku?

salam..
       kalaulah tangisan ini dapat menghilangkan kesakitan itu, sudah lama aku lakukan tapi hakikatnya TIDAK!! even menangis air mata darah sekalipun, ianya tetap sakit..malah bertambah sakit, bukan??

masih kuatkah aku?
sudahlah, kesat air mata itu..segalanya akan kembali normal selepas ini..aku hanya perlu bertahan, bertahan dan terus bertahan..itu pasti..


p/s:
orang sakit pun masih mampu menulis blog?? haila~
ketawa dalam kesakitan.. :)

bila sakit itu datang kembali..

salam..
       setelah hampir separuh hari terlantar sakit sambil duduk bertapa atas katil dan menangis seorang diri di dalam bilik [aku memang suka menangis kan??]..tetiba teringat kat rumah..ya, sakit yang sama datang kembali tapi hari tu mak ada di sisi, ayah ada untuk belikan ubat..hari ni?? tak ada sesiapa pun..hanya mampu mengalirkan air mata..dipegang telefon tu tapi tak sampai hati nak bagitau kat mak..nanti mak terlebih risau pula..terfikir juga, terlalu banyak aku ni menyusahkan mereka..sejak dari kecil, mereka terlalu banyak berkorban untuk aku..

       sejak dari kecil lagi, sudah terlatih untuk berpantang ketika makan..itu tak boleh, ini tak boleh..memang terseksa tapi waktu kecil dulu lagi teruk..mandi pun kena bercampur dengan air ubat..alhamdulillah, bila dah besar ni, sakit tu dah beransur pulih tapi ianya meninggalkan kesan yang tragis pada kulit..mungkin sel kulit ni dah mati kot..bila ada kulit yang terlalu sensitif , kita kena bijak pilih sabun..tapi ini dah kira sangat okey sebab aku dah tak payah nak pakai ubat krim, hanya perlu jaga makan je..no seafood..mak kata ubat untuk sakit kulit ni, air laut je..errk, betul ke?

       itu baru sejenis penyakit..sejak aku jatuh tangga hari tu, ada sakit lain pula yang datang..tapi, sakit ni memang perit..pendek kata, setiap kali datang menyerang, aku akan menitiskan air mata tahan sakit...kira macam sakit yang datang dalam satu pakej..sakit kepala, sakit belakang, kebas kaki/ kekejangan, sakit orang perempuan..bila sakit ni datang lagi, segala plan tergendala..nak turun beli makan pun dah tak larat..stok ubat pun dah nak habis..nanti nak kena beli lagi..kekadang terfikir juga, kenapa antibodi ni lemah sangat?? semua penyakit datang menyerang..

       kalau orang lain selsema, makan ubat biasa dah okey..aku ni, kalau selsema pun dah kena telan 2 jenis ubat yang berlainan..malam-malam tak boleh nak tido sebab sesak nafas..hey, badan..tell me what's wrong with me huh?? ye, nanti bila ada masa, aku pergi la buat medical check up tapi bukan sekarang..aku takut untuk tahu perkara yang aku tak nak tahu..boleh ke tulis camni?? cukuplah dengan sakit yang aku dah ada sekarang ni..

[berharap agar aku masih mampu tersenyum dan aktif seperti dulu]
      ah, otak aku dah mula mengarut..ok la, nak sambung buat assignment pula sambil mencari-cari keratan kromosom yang telah hilang..nanti sakit ni datang lagi, tergendala balik assigment tu,.. ('.'!)

bila pemandu itu adalah perempuan..

salam..

apa persepsi kita buat pertama kali apabila melihat pemandu kereta adalah perempuan??
a) perlahan time bawa kereta..
b) suka main redah je..
c) cepat kalut..
d) tak pandai parking kereta..

     al-kisahnya, seperti biasa, aku akan naik bas untuk pulang ke kolej..kalau kat universiti aku ni, setiap hari jalan JAMMED kot nak-nak kalau hari jumaat..kalau naik bas waktu biasa dalam 10 minit dah sampai kolej tapi kalau jalan jammed, mahu sejam kot duduk berpanas punggung dalam bas..huhuu T_T

     petang tadi, hampir sejam jugaklah tersekat dalam jammed tu..nasib aku bukan pemandu, kalau tak mesti penat. streessss kan..then, tadi ada lah sebuah kereta kancil ni yang dipandu oleh seorang pelajar perempuan dan kereta ini telah dihimpit rapat oleh dua buah bas..maybe perempuan ni baru dapat lesen kot dan tak biasa dengan jalan jammed dan berbukit-bukit ni..so, time tengah bersesak-sesak tu, tetiba kereta dia semakin mengundur ke belakang..siyes, lagi sikit je nak langgar bas yang aku naik tu..pak cik bas dah menjerit-jerit suruh perempuan tu angkat handbrake..selepas kereta dia mengundur laju ke belakang, akhirnya dia berjaya juga gerakkan kereta ke depan ..lepas tu, dia berhenti kat tepi bustop dan MENANGIS!!! kesian, mesti time tu dia dah tersangat-sangat panik nak gerakkan kereta..dah la dia sorang-sorang kot..
  
    even aku dah ada lesen P untuk bawa motor, sampai sekarang aku tak berani nak bawa motor atas jalan..kawan aku cakap, kalau naik motor dengan aku, macam tak konfiden sebab aku suka main redah dan jenis cepat kalut..ya, aku memang cepat kalut dan aku memang tak biasa dengan jalan yang sesak-sesak ni..siyes, aku fobia nak bawa moto atas jalan raya selepas tengok banyak tragedi hitam di depan mata sendiri..camne ni??

Thursday, January 13, 2011

akhirnya...

salam..
        aku ni memang anak yang keras kepala, mungkin?? setelah 3 hari acara 'slow talk' dengan mak, akhirnya aku dapat GREENLIGHT!! alhamdulillah, bersyukur sangat..tadi sebelum telefon rumah, air mata dah mengalir keluar, laju pulak tu..entah, tetiba rasa sebak semacam..mesti masa aku tengah menangis tu, mak resah buat keputusan..siyes, rasa macam aku ini anak yang selalu menyusahkan mak dan ayah..anak yang selalu bikin mereka susah hati..anak yang selalu buat mereka rasa serba salah..ya, aku memang degil..suka buat keputusan ikut kepala sendiri saja..tak nak dengar nasihat..oh, kesiannya mereka...kes yang lebih kurang sama seperti [ini] tapi akhirnya mak [mengalah]..dan kali ini, ianya berulang sekali lagi tetapi dengan tujuan yang berbeza..setelah percubaan kali pertama gagal, aku menyusul dengan percubaan kali kedua petang tadi...

ayah : ye, nak cakap dengan sape..
aku : nak cakap dengan mak..
ayah : cakap lah dengan ayah dulu..
aku : akak nak jalan-jalan ke sabah juga, boleh??
ayah : oh, itu kena bincang dengan mak..
aku : nak cakap dengan mak..
ayah : mak sibuk sekarang..pukul 9 nanti, ok??
aku : oh, ok la..
ayah : kenapa excited sangat nak pergi ke sana??
aku : nak jalan-jalan..
ayah : dah tak boleh tahan dah ke??
aku : erkk...[persoalan yang agak menjerat di situ..]
ayah : nanti ayah bincang dengan mak..telefon pukul 9 nanti ye..
aku : ok...

nak tunggu pukul 9 tu, bukan main resah aku kat dalam bilik ni..siyes, air mata dah mengalir keluar..rasa bersalah sangat sebab terlalu mendesak dan menyusahkan mereka..cuba berfikiran positif dan mungkin ada sebab mengapa mereka TIDAK meluluskan permintaan ku itu..tepat pukul 9 malam tadi, aku telefon mak..time tu, dah redha dengan keputusan pertama yang akan mak berikan..

mak : ye, mak ni..
akak : walau apa pun keputusan mak, akak terima..
mak : bagitau alasan kukuh kenapa excited sangat nak ke sabah?
aku : nak berjalan ke sana..
mak : cuba cerita plan ke sabah tu..
aku : ..bla..bla..bla..bla..
mak : mm, mak IZINkan akak pergi..tapi ada SYARAT..
aku : huh? betul ke ni??[siyes, macam tak percaya..]
mak : akak kena pilih..antara jalan-jalan atau praktikal sana?
aku : jalan-jalan..akak terima praktikal kat semenanjung..
mak : ok, jaga diri..akak tu dah sem terakhir kan..
aku : mak, terima kasih sangat..[air mata mengalir keluar kot]

ingatkan ada satu syarat je tapi rupa-rupanya banyak juga la syarat yang perlu dipatuhi oleh aku nanti..antaranya,
- kena praktikal di semenanjung..
- kena kerap balik ke rumah lepas ni...apakah?
- jangan boros..
- jaga diri..

alhamdulillah, selesai sudah masalah itu..akhirnya, dapat juga aku ke sabah.. :)


oh ya, sekarang ni air asia tengah buat promotion..
http://www.airasia.com/my/en/promotion/rr0010204.page
so, sebab itulah aku tersangat excited untuk ke sana...
happy!!

p/s:
kekadang susah jugak jadi anak yang suka buat keputusan pendek akal ni..dah la pendek akal, pendek kementot pulak tu..ditambah pula dengan degil, manja dan suka merajuk..satu pakej lengkap..haila~terfikir juga, itu belum mintak izin nak kahwin lagi..sah, mesti complicated kan..arghhh, tak dapat bayangkan!!!

[malam ni boleh tido dengan lena setelah berusaha selama 3 hari.. :)]

Tuesday, January 11, 2011

..buat 'kamu' yang jauh di sana...

salam..



..walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat.."


p/s :
-tengah tergila-gilakan lagu ni.. best!
-mengharapkan agar penantian ini tidak sia-sia..
-kemalasan mula melanda diri .. ('.'!)

Sunday, January 9, 2011

ada hikmah disebalik semua ini..

salam...
         saat entri ini ditulis, aku baru bangun tido..mungkinkah dapat ilham dari mimpi?? errk, tak..tak..tak adanya aku nak mimpi pasal blog..cuma ni ilham sebelum aku tertido petang tadi..sebelum tido, haruslah otak ini ligat dan aktif agar nanti lebih enak aku dibuai mimpi..he~

        ok, sebelum tido tadi, aku berfikir balik hikmah disebalik encik JPA lambat masukkan duit elaun..actually, kali ini sangat lambat dan dengar cite, awal bulan 2 ni baru masuk..sedih tu tak yah cakap la..tak pasal-pasal student-student miskin cam aku ni terlepas YES dan yang latest, CHOCOLATE FAIR tu..

       tapi, ada sesuatu yang aku patut bersyukur bila encik JPA buat hal..secara tak langsung, aku paksa diri ini untuk berjimat..actually, sangat berjimat sampai aku terpaksa ubah tabiat aku yang boros tu..no SHOPPING, no MAKAN banyak-banyak, no barang yang BRAND and catuan terhadap kredit phone aku..see?? memang agak gigih jugaklah..alhamdulillah, aku hanya belanjakan rm50 dalam tempoh seminggu, separuh daripada duit belanja aku sebelum ni.. :)

antara tabiat yang telah aku ubah ialah :

1) makanan : kalau dulu aku makan roti yang warna kelabu tu, which is lagi mahal dari roti putih tapi sekarang ni dah mula beli roti putih je..peanut butter+chocolate pun aku dah tukar dari yang lady's choice kepada yang tak ada brand..makan nasi pun sekali sehari dan hanya amik nasi satu senduk dan dua jenis lauk sahaja..minum milo pun dah jadi dua hari sekali dan makan biskut 3 keping sehari..

2) weekend : kalau dulu, asal weekend je mesti lepak luar..rimas ah duk bertapa dalam bilik ni tapi sekarang ni, bilik la tempat yang paling banyak aku habiskan masa..even kawan aku pujuk, nangis depan aku sekali pun, aku TETAP takkan keluar..gila kental aku tahan nafsu nak keluar jejalan tu..kalau betul-betul aku tak tau nak buat apa, aku basuh baju, kemas bilik, online..dan kini, aku dah semakin rajin baca buku..[errk, perlu ke bagitau semua orang??] 


3) basuh baju : ini perubahan paling ketara yang dilakukan..ya la, bila dah tengah berjimat ni, basuh baju pun manual..tak main la pakai mesin basuh tu, membazir duit je..[ayat budak miskin cakap]..kalau tak nak basuh baju banyak, kurangkan penggunaan baju..eh silap..kena basuh baju kerap la..maksud aku, 2 hari sekali kena rajin basuh baju..tadi ada seorang budak aras ni puji aku RAJIN..[blushing jap]..maybe sebab dia selalu terserempak dengan aku kat tempat basuh baju kot..HAHA

4) kredit telefon : biasanya, aku ni jenis yang top up sebulan sekali, RM30..tak suka la duk top up setiap minggu tu..leceh la nak kena gores benda yang warna silver tu..sepanjang hayat aku, tak pernah aku top up yang RM5 tu..pelik je aku ni kan..aku bukan jenis yang suka call/SMS  orang tanpa sebab..guna skype sudah kalau dah rindu sangat nak cakap dengan orang tu..kalau ikut perkiraan aku bulan ni, aku kena top up rm 30, tapi disebabkan duit dah tak ada, nak tak nak aku hanya mampu masukkan RM10 je..dan kini aku memang tengah buat 'catuan' kredit la dengan tidak meng'reply' msg yang mengarut, i mean yang tak penting sangat..gila kejam aku ni!!

ok la, aku rasa itu je antara perubahan yang telah aku lakukan dalam bulan 'berjimat-cermat' ini..tetiba tangan kanan terasa gatal dari semalam..mungkinkah?? duit, duit..di mana kau duit..

[rindukan bau duit itu..]

..aku bengang, so??

salam..
         Tadi baru je habis baca blog sorang member ni..walaa~ bestnye bebudak kosmate yang lain pergi chocolate fair kat mid..siyes, aku sangat jeles tak terhingga..dah la memang spesies yang suka telan makan coklat..ni sume gara-gara encik JPA yang still liat tak mahu masukkan duit elaun..huhuu T_T.. tapi, kempunan nak pergi jejalan tu terubat bila my lovely cousin bagi coklat dari sana kat aku..thanks, k.long!

         sekarang tengah bengang dengan budak bilik sebelah ni..dari tengahari tadi duk memekak sambil nyanyi kuat-kuat sampai langit pon dah makin gelap gamaknya ni..[gile keji]..sori, tadi memang kitorang dah tak boleh nak tahan sabar. so, roomate tulis nota kecil dan tampal kat pintu budak tu..ingatkan dah setel, rupa-rupanya lagi TERUK..tapi, kali ni dorang dah tak nyanyi just membebel-bebel dengan suara yang agak kuat..maybe dorang bengang kot dengan nota tu sebab terdengar dorang duk membebel camni.. ".. ye la, nanti aku dah tak memekak la..sibuk je..ni bilik aku, bukan bilik ko!!.." kalau ikut hati ni, geram nak sound camni je "..eh, hello!! kalau ko melalak kat bilik ko xpe la jugak.. tapi sekarang ni, suara ko tu dah boleh dengar satu blok!! rugi je jadi budak pandai tapi bodoh, tak reti nak hormat hak orang lain..haila~ oh, budak tu memang jenis tak boleh orang tegur ke hapa?? bikin kitorang lagi panas ada lah..nasib roomate aku tak sound direct je, kalau tak lagi teruk la jadinya nanti..

          lagi satu yang buat aku bengang ialah malam ni tak boleh tengok AJL sebab tv blok ni tak best..dah la tv buruk, tak ada colour plak tu..hilang mood nak tengok jap..nak dengar radio, mp4 aku dah rosak..last choice, dengar HOT FM online je la..mintak-mintak malam ni tenet laju..kalau tak, memang tido awal la..

          oh ya, tadi ada baca something kat fb..betul ke fb nak tutup 15hb mac ni?? bagi aku, bagus jugak fb tu tutup sebab tak adalah aku duk bertapa kat fb 24/7..lagipun, sekarang ni dah bosan dengan fb..mungkin dah tiba masanya untuk aku belajar..last sem baru nak belajar betul-betul?? ok apa, dari terus tak belajar..at least aku dah pasang niat untuk dapatkan DEKAN..amin~

[tetiba rindukan budak ni]

p/s:
- tengah layan lagu " zivilia_aishiteru"..best jugak :)

Saturday, January 8, 2011

oh, aku memang kejam..

salam..
      hari yang agak pelik hari ini..sebenarnya, dari semalam..ingatkan isu aku TIDAK akan balik ke rumah time CNY ini dah selesai..rupa-rupanya, tidak..sejak dari semalam adik di USM sibuk bertanyakan perihal itu dan hari ini giliran kakakku pula..hairan, kenapa mereka beria-ria sangat mahu aku pulang kali ini?? padahal kalau aku tak silap, sejak belajar ni, aku memang bukan spesies homo sapien yang akan balik ke rumah time CNY..pelik bukan?? aku syak ni mesti ada udang di sebalik mee goreng..

       aku tengok kalendar...apa yang istimewa dengan cuti kali ni?? cuti seminggu je bukannya lama sangat pun..tapi, memang benar ada sesuatu yang 'lain' dengan cuti kali ini..aku syak mereka nak buat sambutan birthday untuk aku..ya, aku memang pelik dari adik-beradik yang lain sebab birthday aku bulan feb sedangkan yang lain semua bulan mei..dan family tak pernah ada kesempatan untuk sambut besday aku sebab aku memang tidak pernah ada di rumah pada bulan itu..sedangkan yang lain disambut setiap tahun..apa yang mereka mampu buat hanyalah sekadar memberi ucapan di pagi hari dan itu sudah cukup menggembirakan aku..

       dan mungkin tahun ini aku ada peluang untuk sambutnya di rumah tapi aku tidak mahu meraikannya..entahlah, mungkin hati aku terlalu keras untuk menarik balik keputusan yang telah dibuat..maaf kerana mungkin keputusan itu terlalu kejam buat kamu semua..biarlah aku meraikan 'hari tua' ini bersendirian..

[aku memang kejam bila telah menghancurkan hati kamu semua..maaf ]

..maaf, sebab buat kamu bersedih lagi..

salam..
         maafkan diri ini kerana buat kamu bersedih lagi..maaf, kerana aku harus kuat untuk menyatakan pendirian ini..walaupun keputusan ini bakal mengguris hati kamu tapi bersabarlah, aku masih tetap di sini untuk meneruskan perjuangan..doakan yang terbaik untuk diri ini..

         oh, aku sangat lemah bila mendengar suara sebak ibu di hujung talian tadi..semuanya gara-gara aku membuat keputusan TIDAK mahu pulang ke rumah sewaktu cuti CNY ni..alasan yang diberi, aku tak nak berebut beli tiket bas dan perjalanan yang jauh dan memakan masa itu akan menyebabkan aku keletihan..tapi, sebenarnya itu bukan sebab utama kenapa aku tidak mahu pulang ke rumah..

          mungkin aku ini anak yang aneh sebab aku memilih untuk berjauhan dengan ibubapa..mungkin aku agak kejam bila permintaan ibu aku tolak ke tepi..maaf kerana aku tak sanggup menatap wajah ibu dan ayah lagi..wajah yang memberi seribu satu harapan kepadaku..maaf kerana aku bukan seperti yang kamu berdua harapkan..aku hanyalah anak biasa, yang tidak mampu membuatkan kamu berdua berbangga denganku..maaf kerana aku tak sanggup lagi mengesat air mataku yang sentiasa berjujuran setiap kali aku menaiki bas meninggalkan kamu berdua..ya, aku dihurung rasa bersalah yang teramat sangat kerana aku tidak mampu menjadi seperti yang kamu berdua harapkan..maafkan anakmu ini kerana kadang-kadang aku tidak bisa mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanan kalian..kerana aku ni anak yang terlalu ego dan beremosi..cukuplah atas segala pengorbanan itu kerana aku takut aku tak bisa membalasnya nanti kerana aku ini anak yang amat menyusahkan kalian..maaf sebab aku kini memerlukan masa untuk bersendiri..

[biarkan diri ini bersendirian buat seketika]
          buat kamu berdua, walaupun kita terpisah oleh jarak, namun ibu dan ayah tetap di hati ini..doakan aku supaya mampu bertahan dalam perjuangan ini..doakan demi kejayaan anakmu ini kerana aku terlalu menyayangi kalian berdua..tak sanggup lagi membiarkan diri ini mengecewakan kalian dan buat ibu, maafkan anakmu ini kerana selalu membiarkan air matamu mengalir..maaf tapi kadang-kadang kita perlu berkorban demi kebaikan semua..dan aku harap yang ibu akan memahami keputusanku ini..


-arghh, sebak dada saat menaip entri ini..
-masih lagi dihurung rasa bersalah..
-maafkan diri ini kerana terlalu berkeras dengan keputusan pendek akal tu..
:(
-pic : atuk google

Wednesday, January 5, 2011

..apabila diri makin melebar..

salam..
        ya, baru aku perasan yang aku sekarang ni sedang mengalami masalah 'melebar'..apakah?? siyes, rasa macam badan semakin berkembang..[ni mesti kes main telan jer..]..so, semalam dah tekad untuk kurangkan makan dan lebihkan senaman..nak dijadikan ceritanya, semalam pergi la jogging dekat tasik untuk buang lemak-lemak berlebihan kat badan..






             tapi, dah tak ada rezeki kot, tetiba bila dah sampai kat tasik tu, hujan pulak..so, tak leh nak jogging..hanya mampu bertapa di pondok-pondok kecil sambil menunggu hujan berhenti..ingatkan hujan biasa-biasa je rupa-rupanya hujan lebat dan kilat..haila~ kalau nak tunggu hujan ni berhenti, mahu malam kot..last choice, memang kena redah hujan la jawabnya..




       tak pasal-pasal semalam dapat mandi hujan, sejuk bukan main..baju habis basah lencun, badan pun menggigil..roomate tengok pun gelak siap tanya camni, " camne jogging tadi?? best tak?? "..dalam hati cakap, sabar je la, ni kes menyindir ni..huhuu T_T...apa-apa pun, semalam memang best...bila jadi final year ni, makin banyak kerja gila yang aku rasa nak buat..he~

Tuesday, January 4, 2011

...semak-samun dengan sistem FB...

salam...
        malam ni kepala dah semak-samun.selekeh.serabai dengan sistem fb yang bengong tak betul tu..sebenar-benarnya, baru je block beberapa sorang member ni..lepas beberapa ketika, rasa macam kejam plak..so, aku pon remove la balik block list tu..then, tetiba member ni dah tak jadi kawan aku dah..haila, camne ni?? siyes, aku ingat macam sistem fb dulu which is bila dah remove block list, dia still akan jadi kawan kita..nak tak nak, kena add dia balik...[kan dah menyesal aku sekarang ni]..

[surat ni special untuk member aku tu walaupun aku tau yang dia TAKKAN baca blog ni..]

dear member aku yang ter'delete' secara tak sengaja tu..
       sori la bro..gua tak sengaja la ter'remove' lu dari fb gua..gua nak add lu balik, tapi gua pon ada 'ego' jugak..apa barang perempuan add laki?? so, gua buat konklusi yang mungkin kita dah tak ada rezeki untuk berkawan..mintak maaf sangat bro..wa tak ter'sengaja' la termarah.ter'emo' lebih-lebih kat lu tempoh hari dan tangan gua ni laju jer block lu..mintak ampun ey?? kalau lu tak puas hati dengan gua, pm je fb gua..nanti gua belanja lu makan pizza yang seringgit setengah tu..[gua ni kedekut, so itu je yang termampu buat masa sekarang..]..nanti kalau encik jpa dah masukkan duit, gua promise belanja lu makan sate kajang, apa macam??

[wa suka makan sate perut, lu camne bro??]
          ok la, makin banyak je aku merapu ni..terlebih makan garfu ikan kerapu ke tengah hari tadi?? kepala aku pon dah pusing-pusing macam mesin basuh time mode spin tu..haila~ oh ya, baru aku tau macam mane perasaannya dikacau ketika idea menulis blog berkobar-kobar..siyes, agak meng'spoil'kan mood berblog jap tapi dapat dicover sebaik mungkin..ini semua gara-gara fb..('.'!)

pesanan penaja:
- aku rasa aku ter'remove' beberapa orang lagi semasa proses 'pembersihan' fb hari tu..memang tidak disengajakan dan aku ni bukan species yang suka add orang..sori ye!!

Monday, January 3, 2011

..aku = 'selfish'..

salam..
       selfish..?? [selfish = jual ikan??]..dalam hidup ni, kadang-kadang kita kena selfish juga kan?? kena fikirkan kepentingan diri lebih dari orang lain..ya, aku memang selfish tapi kebanyakan selfish aku ni tidak kena tempat..aku macam 'lost' gila..tak pandai nak pertahankan hak sendiri..terlalu banyak mengalah untuk orang lain..kenapa dengan aku ni?? aku macam tak tau nak bezakan yang mana baik dan yang mana buruk..aku jadi macam 'bodoh' je..ikut apa yang orang nak buat kat aku tanpa aku bersuara membela hak sendiri..argghhhh!! [mood: marah diri sendiri]

       punyalah stupid aku ni sampai kena ada orang yang tegur aku untuk beritahu yang benda aku buat ni salah..aku perlu pertahankan hak aku, hak atas segala usaha dan penat lelah yang aku dah buat untuk dapatkan benda tu..tapi, aku still stupid pergi hebohkan kat orang lain pasal perkara tu dan akibatnya, aku juga yang macam orang bodoh dan teraniaya, dikawal dan diekori sepanjang masa..oh, kan dah sesal sekarang ni..haila~

       entah, mungkin betul cakap kawan aku ni..kadang-kadang kita kena pentingkan diri sendiri sebab ini libatkan masa depan..kalau asyik-asyik nak simpati kat orang lain je, sampai bila-bila pun aku akan terus di bawah..sebab tu, sekarang ni aku pilih untuk DIAM..maaf, kadang-kadang aku kena belajar fikirkan untuk diri sendiri juga..

[board kat bilik masih lagi kosong]

Sunday, January 2, 2011

..hakikat sebuah cinta..

salam..

[pic: atuk google]
          baru selesai membaca buku 'kompas cinta'..alamak, sudah mula jatuh cinta dengan buku ini..sukakan kata-kata dalam buku ni..siyes, tetibe rasa diri ni tersenyum sendirian..buku yang baik untuk mereka yang masih lagi tercari-cari definisi dan arah cinta yang sebenar..antara kata-kata yang menarik mata untuk terus membacanya ialah :

      " tidak perlu terburu-buru mencari cinta, sebaliknya bersegera mempersiapkan diri terlebih dahulu. Jika mahu membina masjid yang baik, maka tapaknya harus bagus. Apabila tapak asasnya telah kukuh, akan tiba  masanya untuk anda dirikan masjid yang indah di atasnya. Mudah-mudahan masjid itu akan berdiri sampai ke akhirat dan membawa pasangannya memasuki syurga Allah swt.. "

        bagi mereka yang baru putus cinta, bacalah bab 19 dalam buku ni..siyes, anda akan rasa sangat beruntung atas segala apa yang telah terjadi.. :)

kata hati ini :
        " semoga ALLAH swt hadirkan perasaan cinta itu tatkala hati ini benar-benar bersedia untuk menerima perasaan itu..moga dipermudahkan segala urusan..amin"

..indah tapi tidak solehah..

salam...
          hari ini adalah hari yang tenang dengan cuaca yang tidak begitu panas..melihat hijaunya dedaun membuat diri ini mengucapkan syukur alhamdulillah atas segala nikmatNYA..baru selesai membaca buku ' Engkau memang cantik' dan ada satu topik yang menarik perhatian..

INDAH TAPI TIDAK SOLEHAH
( topik ini lebih menjurus kepada 'tiga' golongan pemakai tudung..)
           pertama, muslimah yang memakai tudung secara konsisten. Mereka memakai tudung yang sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan menutup semua anggota badannya sebagaimana tetah ditetapkan oleh agamanya.

           kedua, para muslimah yang hanya memakai tudungnya pada ketika mereka keluar rumah saja namun saat dirumah, tudungnya dibuka..sehingga jiran tetangga pun boleh melihat mereka tidak bertudung ketika berada di rumah. sebahagian besar melakukannya kerana 'ketidakmahuan' dan 'ketidaktahuan'..

1) ketidaktahuan = mereka memahami syariat bertudung hanya ketika berada di luar sahaja, di suatu tempat yang bukan kawasannya..
2) ketidakmahuan = mereka tidak mahu dan tidak di rela dianggap terlalu 'alim', dianggap terlalu keagamaan..mereka ingin tetap menunaikan tuntutan Islam lantas mereka pun bertudung. Tetapi pada sisi lain, mereka tidak mahu masyarakat sekitar menilai bahawa mereka telah berubah dan terlalu alim..

            ketiga, muslimah yang memakai tudung hanya pada saat yang mereka inginkan saja. Itu pun mereka memakai hanya mengikut citarasa sendiri dan jauh dari sempurna. Mereka tidak menutup aurat sesuai dengan tuntutan al-Quran dan memakai pakaian yang ketat..apakah pandangan kita tentang golongan [ini]??

jadi, dimanakah kedudukan kita sebenarnya?? tepuk dada tanya iman..

sukakan kata-kata dalam buku ni..


sumber : buku 'Engkau Memang Cantik' karya Burhan Sodiq, ms 14-15..
    

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...