assalammualaikum....
perghhh, akhirnya dapat jugak curi masa untuk update blog yang dah start berhabuk ni..terbaik ah jadual minggu ni..seminggu sekali pergi KL?? mantap!!! last week pergi KL untuk interview kerja yang last-last saya terpaksa tolak mentah-mentah sebab isu kontrak..padahal saya layak pergi second interview tapi seriously, saya memang suka dengan kerja sekarang ni..gaji bukan isu besar kat sini..keseronokan bekerja lagi penting =,=!
dan..dan..dan..jumaat ni, again kena pergi KL untuk training customer service..dah puas merayu kat supervisor supaya saya dikecualikan tetapi sia-sia sahaja..bergaduh punya la teruk tadi sampai bos cakap camni kat saya "ooo, berani lawan bos nampak??" terus saya terdiam.sentap kot. :( aigoo~ duit gaji bulan ni habis camtu je..penat la camni..habis training, terus kena masuk kerja..grrrr~pergi pulak dengan budak RA yang nakal tu..hari-hari mahu cari pasal dengan saya..ni kalau gaduh atas bas nanti, memang dia lah orang yang pertama sekali saya tendang keluar..padan muka!! encik skandal, sorry, saya terpaksa curang minggu ni.. :P
hubungan saya dengan encik skandal, dah ok balik..entah, taktahu camne boleh jadi ok..hahaha!! paling takleh blah bila encik skandal mahu belikan sesuatu untuk saya..oh, tak sabar mahu tunggu esok..lalala~dan yang paling best, bila encik skandal dah jumpa ayah saya secara tidak sengaja..dan, dorang berdua nampak macam okey je...apakah??
Sunday, April 15, 2012
KL, training, kerja dan skandal.
dikarut oleh : ms hanashi at 1:13 AM 0 comments
Saturday, April 7, 2012
serabut =.=!
Assalammualaikum..
hari yang kelam-kabut hari ni..entah berapa ratus sale kedai rugi sebab LOST customer..sedih memang sedih tapi dah takleh nak buat apa..salah di pihak kami..probs yang simple tapi bagi effect yang sangat besar untuk jualan hari ni.. =,=!
masuk kerja hari ni, pekerja senior dah start menjerit "orang kuat dah datang kerja"..saya blur-blur masuk terus kena in charge floor..rasa macam dah dua hari berturut-turut tak bukak kaunter ni sebab department operation tak benarkan saya jadi cashier..dorang suruh jadi retail assistant plak..pelik je!!
sekarang saya jadi pening dengan jawatan sendiri..cashier pun saya, RA pun saya..aiiigooo~ penat la macam ni..gaji pun dah makin kurang sebab company tak bagi buat OT lebih dari 24 jam..so, memang redha je la..rasa macam hujung bulan ni, ramai je pekerja yang nak quit.. :(
hubungan saya dan dia memang makin teruk..sampai satu tahap, saya rasa hubungan kami ni hanya sebagai kawan sahaja..saya taktahu silap di mana, tapi dia memang marah betul dengan saya..takbercakap macam dulu lagi..saya?? sedih tu memang la sedih tapi mungkin ini yang terbaik buat kami berdua..saya pun sekarang cuba menjauhkan diri dari dia..mungkin dia layak untuk orang lain..kami berbeza..atau dia tersilap anggap pada hubungan saya dan pembantu supervisor (T.A.S)?? saya dan TAS memang rapat 2-3 hari ni tapi atas urusan kerja, takde main feeling ke apa..entah la, serabut kalau nak fikir semua ni..
bercinta di tempat kerja adalah satu risiko besar..kena pandai bezakan urusan kerja dan urusan peribadi..sekarang saya dah belajar dari semua ni..just nak kerja betul-betul dan jaga hubungan dengan kawan-kawan..cinta-cintun tolak ke tepi dulu..insya'Allah, kalau ada jodoh, tak kemana juga..amin :)
dikarut oleh : ms hanashi at 12:42 AM 0 comments
Thursday, April 5, 2012
kita berbeza.
assalammualaikum...
taktau kenapa tapi sekarang ni, saya macam konfius gila..banyak perkara yang berlaku dan saya rasa macam nak give up je dari semua ni..huhuu T.T
semalam, encik skandal kena teruk dengan pekerja senior sebab duk kacau saya..dia memang takkan lepaskan saya selagi dia taktahu masalah saya..dari semalam duk tanya pasal interview kat KL tu..harap sangat yang saya TAKKAN dapat job tu..sebab saya suka dengan kerja sekarang ni..huhuu =.=!
dan, semalam saya rasa encik skandal tersentap dengan perangai saya..mesti dia berkecil hati dengan kata-kata dari pekerja senior tu..
lepas tu, encik skandal terus hilangkan diri..maybe dia berkecil hati dan saya rasa bersalah sangat..mungkin betul dengan apa yang pekerja senior tu cakap..kami berdua berbeza..jauh sangat..dan...mungkin, saya dan dia hanya layak kekal sebagai KAWAN sekerja sahaja..itu realiti..pahit untuk ditelan buat masa sekarang..
dikarut oleh : ms hanashi at 4:12 AM 0 comments
Monday, April 2, 2012
itu baru kerja, belum lagi kahwin..
Assalammualaikum...
Ini cerita saya dan dia..semalam saya stress dengan parents sendiri..isunya pasal kerja..huh, again?? dan untuk lari dari probs tu, saya datang kerja awal..
then, we look each other and dua-dua diam seribu bahasa..don't ask me why..
dikarut oleh : ms hanashi at 8:00 AM 0 comments
dia sudah menjadi seorang ibu..
Assalammualaikum...
alhamdulillah, senior kolej saya, kak farhana selamat melahirkan seorang bayi lelaki...syukur sangat setelah dia berhempas-pulas selama 12 jam..terima kasih jugak diucapkan buat abang danny yang sentiasa updates status di fb tentang perkembangan si ibu dan baby.. :)
buat kak farhana dan abang danny, selamat mendidik danish iskandar menjadi insan yang baik sama seperti kalian..again, tahniah!! tumpang gembira buat kamu berdua...
dikarut oleh : ms hanashi at 7:51 AM 0 comments
Sunday, April 1, 2012
sweetnya mereka..
assalammualaikum...
alhamdulillah, gaji bulan ni dah masuk dan saya dapat gaji yang paling banyak compare to others..almost 1k and bersyukur sangat-sangat..never expect boleh dapat banyak tu sebab ni just normal shift 8 jam sehari.. :)
tapi hari ni saya stress sebab parents dah start bebel suruh saya cari kerja lain yang sesuai dengan kelulusan degree saya ni...huhuu T.T..so, untuk hilangkan stress ni, saya pun bukak fb dan usha-usha gambar member dan senior-senior yang dah kahwin..auuuuuuw, sweetnya dorang..i'm jealous, ok!!!!
keep wondering, bila la saya akan dapat peluang tu?? best sangat ke kahwin ni?? anyone?
dikarut oleh : ms hanashi at 10:38 AM 0 comments
