THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, December 27, 2011

keep hope alive!!

assalammualaikum...

     aku masih di sini..menjadi seorang pengganggur yang terhormat..siyes, mak ayah dah give up nak bebel kat aku pasal kerja..yeay!! aku bukan apa, cuma betul la kata kawan-kawan aku yang aku ni sebenarnya pemilih kerja cuma aku taksedar je lagi...itu memang aku kena akui sekarang..semua jenis kerja aku taknak buat..takut tak pandai la, takut kena buang kerja la, takut kena buli dengan orang la..haila~ memang tak ke mana la aku kalau masih berfikiran camtu..

    macam apa yang ayah cakap kat aku semalam, " kalau kita dah set dalam kepala kita yang benda tu susah sedangkan kita belum cuba pun lagi benda tu, kita ni macam dah give up awal-awal..kalah sebelum berjuang..loser.."

    entah la, aku bukan apa..cuma, aku rasa aku takkan buat benda yang aku takminat..contoh, macam sekarang ni, mak ayah suruh aku apply untuk jadi guru gantian tidak terlatih kat sekolah menengah, ajar subjek biologi..sampai sekarang, aku masih buat tak endah je dengan offer tu..aku takminat jadi cikgu..itu fakta, bukan auta dan aku jenis spesies manusia yang takpandai nak mengajar orang..itu aku akui, cara aku berfikir sesuatu perkara memang agak 'pelik' berbanding orang lain..huhuu T_T

tapi, alasan yang aku bagi kat mak, lagi power..

aku : " taknak la minta banyak sangat kerja, nanti sekali dapat semua offer ni bulan satu, lagi parah nak kena pilih yang mana satu pulak.."

mak : " kalau dapat semua, ok la..kalau tak dapat?? "

aku : "sebab tu kena tunggu dan lihat dulu..after interview 5hb ni, kalau takdapat, baru pergi cari kerja lain.."

mak : "bukan banyak pun apply.."

aku : "banyak la jugak..ada interview masters + RA 5hb ni, then ada jugak apply job dekat kakak dan sepupu..dorang kata bulan satu ni baru start pengambilan..nanti kalau apply banyak-banyak, susah nak pilih."

mak : "hurm...alasan je tu.."


     ok, itu bukan alasan sebenarnya..tapi, itu buah fikiran aku yang berfikir ke hadapan..betul apa, kalau apply kerja banyak sangat, nanti pening kepala pulak nak pilih yang mana satu...tapi, kata-kata ayah aku lagi  power kot...

ayah : " dah, tak payah duk fikir mengarut sangat..berangan je lebih..kerja tak dapat-dapat jugak.."

aku : ----SENTAP--- (diam)


KEEP HOPE ALIVE!! ada rezeki nanti, insya'allah..cuma mungkin rezeki aku lambat sikit je berbanding orang lain.. :)

Tuesday, December 20, 2011

rindu nak study balik..

assalammualaikum..

    rindu..rindu sangat nak belajar balik..dulu, time degree, selalu je doa supaya cepat-cepat la habis belajar..tapi, sekarang, terasa macam rindu je zaman tu balik..betul la kata orang, manusia ni tak pernah nak rasa puas dengan apa yang ada..tak tau bersyukur ke aku ni? x_x

     umpama impian menjadi kenyataan..semalam, aku dapat emel untuk hadir interview bagi sambung masters sambil jadi RA kat USM kampus kesihatan..ok, memang aku agak gembira sebenarnya sebab research yang aku apply ni berkait dengan bidang aku..tapi tu la, kena interview la pulak..maksudnya, belum tentu lagi aku akan dapat offer tu..huhuu~

     kalau la aku dapat peluang sambung masters nanti, aku rasa kali ni aku nak belajar betul-betul..dah taknak main-main macam zaman degree dulu..lagipun, yuran masters ni bayar guna duit gaji sendiri as RA..so, mungkin aku akan lebih menghargai...kalau degree dulu, takpe la encik JPA sudi taja..sekarang, kena la rajin sikit usaha, takleh bazir duit sangat..kena pandai berdikari.. :)


   harap sangat supaya dapat masters ni..dah la dekat dengan rumah..semoga dipermudahkan segala urusan..amin~ korang-korang pun sama la..tolong doakan untuk aku sekali ye..

Monday, December 19, 2011

bila mak ayah keluar dating...

assalammualaikum..

     jeles betul aku bila mak ayah keluar dating berdua ni..lama kot..paling takleh blah, keluar dating pepagi lagi supaya anak-anak ni takboleh nak ikut sama..balik plak petang sambil bawak balik kuali, senduk baru lagi..tapi, last-last semua barang tu takguna pun..simpan jugak dalam kabinet dapur..adoii~

    hari ni pun mak ayah keluar jalan-jalan cuci mata ke kota bharu..entah apa yang best kat sana, aku pun taktau..yang tinggal kat rumah sekarang ni, hanya aku dan adik perempuan yang bongsu ni..bosan weh..bukak tudung saji, tengok ada nasi goreng dan nugget ayam..ok la, belasah je yang mana ada... :P



   semalam mak dah pesan, tengahari ni turn aku yang memasak..dorang balik dating lambat..so, aku decide nak buat lauk simple je la..masak 3 jenis lauk iaitu sup ikan, bendi goreng dan telur dadar mayonis..gasak je la, dalam masa sejam semua lauk ni siap..sedap tak sedap, itu belakang kira.. x_x

   untuk makan petang nanti, kek coklat yang aku buat semalam masih ada lagi..ayah cakap kek coklat tu kurang manis, so dia takberapa suka sangat..tapi, itu percubaan pertama aku..so, main campak je semua bahan-bahan..at least, ada jugak rupa kek..heh!

sangat suka dengan cairan coklat tu..kek coklat volcano, yummy!!

    sementara takde offer kerja buat masa ni, aku lepak-lepak kat rumah sambil main masak-masak je la..mangsa yang akan kena paksa makan makanan ni ialah adik lelaki aku...siyes, budak laki tu jenis takkesah pun..main bedal je asal namanya makanan..hahaha~

     takpe la, nanti aku nak cari suami yang KUAT makan tapi badan maintain 6 packs je...senang, takde la membazir makanan ni nanti..tapi, ada ke laki yang macam tu?? hurm........

inilah dapur tempat aku main masak-masak..

Thursday, December 15, 2011

bila dah bosan...

assalammualaikum..

     celcom ni kan, memang la mata duitan..mentang-mentang la aku baru je bayar bil broadband hari ni, tetiba tenet jadi laju gila <-------ada kaitan ke? ok, sekarang mampu tersenyum puas hati..tapi, tak tau la kelajuan ni sampai bila.. =.=

     bosan la duduk kat rumah ni..takde keje nak buat..maksud aku kerja yang betul-betul kerja, bukan kerja kemas rumah.basuh baju.basuh pinggan..heh!

     nak update blog, memang susah sikit sekarang ni..banyak sangat pengawal ni hah..baru je nak menaip, toleh kiri, adik bongsu ada..toleh kanan, adik lelaki pulak..aduhai, rimas tau tak? langsung takde privasi..idea pun lari lintang-pukang tinggalkan aku sorang-sorang..huhuu T_T

     kenapa sampai sekarang takde company panggil aku untuk pergi interview? aku tengok kat fb member aku, ada la 2-3 orang yang dapat job offer based on bidang kitorang..siyes, tipu la kalau aku cakap aku tak jeles..jeles sangat, ok!! bila la giliran aku pulak ni?? ke ada something wrong dengan resume aku tu?? haila~

     then, ada sorang member ni bagitau, SPA dah start panggil calon untuk ditemuduga..aku? still macam biasa, takdapat surat/call dari mana-mana pun..sedihnya...

    so, kena banyak bersabar sekarang ni..selalu je doa semoga dimurahkan rezeki..aku taknak buat mak ayah susah hati tengok anak dorang yang sorang ni..aku nak berjaya macam kakak jugak..nak balas jasa mak ayah...tapi, mungkin belum ada rezeki aku lagi kot?? entah la.............

Wednesday, December 14, 2011

yoo!!

assalammualaikum...

      bila tenet dah mula buat hal, mood online pun boleh jadi terbantut..nak-nak dengan musim tengkujuh sekarang ni, memang takde peluang langsung untuk aku online..siyes, stresss!!

     masa aku banyak dibazirkan dengan menonton drama korea..ok la kot, boleh cuci mata sekejap sambil layan lee min ho berlakon..teeet!! tapi, aku takde la termasuk dalam kategori peminat fanatik gila sawan meroyan..

     punya la loser aku ni, nak mintak kerja part time kat resort depan rumah ni pun, boleh fail..pihak resort takpanggil pun aku untuk pergi interview..dorang nak budak-budak lepasan SPM, bukan budak lepasan IJAZAH..kecewa ok! so, hanya adik lelaki aku je yang layak untuk di interview.. (>.<)

     then, sepatutnya hari ni aku ada job interview kat PJ sebagai ejen insurans tapi tempat interview tu jauh sangat..tak berbaloi rasanya.. <-----tu la, sape suruh gatal mintak yang jauh-jauh..padan muka!

     sekarang ni, aku berharap dengan satu company di johor ni untuk panggil aku pergi interview..ok la, at least permohonan aku lulus pada peringkat pertama..tapi, tu la, aku rasa jauh sangat la lokasi temuduga tu..nak cari kat area kelantan, memang takbanyak pilihan untuk bidang aku..

     aku macam konfius sekarang ni..antara nak terus dengan pencarian kerja atau sambung masters je..nak sambung masters pun kena rajin cari projek..mana boleh main hentam kromo macam tu je..argghh !! dah macam lost gila je dengan hala tuju hidup ni.. T_T

     so, kepada korang-korang yang terbaca pasal post ni, please bagitau aku kalau ada kerja kosong yang berkaitan dengan bidang bioteknologi..jadi budak mikrob pun ok jugak..asalkan kerja dalam lab..thanks :)


Monday, December 5, 2011

semakin tertekan... :(

assalammualaikum..

    taktau nak mula menulis macam mana..tapi, apa yang pasti, kepala aku ni makin kusut bila fikirkan pasal kerja..itu belum masuk part mak ayah yang memang sentiasa risaukan anak yang sorang ni..haila~ tapi, sebenarnya aku lagi tertekan bila mak selalu suruh aku accept je offer dari penyelia tu..aku?? ..no..no..no..please, aku taknak terima offer dalam keadaan terdesak macam ni..lagipun, aku dah lama gila tak contact encik penyelia dan aku rasa encik penyelia pun dah hangin satu badan sebab aku langsung tak angkat call dia hari tu..maaf sangat-sangat tapi aku tak sampai hati nak cakap depan-depan dengan encik penyelia yang aku tak berminat dengan offer tu..siyes, aku takde keberanian bab tu.. T_T

     dan..dan..dan..aku ingat ayah aku berada di sebelah aku sebab dia selalu je diam bila mak bebel pasal kerja kat aku..tapi, rupa-rupanya, TAK..lagi teruk adalah..ayah bagi tempoh sampai hujung tahun ni je..kalau tak, kena terima jugak offer encik penyelia tu..siyes, menyesal sangat sebab bagitau kat dorang pasal offer tu..bagi aku, offer tu dah takde dalam ingatan ni...aku bukan mahu memilih, tapi aku takberapa minat dengan offer tu..

    mujur aku ada adik perempuan yang sorang ni...bila aku stress, dia mesti jadi penghibur aku..dia selalu cakap macam ni, " kenapa akak nak cari kerja? duduk la kat rumah lagi..nanti boleh main dengan minah.."

penghibur dikala stress selepas dibebel oleh mak..
arghhh, bila fikir pasal benda ni, buat aku makin kusut..
hilang selera makan, selalu sakit kepala..
siyes, dah rasa macam tertekan sangat..


please, tolongkan doakan aku supaya cepat-cepat dapat kerja..
rasa macam dah taksanggup nak duduk kat rumah lagi..
please... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...