assalammualaikum..
arghhh, hidup masih lagi dalam keadaan kelam-kabut..walaupun tesis dah habis tulis, tapi kena edit balik..dari mula kot..sedih tu takyah cakap la..i'm stress, ok!
ok, aku budak genetik dan tesis aku kadang-kadang ada termasuk sekali dengan bidang forensik..sipi-sipi je pun..sebab aku buat tesis pasal cap jari..tapi, takdelah aku kaji cap jari ni satu-satu ke hapa..just buat penyelidikan basis pasal cap jari..just nak tau fenomena pewarisan cap jari dari sudut genetik..tapi, entah la..bila dah spend banyak masa pasal cap jari ni, kadang-kadang aku terbukak artikel pasal analisis cap jari dalam bidang forensik..
oh, aku takkesah pun terbaca ke apa sebab aku memang minat forensik..tapi menyesal tu tetap ada sebab takpilih forensik dulu...nak buat camne, sape suruh pilih bidang genetik ni sebagai first choice..second choice aku baru forensik..taktau kenapa aku boleh buat susunan camtu..tapi, syukur jugaklah, sebab bidang genetik ni takde jauh beza sangat dengan forensik..still major dalam DNA..dan, bila aku terbaca pasal kes melibatkan DNA ni, aku macam tertarik sangat nak join penyiasatan macam tu..pengambilan sampel DNA..omg, aku sukakannya..even dalam lab sekarang ni pun, student genetik dah didedahkan dengan sampel-sampel yang ada kromosom..bila ada kromosom, adalah DNA..
bila ada orang cakap isu pasal DNA boleh dipalsukan, yes aku setuju sangat dengan point tu..memang boleh tapi memerlukan kepakaran yang tinggi..apa ingat senang ke nak observe benda kecil camtu? time aku kena kira kromosom dulu pun dah juling biji mata ni..inikan pula nak keluarkan DNA dari sel, then masukkan DNA orang lain plak..tapi, dunia sekarang ni macam-macam boleh jadi..kan?
apa-apa pun, sekarang ni aku masih lagi terfikir..boleh ke bidang genetik ke bidang forensik? maksudnya, aku nak sambung master dalam bidang forensik pulak..tetiba rasa macam sayang nak tinggalkan dunia DNA ni.. :)
p/s:
-tinggal lagi sebulan lebih je study kat sini..lepas ni, taktau la hala tuju hidup camne..itu belum masuk part JPA dah start suruh student tajaan dorang mendaftarkan diri lepas tamat pengajian..nampak sangat takpercayakan kitorang eh?
Sunday, March 27, 2011
genetik -----------> forensik?
dikarut oleh : ms hanashi at 2:45 AM 0 comments
Monday, March 21, 2011
kata hati, 'entah'..
assalammualaikum...
masih ingat lagi dengan isu tempat praktikal aku? bagaimana aku begitu pasrah dengan menerima tawaran dari [ini] dan bagaimana hancurnya hati aku dengan IMR tu?? satu saat di mana aku sudah tidak mampu lagi berharap pada IMR dan berusaha untuk melupakan impianku di situ..dan pada saat impian aku telah dicantas olehnya, saat itu jugak ia kembali..sakit hati, tahu?
ya, saat bila mana prof memberitahu aku mengenai tawaran dari IMR itu, aku sudah tidak mampu lagi tersenyum kerana luka kecewa tentang ia masih lagi berbekas..saat di mana aku redha dan tekad memilih HUSM, aku sudah tidak mahu meletakkan sebarang harapan dan kini, tawaran itu telah menjadi hak mutlak aku dan aku sebenarnya dalam dilema..
yeah, IMR ialah tempat impian aku..tempat yang menjadi impian hampir semua orang dalam bidang ni dan kini, aku semakin menghampirinya, tapi aku sayangkan HUSM tu..sebab segala-galanya telah tersedia untuk aku di sana..dan aku jugak sudah terlalu excited untuk ke sana namun, aku harus memilih demi masa depan...
aku call ayah, cuba tanya pendapat dia dan dia suruh aku terima offer IMR tu sebab itu adalah yang terbaik..kalau aku tolak tawaran ini, maknanya aku sedang melepaskan peluang yang telah tersedia..bak kata prof, IMR adalah tempat yang TERBAIK dan tak semua orang berpeluang untuk berada di sana..
tapi, bila sesuatu tempat itu TERBAIK, belum tentu lagi aku mampu jadi yang TERBAIK..dan aku jadi sangat takut untuk berada di sana..aku hanya pelajar biasa, yang sekadar tahu membaca dan menulis dan aku langsung tiada pemikiran luar biasa..malah, aku ini hanya pelajar yang malas dan suka tangguh kerja..then, bagaimana aku mahu menjalani praktikal dalam kawasan yang hampir semuanya gila kerja?
arghh, aku memang lemah dalam membuat pilihan..aku masih lagi konfius..apa pun, aku harap keputusan yang bakal aku buat ini adalah pilihan yang terbaik untukku..
mungkin 'itu' pilihan yang TERBAIK..siapa tahu, kan?
dikarut oleh : ms hanashi at 7:47 PM 0 comments
Saturday, March 19, 2011
biarkan kebahagiaan 'itu' berlalu?
assalammualaikum..
hujan dan aku sukakannya..saat ini, aku teringin sekali mahu berada di bawah limpahan air hujan dan bersendirian..ya, aku perlukan ruang untuk bahagiakan diri ini kerana aku sudah semakin membenci diri sendiri..tapi kenapa? kerana aku selalu membiarkan diri ini terluka..pedih bukan? dan aku ini manusia kejam..kejam kerana tidak pernah memberi peluang kepada kebahagiaan sendiri..i'm a loser?
naaaa, aku ingin berlari sejauh mungkin..kerana aku tahu kebahagiaan aku bukan di sini..entah bila kebahagiaan ini akan datang kepadaku? gerak hati berkata, 'dia' bukan kebahagiaan aku..malah, aku sedang membiarkan diri ini terluka buat sejuta kalinya..tapi kenapa? mungkin aku perlu biarkan kebahagiaan 'itu' berlalu pergi dan aku harus mencari kebahagiaan yang sememangnya hak mutlak aku? arrrghh, pening jika difikirkannya..
ya, aku perlu tarik diri dari semua ini..hentikan segala-galanya kerana 'dia' bukan kebahagiaan yang aku cari..aku sudah semakin menyampah dengan perangainya..segala keburukannya terserlah dan aku sahaja yang dihentam..jangan salahkan aku atas segala-galanya..sebenarnya, aku bukan sesiapa bagi kamu..mengerti? jadi, aku pilih untuk berhenti dari semua ini..lepaskan aku agar aku mampu mencari kebahagiaan aku sendiri..tolong jangan lukakan hati ini lagi..kerana, aku takut pada satu tahap nanti, aku sudah tidak mampu lagi untuk memaafkan kamu..maafkan aku...
dikarut oleh : ms hanashi at 5:38 PM 0 comments
Thursday, March 17, 2011
am i stressed or what??
assalammualaikum..
oh, kepala sangat serabut saat ni..rasa macam nak buat tesis tu tapi takboleh fokus..banyaknya benda mengarut yang duduk berlari-lari dalam kepala ni..last-last, satu kerja pun takjalan..asyik tidur je hari ni..am i stressed or what? tak..tak..tak..aku takboleh stress dalam keadaan sekarang ni..just cool, babe!
aku rasa hormon aku dah takstabil..selalu rasa macam nak marah kat orang..oh, please, jangan meletup di saat ni..mood sekarang, aku memang sangat-sangat serabut.. :(
dikarut oleh : ms hanashi at 1:10 AM 2 comments
Monday, March 14, 2011
tak..ini baru permulaan..
assalammualaikum...
alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan bulan mac pun..hidup masih lagi terkawal, walaupun kadang-kadang encik bakal doktor kata aku stress..eh? tak..tak..tak..aku tak rasa aku stress cuma kadang-kadang tu macam agak serabut je...heh!
minggu ni takde midsem exam dan aku ada lebih masa untuk fokus pada tesis..kena plan betul-betul sebab banyak benda nak kena buat minggu ni dan aku rasa next week dah start balik mid sem statistik tu..hohooo~
1) rabu - settlekan semua urusan konvo ( gambar + skrol degree)
2) isnin- jumaat - settlekan penulisan tesis..next week hantar first draft.. chaiyok!
3) khamis- dinner kolej
4) sabtu & ahad - join program best!
bulan 4 ni aku akan release tension di SABAH..hoyeay! so, takpelah bulan mac ni aku bermati-matian pun..awal bulan 4 ni jugak aku kena jilidkan tesis tu dan kena bentang hasil kajian tesis ni..cuak memang cuak tapi insya'allah, moga dipermudahkan segalanya :)
dan bulan 4 ni jugak aku ada final exam..nasib 4 paper je kali ni..sebab biasanya aku ambil 8 paper untuk final exam..stress tak? so, nasihat aku untuk bakal-bakal pelajar IPTA, kamu semua kena pandai atur jadual setiap sem supaya bila jadi final year ni, takbanyak subjek yang tinggal..kalau perlu buat short sem, buatlah..takrugi apa-apa pun.. :)
apa-apa pun, macam taksangka je zaman universiti aku ni dah nak sampai penghujungnya..rasa macam cepat je masa berlalu..nanti dah kena kerja..mak ayah pun dah taknak tanggung dah lepas ni..dan aku mesti akan rindukan kosmate-kosmate yang sporting ni.. :(
![]() |
| dah mula terasa sedih untuk berpisah dengan dorang semua.. |
dikarut oleh : ms hanashi at 5:55 PM 0 comments
Saturday, March 12, 2011
salahkah kalau bercinta?
assalammualaikum..
adeh, aku sepatutnya buat assignment malam ni tapi entah camne, kakak aku yang sorang tu dah spoilkan semua mood ni..isunya kecik je tapi takpaham kenapa kakak tu 'panas punggung' sangat..bukannya aku tujukan kat sesiapa pun, tapi macam dia over sangat nak komen macam tu kat aku..siap panggil aku MIANG, GATAL bagai..siyes, memang takpaham..
kadang-kadang aku terfikir.." salahkah untuk bercinta?" jika CINTA itu telah datang, masih kuatkah hati aku untuk menidakkannya? kalau dah sampai seru, apa yang patut aku buat? kalau betul aku dah menemui CINTA aku, apa hak dia untuk menghalangnya? aku dah besar dan bagi aku, normal kan kalau kita jatuh cinta? aku ni manusia yang ada hati dan perasaan bukannya, berhati batu..semua orang ada keinginan seperti itu dan sama juga macam aku..
walaupun dia tu kakak aku, apa hak dia untuk HINA aku sampai macam tu? kalau sekarang ni, aku cakap kat mak yang aku sedang jatuh cinta, aku dah boleh agak camne respon mak..sebab, mak jenis yang tenang dan dia tahu yang perasaan macam ni adalah normal..then, yang kakak aku tu sibuk sangat tu apahal? ingat lagi time ada sorang mamat ni call rumah semata-mata nak wish selamat hari raya, mak aku yang angkat call tu kot..nasib mamat ni steady, rilex je mintak izin dengan mak aku untuk cakap dengan aku..takdelah plak mak aku nak marah ke apa..siap tanya lagi siapa lelaki tu..ok je..sebab mak tahu aku ni jenis macamane..
yang kakak tu marah-marah, emo taktentu pasal tu apahal plak? kakak jeles sebab aku bercinta, camtu? itu semua jodoh dan kita langsung takde hak untuk menidakkannya..kalau dah sampai jodoh tu, terimalah dengan hati yang terbuka..ye dak?
dikarut oleh : ms hanashi at 11:36 PM 0 comments
manusia itu sifatnya boleh berubah kan?
assalammualaikum..
manusia boleh berubah kan? cuma apa yang membezakannya adalah berubah ke arah kebaikan atau sebaliknya..kalau berubah ke arah kebaikan, alhamdulillah..namun, jika yang sebaliknya berlaku, apa yang akan kamu lakukan? pernah melihat perubahan manusia seperti ini?
jawapan aku, ya dan situasi ini sedang berlaku pada orang yang aku sayang..apa perasaan kamu jika berada di tempat aku? aku perlu buat sesuatu agar dapat menghalangnya tapi aku tak mampu..aku tak mampu untuk menegurnya kerana dia itu lebih banyak ilmu agamanya jika dibandingkan dengan aku..ya, dia dulu manusia yang berpegang teguh kepada agamanya tapi, kenapa kini dia berubah,.mungkin kerana sifat manusia itu boleh berubah?? tapi, kenapa mesti perubahan ke arah itu? kenapa?
adakah kerana status sekolah agamanya atau desakan keluarga agar dia perlu menutup auratnya? ayatnya seperti, " kalau bukan kerana sekolah tu, mungkin dah lama aku lakukannya..cuma lambat atau cepat je.." aku sayangkan dia..sangat sayangkan dia..aku kenal keluarga dia..aku tahu apa yang akan terjadi kalau keluarganya dapat tahu perkara ni..aku dalam dilema..perlukah aku berbuat sesuatu atau membiarkannya terus hanyut dengan perubahan itu?
anyone?
dikarut oleh : ms hanashi at 9:41 PM 0 comments
Friday, March 11, 2011
eh?
assalammualaikum..
wah, hari yang agak indah hari ini..sebab apa? sebab aku dapat berborak dengan mamat yang aku minat dalam kuliah kot..pergh, rasa macam nak senyum memanjang je..*sila lempang laju-laju budak ni*
rasa macam heaven gila ah..taksangka boleh terserempak dengan dia sorang-sorang dalam lif dan yes, aku jugak sorang-sorang tadi..dan hanya kitorang BERDUA je dalam lif tu..tapi, time dalam lif tu, semua senyap je..buat-buat macam takkenal satu sama lain..heh!
tapi, bila sampai je aras 4, sebaik keluar pintu lif terus dia tegur aku..macam takpercaya je dia kenal aku sebagai budak kuliah dia..ye la, dalam kuliah kan ramai student, so kebarangkalian untuk dia kenal budak-budak kuliah mestilah rendah..nak-nak sebab dia lelaki, mana la nak ingat orang sangat kan? dan..dan...dan..dia yang mulakan dulu perbualan pagi tadi..gentleman kan mamat ni? *pitam*
dan, lepas tu kitorang pun jalan bersama-sama..aku berjalan seiringan dengan dia..oh, tingginya dia dan kulit dia sangat licin ok! lepas tu, kitorang adalah borak-borak sikit..aku rasa time tu aku sangat nervous sampai banyak benda yang aku cakap macam mengarut je dengan dia..
kami berdua pun berusaha untuk selitkan assigment tu kat bawah pintu bilik prof..
dan dia pun sama selitkan kertas tu bawah pintu..then, lepas tu, kami pun balik..tapi, kitorang dah taknaik lif sekali..nampak macam dia kejar masa je tadi...apa-apa pun, peristiwa hari ni dah mampu buat aku tersenyum sendirian..macam takpercaya je dapat berborak-borak dengan dia..heh! lena la aku tido malam ni.. :)
dikarut oleh : ms hanashi at 6:23 PM 0 comments
pergh, memang kental ah!
salam..
wah, dalam sehari ni aku bermati-matian berusaha dengan gigih untuk menyiapkan soalan assignment yang sangat complicated tu..siyes, habis exam semalam dalam pukul 11 malam lepas tu cari mood sekejap sebelum mula buat assignment dalam pukul 2 pagi..
alhamdulillah, semalam mood mudah pula datang..stay up sampai subuh kot..itupun, belum jugak siap assignment tu walaupun hanya ada 4 soalan je pun..siyes, semalam aku dah hampir give up..yes, aku memang taksuka kan STATISTIK..aku ni manusia yang cuai..dah la kalau salah kira akan bagi kesan pada saat terakhir jawapan tu..taksuka tau! tak pasal-pasal semalam kena kira balik semua tu..stress ok!
saat aku menaip entri ni, baru betul-betul siap assignment tu..sepatutnya, aku dah boleh tido dengan lena saat ni, tapi sebab tadi dah terlena after isyak, nak tak nak memang mata ni dah takboleh tutup..esok kena hantar assignment then rasa macam nak keluar jalan-jalan je esok..ye la, hari ni sehari suntuk duk dalam bilik je..makan pun ala kadar..punyalah lama aku duk atas kerusi sampai lenguh satu badan..
tapi, apa-apa pun, aku memang puas hati dengan apa yang aku dah buat sekarang..at least, aku cuba untuk TAK tangguhkan kerja lagi..walaupun susah macam manapun, aku mesti berusaha untuk siapkan juga..alhamdulillah, moga usaha ini berterusan..
nak kata kental tak kental aku ni, sampai kakak ajak aku keluar release tension kat port dickson pun aku tolak mentah-mentah..siap dia offer nak belanja aku semua la tapi aku tetap dengan keputusan aku..bulan 3 adalah bulan untuk aku FOKUS!! taknak dah main-main..hujung minggu ni kena bertapa kat bilik lagi, siapkan tesis..ok, buat masa sekarang, semuanya seperti dirancang.. :)
| mungkin aku dah takde masa untuk semua ni.. :( |
dikarut oleh : ms hanashi at 3:27 AM 0 comments
Thursday, March 10, 2011
ko orang KELANTAN ke?
salam...
pagi tadi, macam biasa la, perempuan asal jumpa je, ada je la benda yang jadi topik..disebabkan prof masuk lambat hari ni, sempatlah budak-budak perempuan genetik bergosip pasal isu tempat praktikal..
bila aku cakap je aku dapat praktikal kat HUSM, ada sorang member ni tanya aku, apasal aku mintak jauh sangat..aku dah pelik..dalam kepala aku ni duk fikir, " bukan ke HUSM tu antara tempat praktikal paling dekat dengan rumah kot.." aku syak ni mesti member sorang ni ingat aku orang luar..aku pun mengaku la yang aku ni orang kelantan..dia punya terkejut sebab dia cakap aku LANGSUNG takde loghat orang kelantan..dia mati-mati ingat aku orang area sini je..haila~
oh, ini bukan situasi pertama bagi aku..dah banyak kali orang tak percaya yang aku ni orang kelantan..ada jugak sorang prof ni sampai ingat aku orang KL atau area2 sini je sebab aku langsung tak keluar loghat kelantan ni hah! siap ada sorang pak cik lab ni, terpaksa bercakap bahasa luar dengan aku sehinggalah aku berterus-terang dan suruh dia cakap kelantan je dengan aku..aku faham je bahasa kelantan tapi untuk berkomunikasi, aku agak lemah..ada orang tegur,bunyi loghat aku lain sikit dari yang asal punya..tersentap jugaklah masa mula-mula orang tegur camtu..tu yang aku malas nak bercakap loghat negeri ni..huhuu T_T
so, aku harap, nanti bila dah praktikal kat HUSM ni, aku mampu memperbaiki keupayaan aku untuk berkomunikasi dalam bahasa kelantan dengan baik..mana la tau, kot-kot jumpa jodoh dengan orang kelantan, malu la kalau takpandai cakap bahasa negeri sendiri ni..nanti bakal mak mertua marah pulak..opppss!
dikarut oleh : ms hanashi at 1:09 AM 0 comments
Sunday, March 6, 2011
apakah penghujung semua ni?
salam..
bangun pagi-pagi dah kena menghadap tesis..semalam tido lambat pun sebab buat tesis..oh, tesis, memang benar-benar menghantui hidup aku sekarang ni..bila la nak habis semua ni?
semuanya pasal tesis sampai study dipandang sipi-sipi je..nota biotek haiwan dah disusun kemas-kemas supaya senang nak baca tapi memang takde mood nak start study..kepala masih lagi risaukan tesis ni padahal rabu ni ada exam biotek kot..parah dah aku ni...
tapi, alhamdulillah, ALLAH swt permudahkan kerja aku..sebab sepanjang aku buat tesis 2-3 hari ni, memang aku banyak bersabar..tersalah masukkan data sampai effect semua result aku..itupun aku dapat tahu lepas aku dah settlekan hampir semua test dalam software..siyes, aku dah rasa macam nak give up tapi aku KUATkan juga tangan suruh buat balik...dugaan..dugaan..final year.. :(
itu belum masuk pedigree lagi..mak aii, buat salasilah keturunan orang asli ni mencabar sikit sebab banyak sangat kahwin dekat-dekat sampai susah untuk aku tentukan generasi yang mana satu..nak kena tahu nenek moyang kaum dorang lagi..penat weh sebab dah cuba buat banyak kali tapi masih taknampak lagi pedigree yang aku nak dan aku setkan dalam kepala yang pedigree ni macam main puzzle je..susun-susun cari pasangan dan siap la..
bilik aku pun dah macam kena masuk perompak je..berterabur semua jenis kertas-kertas tesis..kalau kat meja dah penuh, atas katil pula..kalau semua dah penuh, lantai pun boleh..itu belum masuk kertas tesis roomate aku lagi..hari ni, masing-masing banyak diamkan diri..sibuk buat tesis gamaknya..
takpe-takpe, kalau stress sangat, malam ni aku keluar je..lepak depan blok sambil tengok konsert nubhan..itupun, kalau mood aku okey untuk turun bawah..kalau tak, kira aku duduk bertapa dalam bilik sambil bertesis lagi..maybe? heh!
dikarut oleh : ms hanashi at 3:32 PM 0 comments
Saturday, March 5, 2011
aku dah penat dengan semua ni..maaf!
salam..
kat luar bangunan, hujan = air mencurah-curah..kat dalam bangunan pula, air takde..aku dah penat membebel dalam blog ni..aku rasa aku dah penat bersabar dengan kerenah pihak kolej..ni apahal sampai dalam seminggu hanya 3 HARI je ada air..apa, dengar cite student TAK payah mandi weekend, ye dak? biar kami jadi perempat jalanan..pergi menumpang kat kolej lain semata-mata untuk mandi..apa ni? penat tau tak bila kau dah ada masalah lain, tiba-tiba ditambah pula dengan masalah macam ni..
ok, fine..aku agak emo saat menulis entri ni..tapi, siapa boleh tahan kalau masalah air ni selalu berulang? ahad takde air, isnin ada, selasa takde balik..rabu, khamis ada air pastu jumaat, sabtu dah takde..woohoo, aku dah mula berprasangka buruk ni..come on la, kalau masalah air, takkan lah sampai ada waktu tertentu je ada air..siap boleh set waktu bagai..tak ke pelik kat situ?
whatever la..aku kalau boleh malas nak fikir..buat tambah masalah aku yang memang dah berlambak-lambak ni tapi bila dalam keadaan terdesak iaitu satu keadaan di mana kau kena buat pilihan untuk guna air pada masa bila, itu yang aku lemah..kalau emergency, then aku guna semua air ni,.lepas tu, emergency lagi, oh, kan dah teruk tu..
dikarut oleh : ms hanashi at 6:01 PM 0 comments
Thursday, March 3, 2011
jangan pernah menyesal..
salam..
malam esok exam tapi mood study entah ke mana..puas dah aku cari tapi tak jumpa-jumpa..kenapa ni? jauhnya mood ni menghilang kali ni..please, esok aku exam kot..baca nota macam sekali imbas je..tak lekat apa-apa pun dalam kepala ni..haila~
entahlah, malam ni macam takleh nak fokus..banyak sangat benda yang aku duk terfikir ni..pasal tesis, pasal masa, pasal duit untuk praktikal lagi..arggh, serabut kepala..aku kena plan semua ni betul-betul supaya teratur..sekarang ni, kalau boleh aku nak fokus dengan tesis tapi hampir setiap minggu exam akan mencelah..itu belum masuk urusan pasal konvo lagi,.nak kena upload gambar, urusan pasal skrol degree lagi..haila~
bila banyak masalah camni..mulalah aku menyesal..menyesal dengan masa sebab aku takpernah nak hargai masa aku dulu..suka sangat tangguh kerja, tak study awal-awal..lepas tu, takpernah nak belajar simpan duit untuk masa depan..suka sangat bazirkan duit biasiswa dulu..kamera aku tu, bukannya aku pakai sangat pun..rasa macam nak jual tapi sayang la pulak..T_T
tapi, bila aku takde mood macam sekarang ni, aku tatap tulisan-tulisan yang aku tampal kat bilik..aku buat reminder supaya aku taklupa perkara-perkara penting..aku buat jadual supaya aku takkan ada peluang untuk tangguh kerja lagi..bila aku rasa macam dah kritikal sangat, aku kacau kawan aku yang sorang tu kat skype..kesian kat dia kena layan kerenah aku ni..nasib la kan? apa-apa pun, terima kasih la aku ucapkan sebab sudi menjadi pendengar setia masalah aku dan terima kasih untuk ayat-ayat skype tu..thanks ya kamu!
| ayat yang PALING aku suka baca bila takde mood.. |
| aku tatap ayat ni almost everyday dan praktikkannya.. |
dikarut oleh : ms hanashi at 12:00 AM 0 comments
Wednesday, March 2, 2011
bila rindu..
salam..
alhamdulillah, internet malam ni macam okey plak..kalau tak, jangan haraplah aku boleh online..sedih bukan? aku pun taktahu apa yang dah jadi dengan laptop ni..selalu je shut down sendiri..dah la tu, kadang-kadang skrin jadi warna biru..pelik aku padahal baru je format..hurm..?
ok, masuk topik..bila rindu pada seseorang, apa yang kamu akan buat? call @ sms dia? heh, kamu memang berani..tipulah kalau aku kata takpernah rindu kat seseorang..kadang-kadang tu memang ada dan yes, aku memang pemalu + malas untuk memulakan sesuatu benda macam 'buat-buat' bertanya khabar or what..
apa yang aku mampu buat, doa je..doa supaya aku cepat-cepat lupakan pasal dia..sebab apa? sebab aku rasa aku dah mula membenci dia..taktahu kenapa tapi itu yang aku rasa buat masa sekarang..mungkin perasaan suka tu dah bertukar kepada benci, mungkin? ah, kalau duk main fikir benda-benda camni, memang akan sakit kepala..so, malas dah nak amik tahu..peduli la dia dengan hal dia tu..ada aku kesah? mestilah TAK!
kalau bercinta sebelum kahwin pun, belum tentu pasangan kita tu adalah jodoh kita..apa yang mampu kita buat, doa semoga jodoh itu berkekalan dan kalau tak bercinta sebelum kahwin pun, tak semestinya kita akan kahwin lambat..heh! itu semua jodoh yang ALLAH swt dah tetapkan..apa yang mampu kita buat, doa..so, apa-apa hal, jangan lupa untuk berdoa..kerana Dia itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segalanya.. :)
dikarut oleh : ms hanashi at 1:09 AM 0 comments

