THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, March 19, 2011

biarkan kebahagiaan 'itu' berlalu?

assalammualaikum..
         hujan dan aku sukakannya..saat ini, aku teringin sekali mahu berada di bawah limpahan air hujan dan bersendirian..ya, aku perlukan ruang untuk bahagiakan diri ini kerana aku sudah semakin membenci diri sendiri..tapi kenapa? kerana aku selalu membiarkan diri ini terluka..pedih bukan? dan aku ini manusia kejam..kejam kerana tidak pernah memberi peluang kepada kebahagiaan sendiri..i'm a loser?

        naaaa, aku ingin berlari sejauh mungkin..kerana aku tahu kebahagiaan aku bukan di sini..entah bila kebahagiaan ini akan datang kepadaku? gerak hati berkata, 'dia' bukan kebahagiaan aku..malah, aku sedang membiarkan diri ini terluka buat sejuta kalinya..tapi kenapa? mungkin aku perlu biarkan kebahagiaan 'itu' berlalu pergi dan aku harus mencari kebahagiaan yang sememangnya hak mutlak aku? arrrghh, pening jika difikirkannya..

       ya, aku perlu tarik diri dari semua ini..hentikan segala-galanya kerana 'dia' bukan kebahagiaan yang aku cari..aku sudah semakin menyampah dengan perangainya..segala keburukannya terserlah dan aku sahaja yang dihentam..jangan salahkan aku atas segala-galanya..sebenarnya, aku bukan sesiapa bagi kamu..mengerti? jadi, aku pilih untuk berhenti dari semua ini..lepaskan aku agar aku mampu mencari kebahagiaan aku sendiri..tolong jangan lukakan hati ini lagi..kerana, aku takut pada satu tahap nanti, aku sudah tidak mampu lagi untuk memaafkan kamu..maafkan aku...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...