THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, June 26, 2010

..maaf..

salam...

..biarkan kosong begini..
blog ini akan dibiarkan tidak berUPDATE selama...
maybe 2 minggu atau sebulan atau akan dibiarkan sepi begini..

jangan rindukan blog ini lagi..

harap maklum..
sekian..

*penulis*

Monday, June 21, 2010

..biarlah kata-kata yang berbicara..

salam..

suka dengan ungkapan ini..

Hiduplah sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati,
Cintai sesiapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya,
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Nescaya kamu akan memperoleh balasannya..

so, we must be taqarrub to Allah bcoz..
a single step we closer to Him,
a thousands steps He will be closer to us..




Sunday, June 20, 2010

..jadilah yang TERBAIK, bukan mencari yang TERBAIK..

salam..

" perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik.."

dan tidak dinafikan..
semua orang mahukan pasangan yang soleh/solehah..

tapi SEDARKAH kita..
bahawa kita ni terlalu DEMAND??

for guys,..
saya pon pelik dengan kaum kamu ni..
time COUPLE..
beria-ria nak cari awek yang HOT + CUTE  n etc...
tapi time nak kahwin..
barulah sibuk nak cari perempuan yang baik-baik, solehah...
for WHAT????

padahal..
kamu sendiri pon bukannya baik sangat pon..
nasihat saya..
sebelum kamu mahukan yang TERBAIK..
lebih baik kamu dahulu yang jadi TERBAIK..
bukan MENCARI yang terbaik..

get my point, rite?

dan situasi ni boleh juga terjadi kepada perempuan..

bercakap tentang hidup saya..
ya, memang benar saya ni JAHIL..
jahil tentang peraturan hidup berlandaskan ISLAM...
hidup ikut kepala sendiri..
dan tanpa saya sedari..
kadang-kadang saya ketepikan ajaran ISLAM..
ya ALLAH,
maafkanlah hambaMU ini..

bukan mahu membuka pekung di dada..
tapi saya tidak sukakan HIPOKRIT..
bukan tidak mahu berubah..
tapi biarlah saya berubah demi-NYA..
biarlah lahir dari hati yang ikhlas untuk berubah..
itu janji saya..

kadang kala saya perlukan masa untuk berubah..
saya perlukan seseorang untuk menyokong saya..
saya tidak mahu terkeliru..
saya hanya perlukan pembimbing..
saya tidak mahu jiwa saya memberontak..
dan andai kata masanya telah tiba..
moga dipermudahkan setiap urusan..

saya selalu mengharapkan agar hari esok adalah lebih baik dari hari ini..
dan setiap perubahan perlukan permulaan..

maaf sebab saya tidak akan pernah menjadi yang TERBAIK buat kamu..
dan kamu seharusnya bertemu dengan seseorang yang LEBIH BAIK dari saya..
pergilah...
jangan ragu-ragu lagi..
kamu akan faham kelak...




it's time for change..

..tips bagi sesiapa yang ingin mencari kerja PART TIME..

salam..

part time or full time??
hari ni mood saya agak baik..
so, tertiba plak baik hati nak share dengan korang semua..
baik hati??...*blushing*
sharing is caring, rite??

buat pengetahuan korang..
saya adalah ex-part time tropicana life...
standard gaji dibayar ikut jam..

so, bagi sesiapa yg nak cari kerja tu..
pilihlah kerja yang bersesuaian dengan masa korang..
and saya cadangkan korang cari kerja PART TIME FAIR..
ok, memang jaga FAIR ni sangat penat..
siyes, memang penat..
hampir setiap hari kena kerja 8 jam..
kadang-kadang, kena buat FULL day..
tapi gajinya agak berbaloi..
kadang-kadang, depend jugak pada brand korang tu..

contoh, tropicana life..
bayar saya rm 3.80=1jam..
nampak macam sikit je kan?
tapi bila saya kira gaji untuk 23 hari jaga fair ni..
hampir mencecah rm700...
senang kira..
seminggu = rm 200 lebih..

kalau korang tanya pasal kerja part time BIASA @ FAIR..
saya cadangkan baik jaga FAIR..
sebab gaji agak lumayan..
and korang xpayah r duk terikat sangat dengan kontrak kerja company...

contoh, saya part time fair untuk TL..
tapi saya xkne ikut rule PARKSON..
so, kalau ada perjmpaan dengan pihak atasan..
saya xpyah pergi..
alasan?
sebab kalau saya pergi perjumpaan..
tiada siapa yang nak jaga FAIR nanti..
:)

kalau korang jadi part time FAIR..
memang best..
sebab semua barang-barang tu..
korang yang kena handle..
korang yang akan tentukan susun atur produk-produk tu..
korang jugak yang akan kira stok..
pendek kata..
tauke hanya bagi tapak jualan + barang-barang je..
pastu, yang lain tu..
semua kita yang kena tentukan sendiri..
apa yang tauke tahu..
bila PARKSON tutup..
bil jualan dihantar kepada tauke..
senang, bukan?

TL memang TERBAIK!!!!
sekarang ni saya dapat OFFER dari 2 brand ni..

1) BONIA
-mencari part time BIASA ( 4 jam sehari )
-gaji, rm 3.80 = 1 jam
-lelaki @ perempuan..
-kerja 6 hari seminggu..

2) VALENTINO RUDY
-mencari part time FAIR ( 8 jam sehari )
-gaji, rm 4.00 = 1 jam
-perempuan sahaja..
-kerja setiap hari.. ( no off day )
-FAIR ( 29/6 - 18/7 )

saya dah tak boleh terima 2 offer ni..
sebab, saya nak FOKUS dalam study plak..
dah r sem depan ni..
saya dah start FINAL year..
adeeiii, berdebar juga..
cepat jer masa berlalu..
:)

berminat?
tawaran hanya sah di PARKSON kajang sahaja..
:)

Saturday, June 19, 2010

..mari bercakap tentang C.I.N.T.A..

salam..

kata orang, CINTA itu indah..
kata orang, CINTA itu buta..
kata orang, CINTA itu membahagiakan..
kata orang, CINTA itu gila..


tentang CINTA..
jika tepat pada masa, ketika, keadaan dan siapa..
CINTA adalah kuasa LUAR biasa yang tiada bandingannya
-pahrol mohd juoi-

bercakap tentang CINTA..
saya keliru..
betul kah kuasa CINTA mampu mengubah seseorang?

bercakap tentang CINTA..
saya hanya mencari seseorang yang JUJUR melabuhkan CINTAnya demi pencipta-NYA..
saya hanya mencari seseorang yang IKHLAS mencintai seorang wanita hanya kerana-NYA..

andai kata saya ditakdirkan untuk menemui CINTA..
saya berharap agar saya IKHLAS untuk berubah..
tapi bukan demi si DIA,
tetapi biarlah demi ALLAH..
amin~

bercakap tentang CINTA..
saya berharap agar saya menemui cinta yang SEJATI..
ya, cinta hingga akhir hayatku..

dan andai kata saya TIADA jodoh dengan DIA..
kuatkan lah hati ini untuk menerima takdirNYA..
kuatkan lah hati ini untuk meredhai pemergiannya..
kuatkan lah hati ini untuk sentiasa berada di jalanMU..
amin~

Friday, June 18, 2010

..ini BUKAN kebetulan tetapi semuanya telah DIRANCANG oleh mereka!!!

salam..


entah mengapa, ketika melayari Fb..
tiba-tiba hati ini terdetik untuk membaca artikel ini ...
ya, ianya berkenaan isu ISLAM dan YAHUDI..
ya ALLAH, kebenaran yang kadangkala sukar untuk diterima..

pembacaan saya tidak dapat diteruskan lagi..
kerana hati saya sudah tidak tenang..
seram bila difikirkan perancangan KAUM YAHUDI yang mahu menjatuhkan ISLAM ini..

ya ALLAH, ampunilah  dosa-dosa hambaMU yang lemah ini..

ya ALLAH, 
saya TIDAK cukup KUAT untuk berhadapan dengan situasi ini..
tetapi, BANTULAH hambaMU ini untuk terus berJIHAD di jalan yang diredhai-MU..
amin..

nota ibujarikaki :
-saya TIDAK mahu cepat melatah..selidik dulu,ok?

Thursday, June 17, 2010

..two is better than one??

salam..

hari ni rasa happy sangat..
petang tadi pergi beli tiket bas..
dah tak sabar nak balik umah..
nak makan banyak-banyak..
terutamanya IKAN BAKAR..
ok, dah berapa bulan tak makan ikan ni..
adoooi T_T

hooyeay, lagi seminggu je nak balik!!

destinasi? mestilah KELANTAN..
tapi apa yang lagi BEST ialah..
saya balik bukan seorang diri kali ni..
tapi BERDUA.. (errkk..)
yeah, two is BETTER than one..
amik seat pon sebelah menyebelah..
hehehhe~

see? dua tiket bas untuk kami.. :P
dah lama NIAT nak bawak si DIA datang ke rumah..
tapi tu la..
masing-masing sibuk jer..
tak ada lagi kesempatan..
tapi alhamdulillah...
kali ni termakbul juga DOA kami..
:)

ok, saya sangat EXCITED untuk balik cuti sem kali ni...

Wednesday, June 16, 2010

..jangan lupa MAAFKAN orang lain sebelum tido!!

salam..


ini adalah entri peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan..
memang la adat kehidupan..
mesti ada pergaduhan...
pastu, mulalah tak bertegur sapa..

dalam ISLAM ada menegaskan..
kalau lebih dari 3 hari tak bertegur sapa..
kira bahu belah kiri berat la..
haish~

okey,
saya tak nak marah kat orang ni lama-lama..
cukuplah dengan apa yang dia dah buat kat saya..
saya dah dapat peringatan yang sewajarnya..

so, di bulan REJAB ni..
saya nak dia tau..
yang saya dah MAAFkan dia..
setiap kali sebelum tido..
kita kne muhasabah diri..

so, saya harap..
esok akan jadi hari baru buat saya..
tiada lagi kenangan masa silam..

dun't worry..
i will be okay..
:)

nota ibujarikaki :
harap2 dia pon sudi maafkan saya.. i'm sorry :(

Tuesday, June 15, 2010

..mari bercakap tentang FIFA w0rld cup 2010..

salam...

saya sudah mula DEMAM..
demam bola..
padahal tak minat pon bola..
aduii, sahaja jer kan?

tapi saya suka layan lagu FIFA tahun ni..
memang best arr!!!
apa-apa pon..
layan jer la..







anda pula bagaimana?

it's up to you..

nota ibujarikaki:
thanz to my friend sebab dah mengembalikan semangat ku ini.. :)
inilah fungsi seorang kawan..

..mari bercakap tentang HATI dan PERASAAN...

salam..

kadangkala, kita akan berasa SEDIH..
kadangkala, kita akan berasa KECEWA..
mungkin, inilah yang dinamakan KEHIDUPAN..

sekejap anda diatas..
dan sekejap lagi anda dibawah..

apa perasaan kamu apabila..
perkara yang kamu HARAPkan..
tidak menjadi kenyataan..

apa perasaan kamu..
bila hati kamu dilukai?

apa perasaan kamu..
jika kamu diabaikan?

sedih, kecewa, bukan?

kadangkala..
saya tak cukup KUAT untuk hadapinya..
kadangkala..
saya menangis seorang diri..
kadangkala..
saya memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hati ini..
kadangkala..
saya takut untuk berhadapan dengan dunia yang makin mencabar ini..

saya sukakan quote ni :
" namun, sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.."

ya Allah..
kuatkan aku..
kuatkan iman ku..
kuatkan aku untuk menunaikan segala tanggungjawabku...
amin~

Monday, June 14, 2010

..jangan selalu main tarik tali..BAHAYA!!!..

salam..


kamu semua pernah tak main tarik tali?
best kan tapi apa yang kamu rasa selepas tu?
sakitnya telapak tangan..
hanya tuhan sahaja yang tahu..

situasi ini boleh juga dikaitkan dengan perHUBUNGAN..
anggap sahaja tali itu sebagai satu ikatan dalam perhubungan..
apa yang akan terjadi kalau pasangan tersebut selalu main 'tarik tali'..
maksudnya, masing-masing tidak pernah nak mengalah..
masing-masing cuba mempertahankan ego sendiri..

cuba bayangkan kalau itu adalah tali..
kalau kita asyik tarik sahaja..
lama-lama tali itu akan PUTUS juga kan?

begitu juga dalam perhubungan ni..
kalau masing-masing tidak mahu mengalah..
lama-lama perhubungan itu akan putus jua..

so, kepada kamu yang selalu suka sangat main 'tarik tali' ni..
please, jagalah hubungan tu..
jagalah hati pasangan kamu..
jangan disakiti lagi hati itu..
kerana sekali hatinya terLUKA..
agak sukar untuk ianya PULIH kembali..

nota ibujarikaki :
-i'm tired with your game..so, biarlah saya yang lepaskan 'tali' itu..it's OVER.. :)

Saturday, June 12, 2010

...mari bercakap tentang M.O.N.Y.E.T..

salam..

malam yang suram..
malam yang sepi..
sudah mula kebosanan..
haish~


ok, jom masuk topik malam ni..
mari bercakap tentang MONYET..
frankly, saya memang sangat FOBIA dengan monyet ni..
ye la, mula-mula sampai UKM dah kena kejar ngan monyet..
mencecet saya lari duk bertapa atas jalan...
nasib tak ada kereta time tu..
kalau tak, blog ini tak akan wujud..
apakah?

tengahari tadi, hampir dikejar monyet..
aduii, apalah nasib ku ini..
padahal kalau nak beli nasi..
hanya amik masa 5 minit jer...
tapi gara-gara kehadiran monyet..
amik masa 45 minit untuk sampai ke bilik..
haish~

tu belum masuk part menyorok kt dalam blok orang lain lg..
itupon, monyet still lagi try nak masuk melalui tingkap..
time tu, hanya fikir pasal diri jer..
kalau monyet nk amik makanan ni..
REDHA je la...

bercakap tentang monyet ni..
saya terfikir jugak..
camne la boleh wujudnya istilah 'cinta monyet'..

kamu semua pernah tengok tak camne monyet mengawan?
tau tak, nafsu monyet jantan ni sangat tinggi?
hampir semua monyet betina hendak dingapnya..
seriously, first time tengok..
tertanya-tanya gak la..
apalah yang monyet-monyet tu tengah buat..
dan kamu semua tau tak apa yang terjadi lepas tu?
monyet jantan akan tinggalkan monyet betina macam tu jer..
tanpa ada belas kasihan..
aduhaii, sedihnya...

saya rasa, sebab tu la wujudnya istilah 'cinta monyet' ni..
biasanya, ianya terjadi ketika zaman remaja aka time sekolah..
kebanyakan 'cinta monyet' ni adalah cinta yang sementara aka cinta yang tidak KEKAL..
tapi ada juga yang kekal hingga ke jinjang pelamin..
itulah jodoh namanya... :)

saya juga pernah terjerumus dalam cinta ni..
lucu jugak bila difikirkan balik..
malu pon ada..
ahaha~

Friday, June 11, 2010

..andai itu takdirnya..

salam..

kredit to mr google
merehatkan minda dengan membaca novel..
haish, pening kepala ni makin menjadi-jadi..
aduuii, tak suka r terlantar n terbaring camni je..
mujur saya dah tak bekerja..
kalau tak, mesti bos dah bising-bising ni..

andai itu takdirnya...
orang cakap novel ni sedih..
kalau baca mesti keluar air mata..

tapi saya?
entah, tak rasa pon feel macam tu..
dah la nak dekat sebulan ambil masa untuk habiskan novel ni..
sebelum start kerja lagi saya dah start baca novel ni..
tapi sampai sekarang, tak habis-habis lagi..

so, misi hari ni..
habiskan baca novel ni..
malam nanti baru start buat assignment balik..
kepalaku sudah kepeningan mengadap laptop semalaman..
huhuu :(

Thursday, June 10, 2010

..kenangan itu..

salam..

setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan..
kenangan yang indah, tidak mungkin dapat aku lupakan..
kerana di sini segala-galanya bermula..

ya, aku sangat gembira bersama kamu semua..
mungkin, aku akan rindukan saat-saat indah ini..






i will miss them!!!!
:(

Wednesday, June 9, 2010

..nota cinta..

salam..

kamu semua pernah tak tengok cerita ni 'coffee mate_nota cinta' ?







saya sukakan quote cerita ni..
"..cinta itu sentiasa ada, cuma kita kena menyemarakkannya.."

semua orang percaya akan kuasa CINTA..
cinta dapat mengubah seseorang..
sekeras mana pon hati seorang wanita itu..
pasti kecundang jua disebabkan CINTA..

"...cinta itu sentiasa ada,cuma kita kena menyemarakkannya.."
tapi kalau hanya satu pihak sahaja yang beria-ria mempertahankan cinta tersebut..
dan sebelah pihak lagi hanya berdiam diri..
cinta itu takkan ke mana..
mengekalkan sebuah perhubungan adalah sesuatu yang sukar..
tapi jika kedua-dua pihak saling memahami antara satu sama lain..
insya'allah, tidak akan timbul masalah..
:)

..back to normal !!

salam..

i'm back..
back to my normal life..
hooorayy!!

aduhai, dalam masa 3 minggu ni..
asyik sibuk dengan kerja sampaikan masa untuk diri sendiri pon dah terbatas..
ye la, habis kelas, terus masuk kerja..
time tak ada kelas, kena buat FULL day..
kerja sambil belajar memang PENAT..
lebih-lebih lagi kalau kena jaga FAIR..
act, sangat penat.. :(

tu belum masuk part komitmen lain lagi..
tugasan, tugasan dan tugasan...
adooii, esok dah kena struggle betul-betul untuk settlekan semua tugasan ni..
siyes, dah tak nak tangguh-tangguh kerja lagi..
rimas kepala otak asyik duk fikir pasal perkara ni jer...

kalau ikutkan hati..
memang nak tulis entri pasal pengalaman kerja selama 3 minggu ni..
tapi apakan daya, otak dah terlalu penat..
badan pon dah mula sakit-sakit ni..
kepala pon dah pening...
aduuuiii..

nota ibujarikaki :
i'm so tired..memang perlu rehat yang cukup.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...