THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, July 30, 2010

..jika aku jatuh hati...

salam..

malam yang sunyi sepi ni..
cam best jer layan lagu-lagu slow..
wahh, aku macam FREE arr plak malam ni..
ye la, esok tak ada kelas!!..
hooyeay, boleh arr golek-golek cam POOH sekejap..
tapi part yang kurang best ialah..
esok kena duduk bertapa seharian di dalam lab..
(xpe, demi TESIS ku yang tersayang!!... )
*ayat penyejuk hati di situ*


ok, just wanna to share something..
ni link video yang my sis bagi..


really2 love this background music..
tiba-tiba teringat kenangan zaman berteater..
it's hard nak tinggalkan dunia TEATER camtu jer..
tapi apakan daya..
kehidupan ini umpama percaturan..

perit, pedih, suka, duka..
semua sudah aku lalui..
banyak perkara yang aku belajar semasa berteater ni..
mungkin ini jalan yang terbaik..


aku redha.. :)


p/s:
alamak, entry xde kena-mengena ngan tajuk arr pulak.. :P

Thursday, July 29, 2010

..stress??..

salam..
anda stress??
tahukah anda..
antara punca utama kita stress adalah kerana rohani kita sakit..
oleh itu, marilah kita ubatinya semula dengan berzikir..

antara zikir-zikir harian yang dianjurkan:

Ahad : Ya Haiyum Ya Qhaiyum
Isnin  :  Lahaulawala ghuataillah billah hilaliyilazim
Selasa : Allahumma salli a'la saidina Muhammad
Rabu : Astagfirullah Al-azim
Khamis : Subhanallah wabihamdih subhanallah hila'zim
Jumaat : Ya Allah

~selamat beramal..

senyum selalu (^_^)

...sharing is caring, rite?...

Tuesday, July 27, 2010

jika ISTERI menangis dihadapanmu...

salam..

pagi-pagi Nisfu Syaaban ni..
ada sesuatu yang mahu dikongsikan bersama..
just copy and paste dari fb..
apa-apa pon..
selamat membaca!

...jika isteri menangis dihadapanmu..
Jika isteri menangis dihadapanmu….
hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Disebalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa berHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.



p/s:
hari ini jadual kelas agak 'full'..semoga dipermudahkan segala urusan..
amin~

Monday, July 26, 2010

..tips untuk redakan KEMARAHAN..

salam..

siyes, rasa macam dah lama jer tak UPDATE blog..
ketiadaan masa?.. mungkin..
sebenarnya, ada jer idea nak tulis entri..
tapi tu la...
semenjak dua menjak ni..
internet memang sangat la lembab..
mengalahkan siput sedut gamaknya..
adeeeiii T_T...
stress tau!!

ok, we drop the 'mengarut' part tu..
fokus pada tajuk kat atas..
semua orang pernah rasa nak marah, rite?
but, then kamu tahu tak camne nak overcome kemarahan tu??


ok, kat sini aku nak bagi tips sikit cmne nak handle kemarahan tu..
ni yang biasa aku buat la..
apa-apa pon, semuanya depends jugak pada setiap individu..

1) diam itu lebih baik..
well, prinsip hidup aku senang jer..kalau aku marah, memang aku memilih untuk diam..sometimes, aku suka buat muka 'cam nak dapat pelempang free' jer..tapi, mostly, memang aku tak boleh nak control sangat perangai yang ni..bukan tak pernah nak overcome, tapi memang susah nak buang tabiat yang satu ni..lagipon, aku memang species yang pendiam..so, memang aku akan terus DIAM sampai aku jadi cool balik..

2) makan dalam kuantiti yang banyak..
kalau kamu semua kenal aku dalam dunia realiti, memang aku agak 'mengawal' corak pemakananku..bukan niat untuk berdiet tapi selera aku tak menentu..banyak sangat alergik, seafood tak boleh makan, susu tak boleh minum..last-last, aku give up dan memilih untuk makan certain lauk sahaja..almost everyday, aku akan makan lauk yang sama iaitu...tauhu telur..(muka pon dah bulat cam telur ouuh!! )  bosan??entah, ni jer pilihan yang aku ada..that's why, aku jarang makan nasi..2-3 hari, baru makan nasi..so, life aku penuh dengan choc bar + milo..itulah makanan wajib aku..so, time aku tengah marah, memang aku akan buat-buat lupa pasal alergik ni..kunyah dan telan semua jenis makanan asalkan kemarahan aku reda..itulah aku..


3) dengar mp4..
aku suka dengar lagu in mode slow..hidup aku sentiasa ada lagu yang akan mengiringi hariku..biasalah, ex-technician bahagian audio..so, kalau aku tengah marah, aku mesti on mp4 aku kuat-kuat dan bayangkan yang aku sekarang berada dalam dunia aku sendiri..bukan cuba lari dari kenyataan, tapi aku tak suka tambahkan lagi kemarahan ni..banyak ouuh setan-setan yang berkeliaran time manusia tengah marah-marah ni..

4) tidur..
ok, aku suka tidur..act, sangat suka tidur..tapi aku ada jadual tidur yang teratur..tidur after pukul 12 tapi sebelum pukul 1..so, kalau aku tengah hot time tu..memang aku akan tidur awal..peluk bantal busuk kuat-kuat..bagi aku, tidur ni satu cara untuk redakan kemarahan..ye la, lepas bangun dari tidur, terus aku akan lupakan kisah sebelum itu..pendek kata, bangun dari tidur, semua memori yang pahit-pahit tu, aku akan lupa terus..hohooo... :P

5) menangis..
ni part yang paling aku malu nak buat..aku kan kuat, heartless..so, tak machoo arr kalau menangis ni..aku sangat jarang nak marah orang depan-depan..sebab sekali aku mengamuk, meleleh air mata aku ouhhh...(itu belum masuk part air hidung lagi.. :P ) adoooi, kantoii sudah di situ..aku benci menangis..

so, bagaimana pula dengan anda??
mahu share bersama??
silakan...

p/s:
hari ni seharian di lab..tapak tangan dicomoti dengan dakwat hitam..enjoy!!
pic : kredit to mr gooogle..

Saturday, July 24, 2010

bila waktu telah berakhir..

salam..




aku takutkan kematian...
namun, kematian itu adalah pasti..
aku redha dengan setiap ketentuan-nya..
maafkan aku atas segala-galanya..

Tuesday, July 20, 2010

manusia itu..

salam..


nak puaskan hati semua orang ini adalah..
leceh..payah..susah..

terlajak perahu boleh diundur..
terlajak kata, buruk padahnya..

kadang-kadang, kita tak perasan..
kata-kata yang dilontarkan itu telah mengguris perasaan orang lain..
walaupon dalam nada BERGURAU..
tak semua orang boleh terima..

oleh itu, jagalah setiap kata-kata yang akan dilontarkan..
jika menjaga hati manusia ini adalah susah, leceh...
lontarkan pada awan-awan di langit...
luahkan perasaan pada gugusan bintang-bintang..
lakarkan setiap cerita di atas kertas lukisan..
dan nukilkan setiap coretan di dalam BLOG....

dan kamu akan berasa puas hati..
berbaloi dengan nilai kehidupan ini..

p/s:
-lagi 2 minggu, aku akan redah hutan untuk ke perkampungan orang asli bagi mengambil sampel tesisku..EXCITED??..mungkin.. :P

Sunday, July 18, 2010

..they are COOL, ok??

salam..

adoooi, kebosanan mula melanda..
so, tiba-tiba rajin plak bukak folder pic yang entah bila..
hahaha~

budak-budak kecik zaman sekarang ni memang pandai bergambar kan?
banyak jer aksi yang dorang boleh buat..
kalau aku dulu..
time orang nak tangkap gambar..
time tu la aku cabut..
huhuu..

apa-apa pon..
enjoy the pic ey..






oh ya, model dalam pic ni ialah sepupu-sepupuku..
dorang sangat la peramah and sangat cool...

p/s:
-esok dah bermula kebizian ku..tesis...

..kekejangan!!!

salam..

adakah mengalami kekejangan ini adalah normal??
kalau kita kerapkali mengalami kekejangan di bahagian kaki, kenapa ye??
act, dulu time aku jadi atlet sekolah selalu jugalah mengalami kekejangan di bahagian kaki..
dan jurulatih cakap, it's normal untuk atlet..
tapi dah nak dekat 6 tahun aku tinggalkan dunia sukan ni..

pelik bila penyakit ni datang menyerang balik..
dan kini, semakin kerap..
it's hurt..
kadang-kadang, it's makes me cry..
sakit sangat sampai nak gerakkan kaki pon tak boleh..

dan sakit ni menyerang tak kira masa..
macam petang tadi..
kejang time nak solat asar..
ya ALLAH, hanya tuhan sahaja yang tau..
dah try urut, tapi still urat tegang lagi..
so, amik masa 5 minit juga la untuk relax and buat muka cool..

kalau kejang after bangun tido tu..
macam dah biasa bagi aku..
paling 'sedih' bila time kalut-kalut nak pergi kelas..
time tu la, kekejangan berlaku..
so, nak tak nak..
memang kena sabar dan tahan sakit..

entah kenapa..
semakin aku meningkat dewasa ni..
banyak pula penyakit yang datang..
dengan alergik seafood dan makanan tenusu..
dengan penyakit resdung..
namun, aku redha..

aku percaya dengan segala ketentuanNYA..

nota ibu jarikaki:
-hari isnin ni pembahagian tajuk tesis..siyes, aku sangat TAKUT!!

Friday, July 16, 2010

..it's enough!!

salam..


hidup.ini.sukar....
act, sangat sukar..
entah kenapa kadang-kadang aku tak kuat untuk harunginya..
tipu la kalau aku tak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku..
menyesal..sangat..menyesal..
aku tak patut memulakannya kalau aku tahu pengakhirannya begini..

tapi, aku hanya manusia biasa..
aku hanya mampu merancang..
dan ALLAH yang menentukannya..
aku percaya, mesti ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku..

aku pernah jatuh..
jatuh tersungkur sampai satu ketika..
aku rasa aku seperti tak mampu untuk berdiri..
jiwa aku kosong..
dunia aku gelap..
aku derita..

namun, ALLAH masih sayangkan aku..
ALLAH bagi petunjuk kat aku..
ALLAH makbulkan doa aku..
ALLAH tabahkan hati aku untuk terima hakikat ini..
dan ALLAH sentiasa bersama aku di saat aku memerlukanNYA..

oh ya, semalam tidur bertemankan air mata..
it's fun to cry..
ntah, rasa macam sangat lega selepas menangis..
persoalan yang selama ini aku tunggu..
akhirnya, sudah terjawab..
dan aku harap, ini air mata terakhirku untuk menutup tirai kisah semalam..
and it's over..

thanz to:
saima, azam, safi, ana, wani, k.long and kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi aku..
thanz for everything..

..setiap PERUBAHAN perlukan PERMULAAN..

salam..

kredit to mr google
maaf, kesibukan mula melanda diri ini..
baru mulakan sem baru..
tetapi kepala dah start SERABUT..
susunan jadual kelas masih lagi berTERABUR..
dugaan..dugaan..dugaan...

ini belum masuk lagi bab penulisan TESIS..
alahai, makin sibuk la nanti..
ingatkan nak grad ni tak de la halangan besar..
rupa-rupanya..
ada dua CABARAN yang perlu ditempuhi..
..tesis dan latihan industri...
memang kena kuat dari segi EMOSI dan MENTAL..

bercakap tentang mental..
mungkin, aku perlukan persediaan yang rapi..
kena selalu positifkan diri..
jangan mudah putus asa selagi belum menemui penyelesaiannya..
sebab aku percaya..
" Allah s.w.t tak akan uji hamba-hambaNYA jika hambaNYA itu tidak mampu hadapi dugaan itu.."

tentang emosi..
ok, mungkin ini akan jadi cabaran terbesar buat aku..
kerana aku ni mudah terikut dengan emosi sendiri..
mudah sangat emo..
mudah sangat JELES dengan orang lain..
siyes, masih lagi sukar dikawal..
huhuu T_T

tapi, apa-apa pon..
mulai sekarang, akademik menjadi keutamaan..
tentang emosi yang ntah pape ni..
tolak ke tepi..
siapa yang start buat KECOH ngan aku dulu..
just say 'bye-bye' kalau aku ignore korang terus..
leceh la kalau asyik aku jer yang nak mengalah..
agak-agak la weii!!

so, sem baru ni..
aku nak mulakan perubahan..
dari segi KEMATANGAN berfikir, menguruskan KEWANGAN dan EMOSI..
no more emo..
no more perangai budak-budak..
no more bazirkan duit jpa..
(errk, kantooii sudah!! )
berkenaan dengan dunia online ni..
mungkin aku akan cuba untuk kurangkan ketagihanku terhadap fb dan blog..
kena start fokus pada jurnal-jurnal yang menanti aku tak lama lagi..
sabar..sabar..sabar..
lagi setahun jer lagi..
pejam celik, pejam celik..
dah kerja la aku nanti..

tentang kerja plak..
aku ingat nak kerja under unit FORENSIK..
tapi aku takut dengan mayat..
kalau kerja under unit PATOLOGI..
aku fobia dengan darah..
(ok, aku pernah kantoii pengsan dalam lab last sem gara-gara kena amik darah sendiri..)
kalau nak kerja under MARDI..
aku tak kreatif untuk ubah genetik buah-buahan ni..
kan buah tu bertukar wajah..
mampus la aku...

aku nak kerja under MGI..
malaysia GENOME institute..
tapi, layak ke aku??
memang r tempat ni sesuai dengan course aku..
tapi, aku bukanlah SAINTIS yang hebat..
i'm not a good researcher..
lagipon, motif nak sama tempat kerja dengan KAKAK aku??
simpang 44x la kot..
tak pasal-pasal, nanti kitorang gaduh jer lebih dalam lab tu..
haish~

so, the best choice is..
maybe aku akan apply untuk kerja under IMR ..
institute for MEDICAL research..
aku minat kalau bab-bab kaji penyakit ni..
nak create penyakit pon ok la kot..
he~

oh ya, bercakap tentang perubahan..
aku nak start berubah menjadi diri aku yang dulu..
aku sukakan attitude yang dulu...
maybe aku kena jadi gadis yang kental, berani dan gagah perkasa..
dan yang paling penting..
kurangkan ke'LAZER'an mulut ni..
ahaha~

wah, macam banyak la plak aku mengarut kat sini..
nasib la blog..
aku dah tak tau nak luahkan kat sape lagi..

so, doakan yang terbaik untuk aku ey..
amin~

p/s:
-en JPA, cepatlah masukkan duit elaun..pokai sudah..kang nanti ada yang makan PASIR rebus, teguk air HUJAN.. kalau kecergasan OTAK terjejas..jangan salahkan student..T_T..

Wednesday, July 14, 2010

...cinta terakhir..

salam..

siapa sini yang suka layan cerita melayu kat TV3?
sila angkat ibu jari kaki..
he~

ok, saya dah mula minat layan drama kat TV3 ni..
ILUSI..
sukakan lagunya..
siyes, best walaupun lagu ni lagu lama..

sangat kena tap, tap, tap atas batang hidung ni...

cinta terakhir_aiman
kau cinta pertamaku..
kau cinta terakhirku..
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita


Kau ayu di mataku..
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Korus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir


Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia


Ulang korus


Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan


Ulang korus


Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun
Artis: Aiman





p/s:
-pedih bila hati ini dilukai..tapi saya memilih untuk melupakannya..
-" go with the flow.."

Monday, July 12, 2010

..i'm back!!

salam..

i'm back!!
sem ni dh start my final year..
hooyeay!!!
cepat la grad..
:)

tiba-tiba rasa cam malas jer nk update blog..
kekeringan idea ni..

tapi, apa-apa pon..
doakan yang TERBAIK untuk saya..

mulakan sem baru dengan SEMANGAT..
semangat!! semangat !! semangat !!
yeahhh!!

part yang paling best sem ni ialah..
saya dapat duduk kat aras yang paling TINGGI..
memang best r..
angin kuat gila dowh..
aircond free and natural..
no more MONYET, semut dan nyamuk..

tapi, amik masa 2 minit untuk panjat tangga..
no LIF, memang hari-hari dapat EXERCISE free jer..
kalau nak turun makan..
memang fikir 44x..
kurus arr sem ni..
haish~

bukak tingkap, nampak bumbung blok depan..

sudah mula sukakan bilik ni.. :)

saya sangat gayat, ok?
doakan semoga segala urusan kali ini dipermudahkan..
amin~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...