THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, December 31, 2010

..mengimbau kenangan 2010..

salam..
      tahun 2010 mungkin tahun 'berduka' untuk aku tapi ada sesuatu yang aku belajar dari setiap apa yang dah berlaku..biarlah kisah pahit itu aku kunyah.telan dan hadam perlahan-lahan..aku perlukan masa untuk lupakan semua itu..aku perlukan masa untuk bangkit balik..aku perlukan masa untuk padamkan semua kenangan aku tentang dia..itu yang aku perlukan buat masa sekarang..

      tapi, tahun 2010 juga merupakan tahun yang mengajar aku untuk kutip balik kekuatan dalam diri dan buang diri dia jauh-jauh dan alhamdulillah, aku mampu berhadapan dengan dugaan ini..kalau dibandingkan dengan tahun 2009, tahun di mana aku banyak berendam dengan air mata.makan hati dengan setiap kelakuannya dan 2010 adalah tahun untuk aku tinggalkan semua kisah duka itu..aku harap tahun 2011 ni adalah tahun untuk aku mulakan kembali hidup aku yang baru..insya'allah tahun ini aku akan grad dan berharap agar tahun ni rezeki di pihak aku..amin~

      kalau bercakap tentang isu komitmen dalam sesuatu perhubungan..mungkin akan dipertimbangkan..entahlah, biarlah masa yang tentukan..apa yang pasti, aku hanya mampu berdoa agar Allah swt memberikan aku jodoh yang terbaik untuk diri ini..apa yang pasti, aku nak bina kerjaya terlebih dulu dan menghargai detik indah selagi memegang status 'single'..

       last but not least, semoga tahun 2011 membawa seribu ketenangan.kebahagiaan.kegembiraan kepada aku..tentang azam tahun baru ni, kalau azam tahun 2010 dibawa ke 2011, boleh ke?? hakhakhak!!

[goodbye 2010, welcome 2011]
[pic : atuk google]

Thursday, December 30, 2010

..tinggalkan kisah duka itu..

salam...
        cuaca hari ini agak 'lemau'..siyes, nak bangun tido pagi tadi pon malas..padahal kelas pukul 8 kot..so, nak tak nak memang kena gagahkan diri juga pergi ke kelas..then, lepas kelas settlekan hal resume untuk latihan industri dan pendaftaran subjek..ingatkan lepas settle semua ni, bolehlah rehatkan diri jap tapi tadi, tetiba pulak ada hal lain..dalam pukul 5 lebih barulah boleh rehat dengan tenang di bilik..huhuuu T_____T.

        2-3 menjak ni rasa macam langsung tak ada mood untuk menulis blog..tak tau nak tulis pasal apa dah..time mula-mula buka blog ni, banyak tulis tentang perasaan dan isu yang merapu..tapi, itu yang best sebab lahir dari hati yang sedang berduka dan sekarang, sudah boleh menjalani hidup macam biasa dan terima hakikat yang diri ini hanyalah 'stranger' dalam hidupnya..diri ini hanyalah 'penyemak' dan 'perosak' dalam hubungan peribadinya..dah tak larat terluka dengan apa yang dia lakukan..biarlah dia buang aku jauh-jauh dari hidupnya..tapi, satu hari nanti tolong JANGAN cari diri ini bila ditimpa kesusahan..aku bukan aku yang dulu..so,sila pergi jauh-jauh dari hidup aku sebab ini keputusan yang terbaik untuk kita berdua..tak pe, mungkin aku hilang dia sebagai kawan tapi aku masih ada ramai lagi kawan yang setia bersama aku di saat aku susah dan senang..thanz :)

         tentang hidup aku kini, nampak sangat ke yang aku kini ada 'someone'??..errk, sejujurnya, buat masa sekarang masing-masing dalam proses mengenal dan aku rasa yang hubungan ni tak serius mana lagipun kitorang kawan je dulu..mungkin sebab tu aku malas nak bercerita tentang si dia..biarlah masa yang tentukan..lagipun, masing-masing sibuk dengan study dan sekarang si dia pun tengah busy 'training'..insya'allah, aku akan grad tahun 2011 dan si dia pulak 2012..so, kalau nak cakap hari-hari contact tu, tak lah..kekadang je itupun melalui chat..kalau orang tanya apa yang aku suka tentang si dia..cukuplah orang tau yang perangai dan pemikiran si dia jauh berbeza dengan aku..apa yang aku suka, itulah yang si dia benci tapi itulah juga yang merapatkan lagi perhubungan ni.. :)

         apa-apa pon, bagi aku..hidup ni memang adil..sekejap kita berduka, kemudian DIA berikan kita satu kebahagiaan yang membuatkan kita berfikir.."DIA hanya mahu berikan yang terbaik untuk diri ini.."

~alhamdulillah~

..Malaysia memang terBAIK!!

salam..

     firstly, TAHNIAH diucapkan kepada pasukan negara yang berjaya membawa pulang piala AFF Suzuki 2010..pemain Malaysia memang mantap!! so, dengan kemenangan ini, diharap isu HOT berkaitan penyokong Indonesia dan Malaysia kembali pulih seperti biasa...tak nak la gaduh-gaduh, ok?? kepada penyokong Indonesia, sila lah jangan terlalu berEMOSI atas kejadian yang berlaku di bukit jalil tempoh hari dan kepada pelajar Indonesia, sila jangan PULAUkan kosmate sendiri..'GAME OVER'..

     bak kata seorang kawan indonesia di fb.., " kalau kata emak aku bang : gara-gara maen bola tu miko (bhs bengkalis : kalian) berkelahi, elok tak usah maen...."  apa-apa pun, tadi memang best time bersorak untuk team malaysia..rasa terjerit-jerit macam tak ingat dunia jap..*tetiba minat pulak dengan bola sepak* ...dan part yang paling best ialah JUMAAT ni CUTI!!!..hooyeayyy :)

Monday, December 27, 2010

..aku sayang kamu lebih la!!..

salam...

       Hari ni pergi pusat kesihatan universiti untuk borong ubat..mintak dengan doktor, ubat untuk stok satu sem terus..dalam bebanyak ubat tu, satu jenis ubat je yang aku suka makan iaitu Vit C..dapat plak yang jenis kunyah + berperisa, haila~ barulah la best..kalau yang hari tu punye, tak sedap nak telan..he!! susah jadi budak yang banyak alahan ni..ubat pon kena amik banyak jenis..pagi telan ubat lain, malam ubat lain..tapi, apa yang pasti, semua ubat akan menyebabkan aku tak sedar diri untuk beberapa ketika..('.'!)

        itu baru settle bab penyakit..masuk plak bab duit ni..haish~my encik JPA buat hal lagi..so, BAYARAN biasiswa akan diberikan kepada pelajar pada HUJUNG bulan jan atau AWAL bulan feb ni..pembayaran akan dibuat secara berperingkat dan budak final year akan dapat duit paling lambat..[siyes, sedih giler dengan JPA ni ]..sepatutnya, bagilah peluang kitorang 'menikmati' duit itu dengan gembira buat kali terakhir sebelum grad bulan 9 ni..tension ouh macam ni..[kang ada jer bebudak tajaan JPA yang mogok tak nak kerja dengan kerajaan].. dah la duit aku dah guna untuk beli kamera..aiyakk!! bulan depan dah kena mintak tolong 'PAMA' support..itu baru untuk aku sorang..buatnya JPA buat hal dan semua budak tajaan JPA kena..so, 'PAMA' aku kena support 3 orang sekaligus la..adik yang kat mesir tu, takkan nak suruh dia makan pasir 'mesir'..panas kot..haila~ my encik JPA, please....kasihanilah kami ni.. :(

         isu terakhir..KOLEJ kesayangan aku ni..semalam tak de air, ari ni pon tak ada air..ni apa hal pulak?? aku syak pihak kolej ni buat CATUAN air la..asal nak malam je, terus tak ada air..kalau dulu, bolehlah sabar lagi redah blok sebelah tapi sekarang ni, blok sebelah pon dah kena JUAL dengan PERMATA PINTAR tu..dah berpagar habis-habisan..sedih la jadi budak yang terbiar macam ni..siyes, rasa macam pihak pengurusan kolej pentingkan diri..start bulan jan ni, kafe akan diTUTUP..so, kena pandai cari makan sendiri..hari ni ada meeting dengan pihak kolej, tapi tak rasa macam nak pergi sebab mesti dorang akan cari alasan untuk 'back up' diri sendiri..dah la yuran kolej ni paling mahal antara kolej lain..terperuk dalam hutan pulak tu..sigh ('.'!)

[comel je tengok baby ni..haila~]

kesimpulannya, permulaan sem yang 'TERBAIK' untuk my final sem ni..dah tak sabar rasanya nak keluar dari U..tinggal lagi 4 bulan je lagi..bersabarlah!!

Sunday, December 26, 2010

..doakan saya..

salam..

     Saat entri ni ditaip, jam dah menunjukkan pukul 1.23 pagi..entah kenapa, malam ni tak boleh tidur..padahal,  tadi seharian keluar berjalan..badan dah penat tapi rasa sangat tak selesa untuk tidur..hidung tersumbat, batuk-batuk dan pening kepala..maybe petanda nak demam kot..pelik jugak, bila awal tahun mesti demam..esok plak nak keluar lagi..haila~ my encik JPA belum masukkan duit lagi..minggu depan dah boleh lah start slow-slow makan 'pasir'..HAHA

      Bila jatuh sakit macam ni, mesti teringatkan rumah..siyes, kalau kat rumah ni, dah lama dapat layanan istimewa dari mak..rasa macam nak makan bubur nasi je..makin meningkat usia, makin kerap pulak penyakit datang..alergik, resdung, lenguh-lenguh badan..memang dah rasa macam orang TUA pon..huhuu T_T


      ingat lagi peristiwa ni?? lepas kejadian tu, saya selalu sakit tulang belakang..siyes, rasa macam nak buat ujian x-ray tapi biarlah dulu..mintak-mintak tak ada apa-apa lah...kekadang, bila kita jatuh sakit, kita akan beri peringatan kat diri sendiri yang bila-bila masa je kita akan PERGI menghadap illahi..hidup di dunia ni hanya pinjaman semata-mata..entah, mungkin esok lusa giliran saya..tak siapa yang dapat mengetahuinya melainkan ALLAH swt..

      ok lah, rasa macam dah okey sikit selepas telan panadol + minum air suam + buat rawatan resdung..dah rasa macam boleh bernafas balik..tak ada lah tercungap-cungap bernafas ikut mulut macam tadi.. :) apa-apa pon, doakan supaya saya cepat sembuh..isnin ni dah start kuliah..kalau boleh, tak mau skip on my first day.. (",)

[tak suka bila jatuh sakit..ada ke orang yang sukakannya??]
pic : kredit to google..

Friday, December 24, 2010

..menyendiri..

salam...

     siyes, bosan giler duk dalam bilik..hal tesis dan praktikal, duh~malas dowh nak fikir..siyes, banyak je benda tak settle ni tapi tu la, complicated sangat sampai otak dah tepu nak fikir..nak kuar jejalan, tapi xde sape nak teman..huhuu T_T..roomate plak hari-hari masuk lab untuk tesis dia tu..dan aku?? seorang diri dalam bilik sambil dengar lagu [ni]..tenet pulak cam harammmm!! nak tengok youtube pon lembap..arrrggghhh, stress jap..bukak kotak beracun [baca: buku fav]..sigh, semua buku tu dah baca..xpasal-pasal dalam tempoh seminggu dah khatam baca novel hlovate dua kali..paling xleh blah, dengan roomate sekali terlekat baca hlovate..HAHA..

     esok plan nak keluar release tension at 'somewhere with someone' [???]..mujurlah ada orang yang sudi ajak keluar, kalau tak mahu giler meroyan aku dalam bilik ni..so, alang-alang dah keluar ni, rasa cam nak rembat buku/majalah untuk dibaca..stok satu sem..he~ ok la, nak sambung balik baca novel hlovate..well, baca banyak kali pon xpe.. :)

p/s:
isu tempat praktikal : kalau apply jabatan forensik, tak tau la ada berani ke tak diri ni..wawawaaa!!
kalau apply makmal analisis, duh~ kang ada yang pengsan sebab hari-hari kena analisis darah..kekadang terfikir gak, kenapalah amik kos ni?? ('.'!)

Thursday, December 23, 2010

..gula-gula = perempuan??

salam..

      esok xde kelas dan dah seminggu bertapa kat bilik ni..tetiba rasa bosan giler-giler malam ni..so, borak la sekejap dengan roomate tersayang..topik tentang 'apa pandangan lelaki tentang perempuan yang tidak menutup aurat ni a.k.a seksi'..then, ada sorang lelaki ni komen kat fb camni :

[encik google]
             perempuan ni umpama 2 biji gula-gula yang berbalut..satu saya bukak pembalutnya dan biarkan terdedah manakala satu lagi saya biarkan pada keadaan asalnya..kemudian, saya bagi awak pilih..yang mana satu awak pilih?? lalu, si perempuan pun memilih gula-gula yang masih lagi berbalut..lalu, lelaki pun memberi jawapan, " itulah pandangan lelaki tentang perempuan.."

       bagi saya, itu komen yang agak mendalam maksudnya.. :)

p/s:
-teringin sangat nak buat entri tentang 'perempuan, make up dan solat...'
-tadi ber'skype' dengan orang tu..benci, kena kutuk lagi.. T_T

Wednesday, December 22, 2010

..keliru..

salam..

     penulis masih lagi dalam mood cuti walaupun dah duk bertapa kat kolej selama 3 hari,.yeppi!! minggu yang agak bosan sebab langsung tak ada kelas kecuali hari jumaat ni..('.'!)..weekend ni macam nak keluar lepak-lepak kat 'somewhere with someone' [..erkk??] ..cuci-cuci mata sambil ber'shopping'!!! plan asal nak rembat kamera digital tapi bukan DSLR..masih lagi tak mampu..tapi, sempena Y.E.S ni maybe mampu la kot nak beli satu kamera idaman.. :)

     tapi, sekarang ni tengah keliru..ingat nak rembat OLYMPUS [ini] tapi kawan cakap yang olympus tak ok sangat..dia cakap, alang-alang nak beli tu, baik pilih CANON sebab kualiti gambar yang agak baik compare dengan brand lain..eh, betul ke?? so, tadi online la sambil usha-usha kamera ni..

canon vs olympus
      mula-mula memang dah terniat nak beli olympus je sebab harga lebih murah..tapi setelah baca kat sini, punah terus harapan..ramai jugak yang cadangkan NIKON..mmm, konfius lagi..then, try la usha CANON plak..tetiba berkenan lak aii dengan canon IXUS dan POWERSHOT ni..siyes, comel jer design kamera tu..so, explore lagi untuk tau perbezaan dua jenis kamera ni..dan inilah hasilnya,

1.The Powershot and Ixus are two digital camera lines from Canon
2.The Ixus is designed for people who simply want excellent pictures while the Poweshot is aimed at people who wants more control
3.Ixus cameras are slim and light while Powershot cameras tend to be big and hefty
4.The Ixus is very simple with only a few settings that can all be set to auto while the powershot can be manually controlled depending on how the user wants his shot.


Read moresini 


        fikir punya fikir, rasa cam konfiden je nak rembat canon IXUS ni...so, setelah tolak semua perbelanjaan satu sem, ada balance lagi dalam seribu lebih..harga ixus ni pon boleh tahan gak..[klik sini]..so, ada peluang untuk beli kot..tapi, masih lagi keliru..adakah berbaloi untuk buat semua ni?? atau saya patut kumpul lagi duit untuk rembat DSLR?? adakah ini keperluan atau kehendak semata-mata?? ..hurm..('.'?)

..di saat aku mencintaimu..

salam..
 
thanz to mr Ir..
nice song..
:)

..kisah si bibik ayah..

salam..

masih ingat lagi akan entri ni ???
      ya, saya telah berjaya menamatkan kursus sebagai 'bibik' ayah..pergh, susah jugak jadik bibik ni..hanya diberi rehat selama sehari sebelum memulakan tugasan yang pertama..tapi kalau dapat majikan macam ayah ni memang best!! antara tugasan yang perlu diselesaikan :

tugasan pertama :
leceh gila bila buat kuih ni...
     kebetulan time balik cuti ari tu nak dekat dengan hari raya haji..so, tugasan pertama adalah buat kuih raya..wohoooo~ saya hanya diberi masa dua hari untuk menyiapkan 4 jenis kuih..antara kuih yang menjadi pilihan time tu ialah kuih siput, biskut itik, popiah kecil dan biskut kacang..bila belajar buat kuih/biskut raya ni, barulah saya sedar bahawa betapa peritnya buat popiah kecil..siyes, lain kali saya lebih rela beli dari membuatnya sendiri..setelah berpenat lelah selama 2 hari, tugasan saya selesai..respon ayah a.k.a majikan adalah POSITIF..yeayyy!!
tugasan kedua :
[kredit : google]
      Ini antara tugasan yang agak mencabar sebab saya kena masak lauk kegemaran ayah iaitu asam pedas ikan cencaru + kerabu peria..ok, ayah saya sangat cerewet dan deria rasanya amat sensitif dengan bahan-bahan masakan..part penyediaan bahan-bahan masakan saya lulus dengan cemerlang walaupun ayah cuba mengelirukan saya dengan penukaran beberapa jenis bahan..antaranya, penukaran asam keping kepada asam jawa dalam masakan [asam pedas ikan cencaru]..setelah berlaku beberapa kekeliruan, akhirnya saya gagal menyediakan lauk tersebut..masak nasi pon FAIL..lauk kerabu pon kena komen sebab rasanya lain..tak sama macam yang mak buat..ceit!! huhuu T_T

tugasan ketiga :
       Penyediaan sarapan..[menu : kuih ketayap]..mmm, disebabkan saya agak suka dengan kuih ini, jadi saya dah belajar awal-awal lagi..kelemahan saya ketika buat kuih ni ialah acuan kuih saya tidak 'sebulat' acuan mak..tapi, berjaya diselamatkan dengan teknik lipatan kuih yang agak kemas..he~ tugasan berjaya disempurnakan.. :)
[kredit : google]
tugasan keempat :
        penyediaan minum petang..[cucur bawang]..cucur bawang mendapat pujian ayah sebab rasa dan teksturnya sama seperti kuih yang dibuat oleh mak.. tugasan lulus!!

tugasan kelima :
        tugasan yang agak menguji tahap kecekapan saya dalam menguruskan semua hal di rumah..ditinggalkan selama 3 hari bersama adik lelaki sementara ayah, mak dan adik perempuan berjalan-jalan di KL..agak penat sebab semua kerja kena buat seorang diri...pagi-pagi dah kena sapu rumah, basuh baju dan bagi makan kat kucing kesayangan ayah..lepas tu, memasak untuk adik lelaki..petang plak kena sapu kawasan luar rumah..memang penat..dan aktiviti ini berulang selama 3 hari..tugasan yang kurang sempurna hanya kerana saya terlupa buang sampah..siyes, mak bising-bising dan saya terus merajuk..mogok tak nak jadi orang gaji lagi..hahhaha~
rumahku syurgaku..



salah satu kucing kesayangan ayah..
tugasan terakhir :
         setelah dipujuk, saya akhirnya berjaya menamatkan tugasan terakhir 'bibik' ni iaitu kena buat kek..agak malang bagi saya sebab kek tak kembang sepenuhnya..tapi rasanya agak sedap [puji diri sendiri]..

         overall, jadi bibik ni agak payah dan memerlukan komitmen yang tinggi..saya suka makan tapi tak berapa suka memasak..tapi, apa yang best, kursus 'bibik' ni telah merapatkan lagi hubungan antara kami dan banyak benda yang saya belajar dari ayah..itulah ganjaran yang bermakna buat saya..terima kasih, ayah..

maaf, ayat macam budak tadika..
skema habis.. huhuu ('.'!)

Sunday, December 19, 2010

..tiada lagi kisah duka itu...

salam..

alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan ini..
tentang kisah duka itu..
biarlah masa yang mengubatinya..
sekarang, teruskan hidup..
dan apa yang pasti..
saya sudah mula menjalani hidup seperti biasa...

ok, esok dah mula kelas..
perasaan??
huh~
tak tahu nak luahkan macam mana..

ini sem terakhir saya..
insya'allah, bulan 9 ni saya akan grad..
azam sem ni..
cuba dapatkan pointer DEKAN..
amin~

mood : jom layan lagu ni.. [ hijau daun_suara ku berharap]

kekurangan idea buat masa sekarang..
masih lagi kepenatan dan rasa macam nak pitam..
rasa macam dah berjaya kurangkan 3 kilo..

tentang blog ini..
masih lagi dalam proses ubahsuai..
maaf untuk segala kekurangannya..

Friday, November 12, 2010

..kursus praktikal sebelum kahwin..

salam..


cuti sem dah bermula..
perancangan awal hendak cari kerja part time....
tapi, setelah mengambil kira semua faktor..
akhirnya, saya mengalah dengan permintaan ayah.. [baca : ini ]

[ kredit to google ]
yup, saya akan menjalani kursus praktikal sebelum kahwin..
maksudnya, saya kena belajar semua tentang perempuan..maybe..??
kena belajar memasak..
kena belajar menjahit..
kena kemaskini ilmu agama ni..
waaahh, dah macam nak wat degree kursus rumah tangga la plak..

so, i'm going to become my father's BIBIK..
learn everything from A to Z..
sigh.. ('.'!)

so, wish me luck!!
:)

Tuesday, November 9, 2010

....i can't..

salam..

entah kenapa...
tetiba rasa macam nak nanges..
siyes, rasa macam dah xleh nak tahan dah ni..
rasa macam dah give up sangat..
rasa macam kosong.sepi.blur...

saya tak boleh fokus untuk study last paper ni..
saya takut. cuak. serabut sesangat...
saya dah give up dengan subjek ni..

yeah, ni major. killer. paper saya..
oooh, saya sangat takut dengan exam ni..
siyes, saya takut fail..
sebab kalau fail paper ni..
tak boleh nak GRAD 2011..
dan kena repeat pada sem 1..
maksudnya, nak repeat paper ni kena tunggu lagi satu sem..
oh no..dah la 2 orang senior xdapat GRAD sebab ni..
ok, saya takut sampai tak boleh fokus sekarang nii..

[ sekadar gambar hiasan ]
..i can't..
just wanna cry..
and i want to be ALONE rite now...
sori psl 'baju' baru blog ni...
menyebabkan blog ni jadi sangat berat..
pemilik blog dah malas nak fikir lagi..
so,  sila bersabar sampai next year ek..

Monday, November 8, 2010

..saya dan awak..

salam...

awak..
awak...
awak....
awak.....
awak......

saya nak repeat sebut 'awak' sampai infiniti, boleh tak??

awak, saya nak awak tau yang...

[ saya rindu awak ]
ok, siyes..
saya dah SENGAL..

awak..
esok saya exam lagi..
so, doakan yang TERBAIK untuk saya ek??

awak pon dah start exam minggu ni kan...
so, saya doakan untuk awak juga ye..
study leklok tau..

ini untuk awak!!
:P
 and i miss u rite now...

..saya nak kerja 'part time' tapi..........

salam..

rasa macam dah lama tak update blog ni..
ntah, time exam ni..
tak banyak plak idea untuk menulis..
nak kata rajin sangat study,..aaa..uuu..mmm..
itu TIDAK mungkin..
hehehe~

ok, ini mungkin minggu last untuk saya menulis dalam blog..
sebab, next week, saya dah start cuti!!
hooyeay!!

so, plan cuti sem kali ni..
ingat nak cari kerja 'part time' macam short sem hari tu..
sila rujuk entri iniini dan ini..
banyak perkara baru yang saya belajar time kerja tu..

malam tadi..call ayah..
nak suruh dia tolong carikan kerja untuk saya..
tapi.............

saya : ayah, akak nak kerja la time cuti sem ni..tak suka lepak je kat rumah..bosan..
ayah : akak nak kerja kat mana?? kat sana atau kat umah ni??
saya : tak kesah la mana-mana pun asal akak kerja..
ayah : mmm, ada satu tempat ni..memang perlukan pekerja sekarang..
saya : (tersenyum) wah, kerja apa tu??
ayah : kerja angkat-angkat simen, susun-susun atap..angkat besi-besi..nak ke??
saya : eeeeee, tak nak la kerja macam tu..nak kerja cam perempuan cikit..
ayah : tadi cakap xkesah kan..
saya : ala,..ada kerja lain tak??
ayah : ok, ada lagi satu kerja ni..memang kerja perempuan..makan dan tempat tinggal ditanggung..
saya : mm, kerja apa tu??
ayah : jadi BIBIK ayah je la..ayah tak boleh bagi gaji..tapi yang lain, semua lengkap..
saya : ceit!! tak mau.. ( merajuk..)

[ saya budak yang KUAT merajuk ]
seperti yang dijangka...
pelbagai alasan yang akan diberikan oleh ayah..
tapi, saya juga akan berusaha untuk memberi pelbagai 'idea' agar saya dapat kerja juga time cuti ni..

so, ayah..
tunggu..........

Sunday, October 31, 2010

..apa pilihan yang kita ada??..

salam..

 [ jiwa yang bercelaru ]
antara pilihan keluarga dan cinta hati..
yang mana satu menjadi keutamaan??

ya, keluarga adalah segala-galanya..
namun, adakah perlu mereka campurtangan dalam urusan hati ini??
mungkin mereka hanya mahu yang terbaik untuk kita..
tapi, cinta tidak mungkin boleh dipaksa..

cinta si dia adalah segala-galanya..
hati ini buat si dia..
namun, adakah si dia yang kita tunggu selama ini??
tepuk dada, tanya kata hati..

percayalah...
hati tidak mungkin akan mempermainkan tuannya..
ikutlah gerak hati itu..
ikut kata hati..
mungkin akan temui jawapannya..

namun, jika hati masih lagi kosong tentangnya...
jiwa yang masih lagi bercelaru dalam membuat keputusan...
apa pilihan yang kita ada??

minta petunjuk dariNYA..
moga dipermudahkan segala urusan ini..
amin~ 
dan kini, kita sedang berharap..
pada sesuatu yang tidak pasti..

..fasa dalam cinta..

salam..

dah baca entri ni ??
ok, ok..ni entri sambungannya..

..fasa dalam satu perhubungan..
ketawa..
masa mula-mula kenal, indahnya dunia ini..
jujurnya, memang inilah saat-saat yang paling membahagiakan..
masa inilah kita akan sentiasa tersenyum seorang diri..
membalas msg si DIA, menjawab setiap panggilan telefonnya..
dunia ini seperti hanya milik kita berdua..
wohoo~


kecewa..
fasa kedua dalam sesuatu perhubungan..
sudah mula kebosanan..
hubungan ini akan mula retak jika kita tersilap langkah..
adat dalam perhubungan terutamanya percintaan..
gaduh-gaduh manja ialah normal..
tapi, jika ianya berlarutan..
awas!! tindakan segera perlu diambil..
agar anda tidak KECEWA di kemudian hari..


berpisah..
perpisahan itu perit.pedih..
banyak hati yang akan terluka..
luka yang mungkin sukar untuk sembuh kembali..
namun, berpisah itu mungkin jalan yang terbaik..
terbaik untuk diri sendiri dan si dia..

walau apa pun yang terjadi..
hidup ini harus diteruskan!
senyum itu pengubat duka..
jadi, senyumlah kita untuk kehidupan ini..
:)

Saturday, October 30, 2010

..love cycle..

salam..

semalam agak kebosanan ye..
walaupun sekarang ni tengah FINAL exam..
tapi, tu la..
mood study ni susah benar nak datang..
so, untuk mengisi masa lapang....
saya pon main la lukis-lukis..
dan inilah hasilnya..
tadaa~



sesiapa yang pernah ada pengalaman CINTA..
mesti akan faham dengan lukisan ni..

cinta itu indah buat pertama kali..
cinta itu menyakitkan bila hati ini dilukai..
cinta itu akan jadi benci bila hati ini sakit..
dan kita akan berusaha untuk melupakan si dia..
namun, tanpa disedari..
kita akan merinduinya kembali..
dan akhirnya, kita akan mengharapkan cinta untuk datang kembali...

errrk, setuju ke??

Friday, October 29, 2010

..tiada pilihan kedua..

salam..

[sumber : uncle google]
hidup ini memang pelik..
kadang-kadang buat saya terfikir..
kenapa perjalanan hidup saya begini??
apa pengakhiran hidup ini??
apa pilihan yang saya ada??

ya, segalanya telah ditentukan olehNYA..
dan kita haruslah menerima segala ketentuan ini..
namun, masih ada ruangkah untuk saya memperbaiki kesilapan masa lalu??
masih adakah pilihan kedua buat saya??
masih lagi berfikir..

hidup ini memang pelik kan??
kerana ianya banyak mengajar kita untuk menjadi seperti diri kita sekarang..
kita yang akan tentukan hala tuju hidup ini..
segalanya di tangan kita..
jika kita tersilap membuat percaturan..
masih adakah peluang kedua??
entah,..

perkataan yang selalu bermain di minda setelah tersilap membuat percaturan..
.."alangkah baiknya jika tidak memilih pilihan itu.."
ya, saya selalu berharap agar saya masih diberi pilihan kedua..
dan saya masih berharap agar diberi ruang untuk memperbaiki kesilapan itu..
dan saya masih lagi berharap untuk itu..

namun, saya selalu lupa..
mungkin pilihan yang telah dibuat..
adalah terbaik untuk hidup ini..

dan, bagi saya..
hidup ini pelik..
namun, disebaliknya..
tersembunyi satu kebahagiaannya yang nyata..

oleh itu, hargailah hidup ini selagi kita masih diberi peluang untuk bernafas..
hargailah setiap detik indah bersama mereka yang tersayang..
dan mungkin selepas ini, kita sudah tiada peluang kedua...

walau apa pun yang terjadi..
hidup ini harus diteruskan..
hanya mampu berdoa kepadaNYA agar dipermudahkan segala urusan..

amin~

Thursday, October 28, 2010

...saya KUAT kerana mereka..

salam..

ayah,..
insan yang selalu kejutkan saya untuk bangun subuh..(errkk, kantoi sudah..)
insan yang pertama sekali saya jumpa tatkala pulang ke rumah..
sebab hanya ayah yang sudi berjaga malam untuk menjemput saya di bus stop..
insan yang sudi melayan kerenah mengada saya ni..
especially bila tiba part makan..
tapi saya sukakan ikan yang dibakar oleh ayah!

tak tau cmne nak expresskan perasaan sayang ni kat ayah..
tapi saya nak ayah tau yang saya sangat sayangkan ayah..

emak,..
peneman saya di kala saya kesedihan..
tukang masak makanan kegemaran saya..
tukang lipat baju saya..(erkk..)
penasihat peribadi saya..

walaupon emak suka membebel..
tapi, saya tetap sayangkan emak..
sebab emak adalah segala-galanya..
cinta hati saya..

k.itah,..
walaupon kita selalu bergaduh sebab perkara yang kecil..
tapi, saya sukakannya ..
sebab, lepas gaduh, mesti kita akan jadi makin rapat..

walaupun k.itah selalu jeles dengan akak..
sebab setiap kali gaduh..
akak selalu dibela oleh mak..
tapi saya nak k.itah tau..
yang saya sangat jeles bila ayah bela k.itah..
fair n square rite??

dan, saya nak k.itah tau..
yang saya sangat sayangkan k.itah..
sebab k.itah selalu ada di saat saya memerlukan seseorang..

upi,..
orang selalu cakap kita kembar dulu..
ye la, semua benda nak sama..
selalu je berkepit..
kalau bab-bab buat plan jahat..
memang menjadi la gabungan kita berdua..
dan sampai sekarang kita masih lagi rapat..

semua kisah cinta, perit, tangis akak..
upi lah orang yang tahu segalanya..
dan upi selalu protect akak bila k.itah mula cari pasal..
ingat tak masa kita nangis sama-sama time upi dibuli..
akak sakit hati bila akak tak boleh nak protect upi sebagaimana upi protect akak dulu..
dan air mata tu meleraikan segalanya..

dan, walau apa pon yang terjadi..
upi adalah adik dan kawan yang paling baik..
love u..

etei..
kamu adik yang sangat PENDIAM..
suka bersendiri,..
mungkin sebab itulah, kita tak berapa rapat sangat..
tapi, etei sangat pandai berbicara tentang agama...
penasihat agama akak..
dan terima kasih untuk setiap ilmu agama yang telah etei kongsikan bersama akak..
n i miss u..
next year, etei kena balik malaysia!

awe,
oooo, mentang-mentanglah anak lelaki sorang dalam keluarga..
semua benda nak lebih kan??
akak jeles, ok??

tapi, satu je akak nak awe tau..
semua benda yang ayah buat kat awe tu..
marah, bebel, pukul..
ayah buat bersebab...
sebab ayah sangat sayangkan awe..
please, janganlah lawan cakap dia lagi..
jadilah anak yang soleh, ok?

adik,
budak yang sangat comel..
penghibur ayah dan emak..
dikala adik-beradik yang lain tiada di rumah..

pesan akak,
jagalah ayah dan mak baik-baik..
sebab adik adalah anak yang disayangi..
anak yang telah menyatukan kita satu keluarga kembali..
thanz, my dear!

walaupon mereka kerap melayan saya sebagai 'budak kecik'..
tapi, saya sudah makin matang..
cuma part merajuk, menangis dan degil tu je..
yang tak boleh nak ubah-ubah lagi,..

tapi, saya nak mereka tau..
yang saya KUAT kerana mereka..
yang saya sangat sayangkan mereka..
dan saya tak boleh HIDUP tanpa mereka..

dan, sekarang..
saya sangat RINDUkan mereka!
huhuu T_T

p/s:
-tetiba mood study datang balik..
-saya juga belajar kerana mereka!

Saturday, October 23, 2010

..kalau CINTA..

salam..

kalau cinta, jangan kacau..
please, jangan kawal hidup saya..
bebaskan saya..

kalau sayang, tak perlu marah..
maaf jika saya jarang membalas msg kamu..
dan maaf jika saya TIDAK menjawab sebarang panggilan kamu..
demi kepentingan bersama..

kalau ikhlas, tak minta berbalas...
kalau betul kamu IKHLAS..
kamu tak akan harapkan apa-apa dari saya..
terima saya seadanya..
terima kelemahan diri ini..
dan didiklah saya ke arah kebaikan..

buat kamu..
serahkan CINTA itu pada yang sudi menerima cinta..
dan saya bukanlah insan yang layak..

please, lupakan saya..
saya belum bersedia untuk itu..
maaf kerana sudah LUKAkan hati kamu sekali lagi..
dan JANGAN cari saya lagi..
maaf..

..i'm so sorry..

salam..

entah kenapa, hari ni rasa sangat serabut..
serabut sampai dah tak tau nak buat apa dulu..
hari selasa ni dah start FINAL exam..
tapi, assignment still lagi berlambak-lambak..
urusan TESIS lagi..
adooooiiii, pening kepala kena fikir pasal benda-benda camni..

tengah-tengah serabut tadi..
teringat kat mak..
terus capai telefon dan call mak..
dengar je suara mak di hujung talian..
tiba-tiba air mata laju je mengalir....
puas dikesat tapi still air mata ni nak keluar..
suara dah serak-serak basah..
tapi still kena cover supaya mak tak syak apa-apa..
alasan paling logik time tu ialah baru bangun tido..
suara pon haruslah macho..

tanya khabar family..
borak-borak kosong..
then, tiba-tiba mak tanya pasal pelajaran..
ya Allah, janganlah bagi saya meraung lagi depan mak..
puas ditahan tapi akhirnya saya TEWAS..

saya ceritakan segalanya kepada mak..
saya tertekan di sini..
saya dah tak mampu bertahan..
saya sudah berputus asa..
saya sudah mengaku kalah..
dan saya minta maaf kepada mak kerana saya dah kecewakan mak..

mak cuba tenangkan saya..
tapi, air mata ni still mengalir..
rasa sesak nafas..
dan saya terdiam seketika..
then, mak cuba ubah topik..
dan saya tahu, mak pon sedih bila tengok keadaan saya macam ni..

ya, saya bukan saya yang dulu..
kini, selalu sangat jadi budak yang EMO..
dan, selalu saja mudah berputus asa..

mak, maafkan saya...

Friday, October 22, 2010

..just for you..

salam..



comel je video ni kan??
suka sangat..
:)

maafkan saya kerana terpaksa menyepi buat masa ini..
maafkan saya atas kelemahan diri  ini...
maaf...

Friday, October 15, 2010

..cinta??...

salam..


Kau hadir bila tiba waktunya
Tidak diundang tak jua dipinta
Walau ku lari namun kau tetap datang jua
Kerana mu cinta tak mampu menahannya

Aku terus mencuba
Untuk lari dari cinta
Kerana perit terasa sengsara tanpa kata
Kerana dusta
Cinta kau luluhkan hati ini
Membuat segalanya indah
Walau sesekali menjengah tiba
Oh cinta terasa bahagia
Hanya menunggu saat dan tika
Aku akan terus melangkah
Walau tanpamu oh cinta
Aku yakin akan adanya setia
Ceritera yangg tiada akhirnya

Cinta kau luluhkan hati ini
Membuat segalanya indah
Walau sesekali menjengah tiba
Oh cinta terasa bahagia
Hanya menunggu saat dan tika
Kerana cinta
Terasa bahagia
Cinta
Abadi cinta
Cinta padanya
Cinta satu cinta selamanya


jangan tanya saya apa itu CINTA..
kerana saya masih lagi 'KOSONG' tentangnya..

Tuesday, October 12, 2010

..terima kasih,mak!

salam..

bila saya hilang semangat..
bila saya hampir putus asa..
bila saya dalam tekanan..

perkara yang akan saya lakukan ialah..
telefon mak..
dan saya akan ceritakan segalanya..

biarlah air mata ini menitis keluar..
biarlah tangisan ini berpanjangan..
pada yang layak mendengarnya..

tatkala saya hampir putus asa dengan dugaan yang menimpa..
hanya mak yang masih gigih memberi kata-kata semangat..
hanya mak yang masih setia mendengar setiap luahan hati ini..
dan, segala-galanya akan kembali normal..
itulah kuasa seorang ibu..

beradanya saya di sini..
kerana seorang ibu..
yang tidak pernah putus berdoa demi anaknya..

buat mak,
ketahuilah bahawa saya sangat menghargainya..
ketahuilah bahawa saya sangat merindukanmu...
dan akan ku tunaikan segala harapanmu itu..
doakan yang terbaik untuk anakmu ini...

saya sayangkan mak!!

-jom layan : muhasabah cinta_edcoustic

kadang-kadang saya lemah..
dan ibulah yang menjadi teman tangisan saya..
yang sentiasa melindungi saya dari putus asa...
terima kasih untuk segala-galanya....

..just cool and relax, ok??

salam..

hari yang sangat memenatkan...
stress!!kalau pergi check tekanan darah ni..
sah, mesti kena tahan wad..

so, sok awal-awal pagi dah kena prepare untuk presentation poster..
then, hari khamis ni ada kuiz PSM..
jumaat, HOLIDAY!!
hooyeay!

sambung plak minggu depan..
hari selasa kena hantar 2 assignment..
hari khamis presentation JURNAL+ penghantaran penulisan jurnal...
jumaat ada kelas ganti + presentation PSM...

weekend akan busy dengan analisis data tesis dan penulisan jurnal..
then, sem ni xde study week..
so, kena pandai atur jadual untuk FINAL 2 minggu lagi..
dan, berakhirlah segala penderitaan untuk sem ni..
huhuu T_T

pejam celik, pejam terus..
tinggal lagi satu sem sebelum tamatkan ijazah ni..
happy??mestilah TAK!!
payahnya nak habiskan tahun akhir ni..
dan next year dah start kerja..
kena fikir komitmen lain pulak..
ayooii~

apa-apa pon, hidup ini mesti diteruskan..
biar apa pon yang terjadi..
kita buat yang terMAMPU..
:)

Monday, October 11, 2010

..soal CINTA..

salam..

hanya mahu berkongsi sesuatu berkenaan dengan cinta..
saya sangat bersetuju dengan artikel ini dan ini..

wahai lelaki..
cinta..
tidak perlu diungkapkan..
kerana ianya akan menambahkan 'masalah jiwa' kepada para wanita..
dan kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik asalnya, iaitu ALLAH swt..
ingatlah, mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya..
dan setiap manusia...
ALLAH dah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..
terimalah seadanya..

teruskan pembacaan dan kamu semua akan mengerti..
:)

..lelaki takut nak mendekati perempuan berpendidikan tinggi??

salam..

hari yang sangat memenatkan..
menghabiskan masa seharian di fakulti demi prof N..
ohhh, akan ku teruskan usaha gigih ini demi assignment itu..
(sape suh gedik ponteng kelas sangat..kn dah KANTOI!!! )


sedang asyik leka menjadi penunggu setia prof N di lobi jabatan..
saya didatangi oleh 3 orang pekerja lelaki yang menghantar alatan lab..

saya : ( sambil membaca nota dan mencuri dengar perbualan mereka..)
lelaki pertama : oooh, aku nak jumpa cik fara ni..
lelaki kedua : nok wat gapo plok??
lelaki pertama : nok ajok-ajok minum la..
lelaki kedua : mu jange main ngan dio..budok tu mudo lagi tapi doh ado MASTERS..
lelaki pertama : jo lo ko??
lelaki kedua : yo la..tino zaman lo ni..
lelaki pertama : emmm, xdop gapo doh la..
lelaki kedua : tok gitu, adik??
saya : huh??.. * senyum*
lelaki pertama : adik ada exam ke petang ni?? study je...
saya : tak arr, kuiz je..
lelaki pertama : kuiz je pon..bukan exam lagi tu..
saya : markah banyak kat kuiz ni..
lelaki pertama : ooh, skor la exam nanti..hahaha!
saya :..(mls nak melayan..)..*senyum*


sebelum kedua-dua lelaki itu bergerak ke lif..
lelaki pertama : bila kuiz tu?
saya : khamis ni..
lelaki pertama : lambat lagi tu..kalau abang, baca sambil ungga (lari) time nak kuiz tu..(sambil gelak)
saya : whatever! (jeling)

kenapa lelaki takut mendekati perempuan berpendidikan tinggi??
takut dikecewakan???
belum cuba, belum tahu lagii..
manalah tau rezeki kalian..
he~

Sunday, October 10, 2010

..jangan marah kalau saya MAKI mereka!!

salam..

maaf, ini entri kasar..
kalau sesiapa yang tak suka, sila BLAH!!!!

saya BENCIKAN pihak pengurusan kolej yang sangatlah BENGAP!!..
tak BERKATlah hidup kamu semua kalau ambil duit student tapi..........
tidak menyediakan kemudahan asas untuk kami..
and seriously, saya TAK halalkan duit yang dibayar..
dah la harga kolej yang paling mahal dalam UKM..
tapi, apa pon tak ada..

kalau pihak kolej xmampu nk sediakan kemudahan ni..
baik tak payah buat kolej..
tambah dosa je makan duit yang HARAM..

dah la selalu tak ada air..
sampai kami jadi perempat jalanan..
4 hari tanpa air..
weh, sapa boleh tahan??????

pastu, sekarang ni isu kafe plak..
kalau nak bukak kafe..
buatlah cara nak bukak kafe..
ni tak, dah la tak boleh nak order makan..
kena terima makanan yang ada..
makanan yang dimasak dari pagi..
oooohhhhh, BENGONG!!!
pastu, kol 8 malam dah tutup...

ya, kami akan mati kebulur secara diam..
patutlah awal sem ni ada student TERJUN bangunan..
then, pihak kolej diamkan isu ni..
itu belum masuk lagi kes BUNUH DIRI 2 sem lepas..

see, pihak kolej pandai sorok cite..
patutlah ramai yang tak nak duk kolej ni..
tapi, kami terpaksa kerana telah ditetapkan dari tahun pertama lg..
tiada pilihan..
dulu boleh lah bersabar..
tapi, kesabaran ada hadnya...

dan sekarang, saya dah meletup..
maaf.. :(

Saturday, October 9, 2010

..tolong saya!!

salam..

sedang kemaruk lagu ni..



sape tau nak download mp3 lagu ni kat mana??
dah try kt 4shared, mp3raid n musicdumper..
tapi xjumpa..
huhuu T_T

please...

..aku dan itu..

salam..



bersama Dr yg sangat sporting..
fokus..
kependekkan ku semakin terserlah :(
baru balik dari majlis perasmian ' the MALAYSIAN node of the Human Variome project"..
satu kajian mengenai variasi dalam kalangan rakyat malaysia yang berbilang bangsa ni..
overall, event ni bagus..
sebab saya berpeluang untuk bertemu dengan para penyelidik dalam bidang genetik..
projek yang melibatkan 52 penyelidik dan disertai oleh 11 universiti di malaysia..
satu usaha yang bagus ke arah menyingkap sejarah asal-usul rakyat malaysia dari sudut 'molecular biology'..

dan saya sukakan kata-kata Dr genetik saya :
..'student genetic adalah pelengkap student medic...'
yup, itulah tugas bidang ini..
membuat kajian tentang penyakit genetik..
dan, ianya memberi gambaran kepada saya tentang kerjaya sebenar course ini..

tapi, peluang pekerjaan untuk course ni sangat terhad di malaysia..
oooh, fakta ini sangat menyeramkan saya..
bagaimanakah nasib saya nanti?

and to my sis..
k.itah sangat bertuah sebab dapat kerja di Malaysia Genome Institute (MGI)..
itu tempat kerja impian saya, ok??
kalau tak dapat kerja under MGI..
kerja under Human Genome USM @ Institute Medical Research (IMR) pon dah kira ok..
he~
oh, tadi ada 'peristiwa' yang lucu telah berlaku..
masih lagi tersenyum tatkala teringatkannya..
*gelak jahat*

Thursday, October 7, 2010

..aku dan cita-cita itu..

salam..

entri di pagi hari untuk merehatkan otak..
ALLAH swt itu Maha Bijaksana..
hanya DIA yang mampu menjawab setiap persoalan mengenai penciptaan manusia..

cuba perhatikan corak cap jari di tangan anda..

tahukah anda bahawa setiap individu mempunyai corak cap jari yang berlainan walaupon kembar seiras??
tahukah anda bahawa corak cap jari di tangan kanan dan kiri adalah berbeza??
tahukah anda bahawa manusia ini UNIK dan ISTIMEWA??
dan tahukah anda bahawa melalui corak cap jari ianya dapat dikaitkan dengan sesuatu penyakit??


dan sekarang, menjadi tanggungjawab saya untuk mengkaji perkaitan antara corak cap jari (dermatoglifik) dan penyakit yang disebabkan oleh faktor genetik..
dan memang benar, corak cap jari adalah disebabkan oleh faktor keturunan..
namun, nilai kebolehwarisannya perlu dikira..

jujurnya, dulu saya tidak pernah terfikir hanya melalui corak jari..
boleh dikaitkan dengan pelbagai kajian yang lain..
teringat ketika membuat kajian tentang ini dan ini...
masih teringat lagi sindiran sinis yang orang asli lontarkan kepada saya..
"..nak tilik nasib ke??.."


hanya mampu membalas dengan senyuman..
kerana saya tahu apa yang mereka tidak tahu..
dan menjadi penyelidik ini benar-benar memerlukan kesabaran yang tinggi..
dan ingatlah, jangan sesekali berputus asa..

kini, saya masih mampu lagi berdiri..
walaupun sesekali langkah ini pernah longlai untuk maju ke hadapan..
walaupun hati ini pernah merintih terseksa..
walaupun semangat ini pernah luntur..
tetapi, saya masih di sini..
meneruskan cita-cita ini...
kerana doa ibu dan ayah..
terima kasih atas segala-galanya..

chaiyok!!
berusahalah.. :)

...arrghhh, TENSION!!

salam..

entah, hari ni serba tak kena..

air kat kolej xde sehari suntuk..
assignment yang berlambak..
perut yang sakit..
telefon tak boleh nak ON...
no SMS, no CALL..
dan hati yang rindukan dia..
tapi tak terluah...
huhuu T_T

bila difikirkan balik..
menyesal la plak sakitkan hati dia semalam..
bila logik akal di tolak ke tepi..
harap-harap, dia tak ambil hati..
ya, saya memang keras kepala dan hati besi..
tapi saya juga manusia biasa..
ada hati dan perasaan..
dan saya memang manja..mudah merajuk..
maaf atas kelakuan itu..

seriously, i need someone right now..
rasa hati ni dah tak tenang..
nak menangis tapi xde sebab..
i'm LOST..
rasa macam tak berguna sangat..
suka ikut kepala sendiri..
dah xguna logik akal dah ni..
stress!!!

ok, i need to sleep right now..
and i miss you..
benci tau!

Wednesday, October 6, 2010

..teka-teki yang sengal!..

salam..

just wanna to share something..
enjoy ya!

Tuesday, October 5, 2010

..antara dua pilihan hati..

salam..

dikala hati ini masih ragu untuk menerima kehadirannya..
hanya berharap kepada doa dan kata hati..

ya, saya masih ragu-ragu untuk menerimanya..
hati saya masih lagi kosong..
tiada kata putus dari hati ini..
hanya doa kepada-NYA yang menjadi petunjuk..

dan hari ini..
secara kebetulan saya terdengar satu perbualan berkenaan dengan JODOH..

..antara dua pilihan hati..
lebih baik memilih orang yang mencintai kita kerana hanya memerlukan sedikit usaha dari kita untuk menerima cinta dari dia seadanya..dan hanya kita sahaja yang perlu mengubah hati ini..
namun, jika kita memilih  orang yang kita cintai..ianya memerlukan usaha yang lebih untuk kita mengubah hatinya..


saya masih lagi ragu-ragu..
tiada petunjuk dari hati kecil ini..
hanya mampu berdoa kepadaNYA..
moga dipermudahkan urusan kali ini..

Saturday, October 2, 2010

..complicated..



uh huh..
life's like this
uh huh..uh huh..
that's the way it is

cause life's like this
uh huh..uh huh..
that's the way it is

chill out
what you yelling for??
lay back
it's all been done before
and if you could only let it be
you will see

i like you the way you are
when we're driving in your car
and you're talking to me one-on-one
but you become
somebody else round everyone else
watching your back
like you can't relax
you trying to be cool
you look like a fool to me

tell me..
why'd you have to go and make things so complicated?
i see the way you're acting like you're somebody else
gets me frusterated
life's like this you
you fall and you crawl and you break and you take what you get
and you turning into
honestly, you promised me
i'm never gonna find you fake it
no no no

you come over unannounced
dressed up like you're something else
where you are and where it's at you see
you're making me
laugh out
when you strike a pose
take off
all your preppy clothes
you know
you're not fooling everyone


honestly, i hate you..
because you are not yourself anymore..
you're somebody else..
life's like this..
and you win..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...