THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, January 27, 2013

@kerja dan ------> dia?

Assalammualaikum..

    oh my, quite busy minggu ni dengan stock take outlet..packing-packing barang, labelling..fuhh~ best pengalaman forever, love this moment, seriously :) masuk kerja pagi, balik malam...almost 16 hours dalam keadaan beraircond..terbaik!!! balik keje, nampak katil lebih comel dari makanan atas meja..

   sama dengan waktu pagi..hari-hari terkejar-kejar dengan masa sampaikan breakfast pun atas kereta..dah la bawak keta 100km/h..memang pejam mata je la..tangan kanan pegang makanan + stereng, tangan kiri pegang kepala gear..hohoo~ best gila jadi orang yang berkerjaya ni..masa memang sentiasa full dengan kerja..no social life, maybe??

   dan part yang paling best bila satu shift dengan si dia?? what?? hahaha~ dah lama tak satu shift dengan dia dan alhamdulillah, sepanjang preparation stock take ni, he is the one yang sangat-sangat membantu saya..saya merengek, mengada-ngada sikit-sikit, si dia layan je..dia tengok saya busy dengan management kedai, dia yang handle department selling floor..tapi most of the time, bila masing-masing ada free time, we become one..buat kerja sama-sama..maybe sebab saya bos kecil kat situ, so pembahagian tugas kerja untuk preparation stock take ni bebas untuk saya..maksudnya, saya bebas untuk follow sape-sape pun..so, i choose to stay with him..hahahhaha :D

   tapi part yang paling takbest bila dia dah pandai membebel sekarang ni..mula-mula kenal, pendiam gila..bila dah rapat ni, perangai dia dah mula nampak kot...bila dia marah, saya cebik mulut, konon-konon merajuk..tapi dia pandai pujuk..hadiahkan saya coklat, belikan aiskrim, pendek kata, bila dia rasa bersalah, dia akan bagi hadiah kat saya tanda mintak maaf..lalala <3

   dia suka tegur salah saya..alhamdulillah, dia bukan jenis lelaki yang terlalu obses dengan perempuan, tak terlalu ego..maksud saya, prinsip dia mudah je..kalau saya buat salah, dia akan tegur..memang agak selesa dengan dia :) tapi saya rasa dia kuat cemburu, maybe?? bila saya deal dengan supplier yang kebanyakannya adalah LELAKI MUDA yang belum berkahwin, dia mesti ada di sisi..dia selalu cakap saya nakal, degil pun ya kot...heheehhe :P

    so, tentang jodoh ni, saya hanya mampu doakan yang TERBAIK..mungkin dia jodoh saya, mungkin tidak, itu tidak pasti...cuma apa yang penting sekarang ni, saya betul-betul selesa dengan perangai dia yang tak banyak ragam dan yang paling penting, tidak MEROKOK.. >,<

   kenapa saya suka dia?? sebab saya rasa dia comel bila malu..hahahhaha :D

gaya dan senyuman sebijik macam dia neh.. :P


Sunday, January 13, 2013

...telan diam-diam.

Assalammualaikum...

     alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk hidup..syukur sangat-sangat sebab kerja sekarang dah semakin okay, gaji pun okay, bos pun okay, emosi pun dah semakin okay kot?? eh? hahahhaa :D

    cuma sekarang ni management kedai agak kelam-kabut dengan 'stock take'..banyak sangat prosedur yang nak kena ikut..kena packing semua produk-produk dalam kedai, kena kira lagi..aigooo~ harap-harap 'stock take' ni berjalan dengan lancar la..amin~

   then, cuti AL,RL,OFFday semuanya dibekukan sehinggalah selesai 'stock take' ni..hurm.., kalau amik MC, kena potong gaji rm100..what?? terima je la sebab kerja bawah orang..huhuu ~

   part OT yang paling best, sebab kitorang dah takpayah buat OT melainkan kalau benar-benar terpaksa..sebab OT staff sekarang dibayar oleh outlet/kedai ..so, kalau nak 'bonus' lebih dari kedai, jangan buat OT..bila kurang OT, makin tinggilah keuntungan kedai..hurm...??

   tapi part yang tak bestnya bila kena sambung buat kerja management yang TAK siap tu kat rumah..waawaa T.T sekarang ni pun tengah busy buat plan layout kedai..tu baru buat 3 plan, pun dah kelam kabut cari gali software yang sesuai untuk design ni..huhuu :(

   saya lah designer/arkitek, saya lah akauntan, saya la mechandiser, saya la supervisor, dan saya la SAYA..2-3 hari ni, asal balik rumah je, terus tergolek lembik..ye la, 24/7 guna otak untuk bekerja..seriously, memang NON stop buat kerja...kerja bertimbun : hantar report, order barang, deal with customer, deal with supplier, tu benda yang hari-hari buat..tambah pulak kelam kabut dengan stock take ni..memang jadual PADAT..hahhahah :D

   apa-apa pun, saya TETAP saya..cuma kadang-kadang tu macam terlebih emosi, moody semacam jek..tapi sekejap je pun..lepas pung-pang-pung-pang dengan staff-staff, okay balik.. :)

   bak kata bos kesayangan saya : " kita ni kerja bawah orang, nak taknak kena pikul jugak tanggungjawab yang orang amanahkan..kalau kena marah/maki tu, telan je la.. "

Saturday, January 5, 2013

rant 6 # pilihan, memilih..whatsoever la!

Assalammualaikum..

     sebenarnya kita banyak je pilihan dalam hidup ni..semuanya bergantung pada kita untuk buat keputusan..seperti keputusan untuk terus hidup, keputusan yang terbaik untuk masa depan..saya dalam dilema..kerja @ sambung belajar??

      parents suruh saya sambung belajar..entah. kerja pun okay je sekarang ni, cuma kena pandai handle stress, gaji pulak tengah naik lagi...$$$$$.. cuma satu je la..kalau nak naik pangkat lagi, kena transfer pulak..aduhaiiiiii...konfius...which one is better?

     member yang satu kepala pun dah start ajak buat masters ni..aigoo~kontrak dia dengan sime darby pun dah nak habis, maybe bulan 7 ni daftar master, bulan 9 belajar...sayangnya nak tinggalkan kerja ni sekarang..waawaa T,T tapi, kadang-kadang tu, terdetik jugak nak sambung belajar balik..hurm...??

    tapi betul jugak, sampai bila nak kerja yang lari dari bidang ni?? rugi sangat saya belajar sains selama ni kalau last-last kerja dalam bidang pengurusan..kalau betul sayangkan sains, no choice, kena sambung belajar balik..arghhh!!! kalau main aci ikut flow, boleh tak??

Tuesday, January 1, 2013

rant 5 # penutup tahun 2012..

Assalammualaikum..

   entah kenapa, aku ni sekarang makin busy je..sampaikan nak masuk tahun baru pun mamai-mamai lagi..member lain duk wish, ajak borak-borak kosong sempena tahun baru ni, aku masih lagi terkinja-kinja kerja, jaga kedai..penat, fuuh~

   semalam lagi la, kena pulak jadi tenaga pengajar untuk MT baru..penat weh jadi cikgu rupanya..migrain sampai aku..menangis dalam hati je dapat student yang main-main macam ni..aku buat muka serius nak telan dia hidup-hidup pun, dia still boleh buat muka bodoh je..haish~ give up sekejap..dalam banyak-banyak MT yang aku pernah ajar, buat masa ni, dia lah MT yang paling payah sekali nak di ajar..taktahu kat mana silapnya..mungkin sebab dia langsung takde pengalaman dalam bidang ni?? atau pun..memang dia spesies yang lambat nak catch up benda baru..tapi, yang pasti, aku dah give up!!

    masuk kerja hari ni, encik bos dah call..tanya kedai apa cerita..aku pun kalau boleh, taknak la sangat kacau dia time dia cuti ni..so, buat-buat la takde masalah sangat padahal kepala macam dah nak pecah pun..pung-pang,pung-pang, terkejar-kejar ke sana ke sini, buat report untuk hantar kat HQ...ajar MT lagi..last-last, aku suruh je MT kira duit petty cash..lama jugak la dia kira..kalau zaman aku dengan bos dulu, mahu kena telan hidup-hidup ni..paling lambat aku kira duit pun 15-20 minit..MT baru amik masa 1 jam..

   lepas tu, duk layan dengar encik bos bebel dalam telefon plak..mengadu kat aku, cakap dia kena 'basuh' dengan big bos semalam..dia sedih, dia rasa bersalah sangat sebab takjaga kedai betul-betul..takjaga staff betul-betul..aku pun cepat-cepat ubah topik..encik bos ni jangan di layan sangat, nanti takpasal-pasal dia berhenti plak..baru la haru-biru kedai tu nanti..huhuu :(

   itu baru masuk hal kedai, belum lagi masuk hal peribadi aku yang entah apa-apa entah..aku memang mudah rapat dengan lelaki, tapi takde la sampai nak kahwin ke apa..salah aku sebab buat wish yang mengarut-mengarut cakap nak kahwin tahun 2013 ni..tup..tup..tup...my ex-bf boleh tahu pasal ni dan tetiba dia suruh mak dia masuk merisik..aku apalagi, meroyan la..tak angkat call, tak reply msg..seriously, serabut betul dengan benda yang remeh-temeh camni..

   one of the reason, kenapa aku tak berkenan sangat dengan my ex ialah dia jenis cakap/ buat keputusan takpernah nak fikir dulu..dia ingat mudah ke kahwin ni?? duit dah cukup ke?? kerja pun tak stabil lagi..suka sangat berhenti kerja..lepas tu, tahu nak pinjam duit orang,.ok, full stop.,.aku dah start mengungkit..huhuu :(

   so, aku rasa penutup tahun 2012 aku sangat serabut.semak-samun, kelam-kabut jek..sepanjang tahun pun penuh dengan masalah dan keserabutan..waawaa T.T so, aku harap tahun 2013 ni, everything will be okay..Insya'allah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...