Assalammualaikum..
entah kenapa, aku ni sekarang makin busy je..sampaikan nak masuk tahun baru pun mamai-mamai lagi..member lain duk wish, ajak borak-borak kosong sempena tahun baru ni, aku masih lagi terkinja-kinja kerja, jaga kedai..penat, fuuh~
semalam lagi la, kena pulak jadi tenaga pengajar untuk MT baru..penat weh jadi cikgu rupanya..migrain sampai aku..menangis dalam hati je dapat student yang main-main macam ni..aku buat muka serius nak telan dia hidup-hidup pun, dia still boleh buat muka bodoh je..haish~ give up sekejap..dalam banyak-banyak MT yang aku pernah ajar, buat masa ni, dia lah MT yang paling payah sekali nak di ajar..taktahu kat mana silapnya..mungkin sebab dia langsung takde pengalaman dalam bidang ni?? atau pun..memang dia spesies yang lambat nak catch up benda baru..tapi, yang pasti, aku dah give up!!
masuk kerja hari ni, encik bos dah call..tanya kedai apa cerita..aku pun kalau boleh, taknak la sangat kacau dia time dia cuti ni..so, buat-buat la takde masalah sangat padahal kepala macam dah nak pecah pun..pung-pang,pung-pang, terkejar-kejar ke sana ke sini, buat report untuk hantar kat HQ...ajar MT lagi..last-last, aku suruh je MT kira duit petty cash..lama jugak la dia kira..kalau zaman aku dengan bos dulu, mahu kena telan hidup-hidup ni..paling lambat aku kira duit pun 15-20 minit..MT baru amik masa 1 jam..
lepas tu, duk layan dengar encik bos bebel dalam telefon plak..mengadu kat aku, cakap dia kena 'basuh' dengan big bos semalam..dia sedih, dia rasa bersalah sangat sebab takjaga kedai betul-betul..takjaga staff betul-betul..aku pun cepat-cepat ubah topik..encik bos ni jangan di layan sangat, nanti takpasal-pasal dia berhenti plak..baru la haru-biru kedai tu nanti..huhuu :(
itu baru masuk hal kedai, belum lagi masuk hal peribadi aku yang entah apa-apa entah..aku memang mudah rapat dengan lelaki, tapi takde la sampai nak kahwin ke apa..salah aku sebab buat wish yang mengarut-mengarut cakap nak kahwin tahun 2013 ni..tup..tup..tup...my ex-bf boleh tahu pasal ni dan tetiba dia suruh mak dia masuk merisik..aku apalagi, meroyan la..tak angkat call, tak reply msg..seriously, serabut betul dengan benda yang remeh-temeh camni..
one of the reason, kenapa aku tak berkenan sangat dengan my ex ialah dia jenis cakap/ buat keputusan takpernah nak fikir dulu..dia ingat mudah ke kahwin ni?? duit dah cukup ke?? kerja pun tak stabil lagi..suka sangat berhenti kerja..lepas tu, tahu nak pinjam duit orang,.ok, full stop.,.aku dah start mengungkit..huhuu :(
so, aku rasa penutup tahun 2012 aku sangat serabut.semak-samun, kelam-kabut jek..sepanjang tahun pun penuh dengan masalah dan keserabutan..waawaa T.T so, aku harap tahun 2013 ni, everything will be okay..Insya'allah :)
Tuesday, January 1, 2013
rant 5 # penutup tahun 2012..
dikarut oleh : ms hanashi at 9:46 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment