THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, July 30, 2011

..dilema..

assalammualaikum...

     alhamdulillah, tinggal lagi seminggu je student UKM akan jalani praktikal kat sini..semalam pun pihak institut dah buatkan jamuan perpisahan untuk kami..sedih okay! dan lepas ni, kami semua akan bergolek-golek kat rumah sambil tunggu surat jemputan untuk menghadiri majlis konvokesyen bulan 9 ni.. :)

     dari semalam lagi, ramai duk tanya kami perancangan lepas grad...err, buat masa sekarang ni, aku nak betul-betul enjoy dengan masa yang ada ni..maybe, aku akan start plan hala tuju hidup lepas grad kot..buat masa terdekat ni, aku nak duduk goyang kaki kat rumah je, betul-betul nak rehatkan kepala otak ni dan aku nak buat persediaan dari segi mental + emosi sebelum melangkah masuk ke dunia pekerjaan..stress praktikal pun belum hilang lagi ni..

     dan..dan...dan..sekarang aku dalam dilema..samada nak sambung master atau terus cari kerja..ramai yang suruh aku sambung master sebab dorang cakap sekarang ni, budak degree susah nak cari kerja..err, betul ke??kalau ikut plan encik penyelia, dia suruh sambung master..then, kalau ada rezeki, boleh diserap masuk ke dalam institut ni terus..tapi, the probs sekarang ni, aku macam dah takde 'feel' untuk belajar lagi..huhuu T_T

     dan yang paling penting, aku macam takde minat nak buat penyelidikan pasal cendawan ni..mungkin aku bukan dilahirkan untuk menjadi saintis, maybe? aku minat forensik tapi takpernah ada peluang nak sambung dalam bidang tu..waawaaa T_T

     aku kini dalam dilema..samada nak sambung belajar atau bekerja atau terus kahwin je ?

Thursday, July 28, 2011

assalammualaikum...

    hari ni seharian takbuat kerja lab..malasnya nak start penyelidikan genomik tu..nak setelkan jurnal bioproses dulu...semalam pun tidur 2 jam je..selamat hari ni takbuat kerja yang pakai otak, kalau tak memang pengsan la aku ni..

    hari ni best sebab akhirnya aku boleh belajar buat aiskrim coklat..at least, aku dah tau macam mana aiskrim McD dibuat...duk main masak-masak je sepanjang hari ni..best!! dan esok, belajar masak chicken chop plak..eemmmmm, yummy!!!!!

    perut kembung dengan aiskrim je..muak jugak tapi aku suka aiskrim perisa coklat tu.. :) dan..dan..dan..tadi aku rasa macam terharu gila bila ramai kawan yang tolong back up aku..siyes, dorang sangat baik sampai sanggup selamatkan aku dari kena stay back dengan encik penyelia kat lab...entah, aku pun taktau nak balas jasa dorang camne dan yang paling terharu, bila RO lab sebelah pun join sekali back up aku..dia yang beria-ria cakap kat encik penyelia supaya lepaskan aku pergi..apa-apa hal, boleh bincang esok..then, bila RO tu bagi senyuman, aku dah mula cair..cair..dan mencair.... :P

    so, kepada korang, korang dan korang, thanks sangat-sangat tau..korang memang baik, sangat baik kot..aku beruntung sebab kenal dengan kamu, kamu dan kamu..thanks tau!! sayang la korang :)

Monday, July 25, 2011

kosong is zero = 0

assalammualaikum..

    arghhh, benci betul aku hari ni..boleh tak kalau air mata ni jangan rajin sangat keluar?? please, aku kena KUAT..tinggal lagi tak sampai dua minggu pun..kalau hari-hari nanges camni, memang parah la kan??

    saat ni, aku rasa jiwa aku kosong..sangat sunyi ok! aku takde sesapa yang boleh dengar probs aku ni..aku stress, maybe dah masuk stress tahap kritikal kot..kenapa penyelia buat aku macam ni? boleh tak kalau dia bagi aku tenang dan aman untuk satu hari ni?? jangan stresskan saya, boleh? minggu ni akan jadi minggu busy aku..duk terkejar2 macam orang lari tak cukup tanah..bencinya.. T_T

    mulai esok, aku takkan masuk ofis untuk dua hari (selasa & rabu) sebab aku pergi seminar..then rabu tu jugak, aku kena submit jurnal yang dah diperbetulkan..khamis plak aku kena buat genomic research dan malam tu, ada pulak jamuan makan-makan perpisahan kitorang..then, jumaat tu buat kena genomic research lagi dan lagi sampailah aku jumpa DNA sequence yang encik penyelia nak..hari jumaat tu jugak, aku kena practise presentation dengan encik penyelia..weekend aku konfirm-konfirm burn minggu ni sebab encik penyelia PAKSA aku stay kat lab..bila aku tanya kenapa, dia cakap ini adalah ARAHAN!! stress, ok..

    hari isnin, aku kena setelkan something yang encik penyelia suruh aku buat..aku rasa macam nak nanges je..aku dah nak habis praktikal kot, tak boleh ke encik penyelia bagi masa kat aku untuk rilex sikit...kenapa dia selalu buat aku rasa macam mau gila?? i hate RESEARCH..sangat benci...please, cepatlah masa berlalu..aku dah TAK tahan duk kat sini lagi...
  

kalau kami dah takde?

assalammualaikum..

    sekarang ni, aku duk gigih membilang hari untuk balik rumah..yup, tinggal lagi 2 minggu je untuk praktikal..lepas ni, aku dah boleh mula berangan-angan untuk grad pulak..bulan 9 ni maybe akan busy berulang-alik dari kelantan ke bangi..nak kena setelkan hal konvo dulu..nak kena pilih jubah lagi..ooooo, leceh je <-------

    entahlah, dalam masa hampir 3 bulan kat sini, tetiba aku rasa macam sebak je nak tinggalkan tempat ni..actually, agak best kot praktikal kat sini..kitorang kat sini mana ada terikat sangat dengan peraturan yang ketat pun..aku pergi kerja pun pakai selipar je, then boleh makan bila-bila masa..takde limit masa ke apa..kitorang kat sini bebas gila kot..keluar masuk ofis macam biasa je..tapi, janji kerja lab dah setel awal-awal..aku plak, ada dua tempat kerja..satu dalam lab, satu lagi dalam bilik meeting..aku masuk lab bila aku rasa nak buat eksperimen dan aku akan lepak bilik meeting bila nak cari idea menulis jurnal.. :D

   macam last week, aku banyak lepak kat bilik meeting..ye la, bilik meeting lebih privasi kot..tapi, aku lebih suka lepak kat lab sebab boleh buat kecoh+bising..nak-nak bila gabungan dua sahabat baik, encik H dan encik U ni..siyes, tak habis-habis duk mengusik kitorang..ada je yang dorang takpuas hati dengan student UKM ni..haila~bila teringat balik kata-kata gurauan tu, boleh buat aku tersenyum sorang-sorang...lawak dorang memang sengal!!

   hari jumaat ari tu, disebabkan aku takmasuk lab, so dua sahabat baik ni sibuk-sibuk pulak lepak kat bilik meeting sekali..tau nak menyakat je kerjanya..tapi, bila masuk part lab work, dorang boleh plak serius..then, tadi encik H tanya aku..

encik H : korang berapa lama lagi kat sini?
aku : mmm, dalam 2 minggu je lagi  *senyum*
encik H : oooo.. *sambil duk main-main tolak-tolak kerusi aku*
aku : nanti kalau kitorang dah takde, lab ni camni ye?
encik H : sunyi kot..kadang-kadang, ada satu hari tu, lab terus kosong..sebab semua staff tak masuk ofis..
aku : nanti mesti encik H akan rindu nak usik kitorang kan?
encik H : ala, nanti kita boleh jumpa kat UKM..kan?
aku : errr....*senyum*


encik H dan encik U memang baik..sangat baik kot..lepas ni, encik U akan sambung study kat UK..dia ni suka sangat tolong aku, banyak ajar aku pasal lab..tapi, dia juga kuat menyakat kot..otak pesen gila-gila ni payah jugak...puas nak melayan kerenah budak-budaknya..entahlah, aku rasa macam sedih je nak berpisah dengan semua staff kat sini sebab dorang sangat baik kot... :)


p/s:
-alamak, terlupa yang aku pernah terhutang oreo dengan encik H..
adoiiii~ esok kena dengar dia membebel lagi.. T_T

Sunday, July 24, 2011

yes, I do.. :)

assalammualaikum...


kalau ada orang melamar aku buat masa terdekat ni, aku akan jawab :
" yes, I do.."

bestnya cinta lepas kahwin..siyes, aku rasa macam sweettt gila..oh, nooo!!

*mood mintak pelempang*

Saturday, July 23, 2011

bila saya jadi PA..

assalammualaikum..

     entri sepatutnya aku publish semalam tapi disebabkan terlalu penat menunggu encik penyelia yang busy dengan meeting, aku terus tertidur tanpa sedarkan diri selama 9 jam..pergh, heaven gila dapat tidur dengan lena..even encik penyelia call time malam tu pun, aku boleh cakap kat dia, jangan kacau aku tidur..hahaha!!

     mentang-mentang aku dah habis lab work untuk praktikal ni, tetiba semalam aku dapat tugasan baru pulak..tak pasal-pasal sepanjang hari aku kena jadi PA encik penyelia..penat weh jadi PA ni..nak-nak time tetamu encik penyelia datang..akulah yang kena handle sementara nak tunggu encik penyelia masuk ofis..lepas tu, kena hidangkan air dan makanan untuk dorang lagi...itu belum masuk part aku kena print out dan susun document meeting untuk encik penyelia..

    kebelakangan ni, encik penyelia memang dah mula sibuk dengan meeting kat luar..then, aku la yang kena jadi wakil dia sementara dia takde kat ofis ni..kena jawab panggilan telefon tu macam kerja rutin aku je..bila orang cari encik penyelia, mesti RO suruh jumpa aku dulu..paling takleh blah, apa-apa hal berkaitan dengan encik penyelia, semua orang duk tanya aku..macam la aku ni diary encik penyelia tapi memang kot sebab apa-apa hal, encik penyelia mesti akan inform kat aku dulu..arrrghhh, stress jap!!!

    tapi part yang paling aku suka bila encik penyelia suruh aku jumpa supplier untuk beli mesin-mesin lab..aku ni dah la blur, pastu bukan nya tau apa-apa pun pasal 'sebut harga' bagi institut ni..yang supplier ni satu hal, aku dah inform awal-awal kt dorang yang aku ni just student praktikal je, bukan permanent staff kat sini..tapi, dorang tu, still duk sibuk-sibuk tanya aku pasal organisasi institut,..part takleh blah, dorang siap tanya lagi kedudukan aku dalam institut ni..padahal, aku dah bagitau awal-awal dah kat dorang kot tapi dorang taknak percaya..last choice, aku pun tunjuk carta organisasi institut dan bila dorang tengok takde nama aku, baru dorang percaya..banyak yang cakap maybe aku akan dapat kerja kat sini, tapi bagi aku, cukuplah setakat praktikal je kat sini.. :P

    tadi encik penyelia pun ada timbulkan isu ni..jawapan aku, " saya masih lagi 50-50"..plan buat masa terdekat ni, aku nak golek-golek kat rumah..itu je..muahaha~




p/s:
-bila fikir pasal masa depan, aku jadi macam blur, taktau hala tuju..aku macam LOST sekejap..kenapa eh?

Monday, July 18, 2011

tercair la plak!

asalammualaikum...

      hari ni pergi kerja dengan keadaan yang blur-blur blink..taktau nak buat apa..kepala dah ting-tong sebab tak cukup tido..rasa macam mau lempang diri laju-laju je sebab gatal pi teguk neslo sebelum tido..sekali ambik kau, terus takleh tido langsung..

     hari ni encik penyelia takde..dia busy dengan meeting dekat penang..aku? entah, malas nak ambil port sangat..tapi yang pasti, aku ada kerja yang perlu di setelkan sebelum encik penyelia balik dari penang...so, pagi-pagi lagi aku dah duk berdoa dalam hati supaya encik RO lab sebelah ada untuk ajar aku pasal DNA ni...

     sampai je aku kat lab, terus p jenguk lab sebelah..berani gila aku ceroboh masuk lab sebelah semata-mata untuk tengok kalendar RO tu...kalau ikut jadual, dia sepatutnya masuk kerja hari ni...maybe dia lambat kot..so, aku pun lepak-lepak la kat pantry untuk breakfast dulu..

      after breakfast, aku toleh lagi kat lab sebelah..naaa, RO tu dah ada..muka dia tenang je walaupun dia datang lambat..time tu, aku rasa macam serba salah gila nak jumpa dia untuk minta ajar aku pasal DNA ni..tapi, aku dah malas nak tadah telinga kena marah dengan encik penyelia, so aku tebalkan jugak muka pergi jumpa RO tu..

      RO ni memang hensem dan comel kot..muka dia mix chinese dan omputih, kulit smooth gila..dan aku terus jadi cair bila dia bagi senyuman kat aku pagi tadi..*pengsan*.. dia ni dah la hensem, baik hati pulak tu..cakap pun lembut je..walaupun aku ni banyak cakap dan nakal, tapi dia still layan je setiap soalan aku..dia takmarah pun kalau aku tanya kat dia soalan pelik-pelik..kalau dia dah blur sekali pun, dia mesti akan jawab camni je : " awak berikan saya masa untuk berfikir dulu ye.."

      perghhh, tadi hampir dua jam aku duk belajar dengan dia pasal DNA ni..rasa macam cepat je masa berlalu..RO ni pendiam sikit..tapi, bila dia dah start bergurau, aku pulak jadi terdiam..tak habis-habis duk kutuk pasal laptop aku ni..grrrrr~ apa-apa pun, dia memang pandai mengajar..kalau aku takpaham ke apa, dia tak marah malah bagi senyuman kat aku lagi..mana tak cairnya aku hari ni...

     then, tapi before aku blah, aku sempat booking dia..aku cakap kat dia : " next time, kalau saya tak paham pasal primer ni, saya tanya mr *** lagi ye..." padahal niat dalam hati, hanya tuhan je yang tau.. :)
  

Sunday, July 17, 2011

research boleh buat aku jadi GILA dalam diam...

assalammualaikum...

      rasa macam mau nanges je di saat ni..maybe sebab aku terlalu penat berfikir pasal DNA, primer yang entah apa-apa ni, sampai terbawa-bawa masuk dalam mimpi..huhuu T_T

      pening kepala duk selongkar software untuk cari sequence DNA yang encik penyelia mintak..arggghhh, berserabut kepala dengan DNA ni..kenapa la aku gatal-gatal ambil kos genetik ni? aku tak rasa yang aku mampu untuk jadi saintis..stresss dan serabut kepala kot... :(

aku memang suka buat semak lab... :P

gaya budak yang tekun buat lab work..(*pengsan)
      tapi, nanti dah grad bulan 9 ni (insya'allah..) aku mau kerja apa? aku rasa aku nak TOLAK je offer sambung master dari encik penyelia tu..baik aku jadi research assistant kat UIA je..kerja under kawan encik penyelia lagi enjoy kot..takpun, aku nak try mintak kat IBS..macam best je buat lab work kat sana.. <----ni macam kes curang gila-gila dengan encik penyelia... @_@

       apa-apa pun, cepatlah habis praktikal...nak balik rumah..mau makan ikan bakar sampai pecah perut...muahaha~

Saturday, July 16, 2011

perhubungan?

assalammualaikum...

       bila berbicara tentang perhubungan, perkara pertama yang muncul dalam kepala ialah CINTA antara lelaki dan perempuan, kan? tapi, kali ni, aku bukan nak story pasal benda-benda camni..

       sejak dua menjak ni, aku perasan la yang hubungan aku dengan encik penyelia jadi semakin teruk..aku pun taktau kat mana silapnya..tapi, almost everyday, aku mesti kena marah dengan dia..dah takde gurau-gurau macam dulu lagi...semalam lagi teruk sebab dia sanggup taknak jawab call dari aku padahal aku ada perkara penting nk discuss dengan dia dan sekarang, aku banyak diamkan diri dari bercakap dengan dia..even duduk sebelah dia sekalipun, still tak keluarkan suara..satu soalan dia tanya, satu jawapan je aku bagi..

      dan, sekarang encik penyelia dah jadi semakin TEGAS dengan aku..even aku buat salah sikit pun, dia punya marah macam berapi-api je kat aku...salah aku ke?aku ada buat dia marah ke? entah lah, mungkin ini dikatakan fasa dalam satu perhubungan..

      dulu aku dengan encik penyelia agak rapat sampai almost everyday, kitorang selalu stay back sampai malam..siap boleh bergurau-gurau macam dah lama kenal je..then, nanti akan tiba satu tahap, bila ada satu isu yang besar berlaku, kau akan mula menjauhkan diri dari dia..itu yang sedang berlaku sekarang..aku dan encik penyelia dah tak jadi rapat macam dulu..sekarang, aku jadi takut gila-gila nak jumpa encik penyelia..aku takut dia marah aku lagi...aku teringat akan kata-kata encik penyelia time mula-mula kenal dulu, " jangan buat saya benci kat kamu..sebab sekali saya dah benci orang tu, selama-lamanya saya akan benci dia..".

    bila teringat akan kata-kata ni, kadang-kadang buat aku terfikir, " penyelia dah benci aku? tapi kenapa? besar sangat ke kesalahan yang aku dah buat selama ni? " entah lah, sekarang aku dah malas nak buat apa-apa..yang aku tahu, aku kena bersabar untuk lagi 3 minggu ni..kalau kena marah sekali pun, diam kan diri..jangan menjawab..oh, cepatlah masa berlalu..setiap hari aku berdoa supaya cepatlah habis praktikal ni dan aku tak rasa yang aku mampu bekerja bawah encik penyelia..aku dengan dia dah tak boleh bekerja sebagai satu kumpulan lagi...huhuu T_T

    

Thursday, July 14, 2011

when you said... "pergi la tidur.."

assalammualaikum..

         kamu..kamu..kamu, saya sangat CUAK ok!! kalau taknak tidur, boleh?? btw, thanks untuk kata-kata semangat tu..sangat menghargainya.... :)

p/s:
-tetiba rasa mau lempang kamu laju-laju...suruh saya tidur, tapi kamu yang beria-ria mau chat taknak berhenti..apa cer, encik abang oooi? yeay!! after present ada orang tu nak belanja chicken chop..lalalala~

Wednesday, July 13, 2011

esok saya akan.....

assalammualaikum..

     arghhhh, rasa macam mau lari laju-laju je sekarang ni...esok aku kena present untuk latihan industri..cuak ok, dengan slide yang entah apa-apa tu...rasa macam mau nanges sambil hentak-hentak kaki di saat ini...

T_T

Saturday, July 9, 2011

3 hari yang tenang.. :)

assalammualaikum..

     oh, gila sedih aku disaat ini..terPAKSA beli hp baru..kali ni, aku beli yang cikai2 je..first time pakai hp brand samsung..telefon untuk emergency katakan..nanti ada duit, baru p baiki hp sony tu..huhuu T_T

     tapi kan, bila hp aku tu rosak 2-3 hari lepas, aku rasa macam TENANG gila..no call, no msg..tapi, encik penyelia bising..dia cakap susah nak contact aku time dia ada hal..so, nak taknak memang aku kena ada jugak satu hp back up..

    dan...dan..dan..yang paling sedih ialah aku HILANG semua no phone kawan-kawan..even no family member pun aku takde..nasib aku hafal no telefon rumah..kalau tak, memang aku LOST gila la..

    oh ya, aku boleh terlupa yang hari ni 9hb..patutlah ayah aku dah pesan awal-awal jangan keluar merayap pagi ni..tapi aku DEGIL dan, tadi aku kena tahan time roadblock..nasib takde apa-apa..tadi pun, jalan area sri serdang ni macam kosong gila..aku bawak moto macam orang gila pun takde sape nak marah..hehehe~

    so, next time, kena dengar cakap ayah, jangan DEGIL sangat..dan lagi satu, jangan mengada nak beli hp yang canggih2 ni, leceh bila nak kena baiki..nak kena order bagai la..bla..bla..bla....

     part yang paling BEST, praktikal aku dah nak habis..tak sampai sebulan pun lagi..yeayyyyyy!!!!!!! lepas ni, nak gemukkan diri di rumah..nak bergolek-golek sampai tergolek kat rumah tu..kalau taknak kerja, boleh tak?
ataupun, kalau nak kerja sekalipun, bukan dalam bidang penyelidikan...arghhhhh, aku taksuka jadi SAINTIS..no life, ok!! boleh bikin otak sewel..huhuu T_T

Wednesday, July 6, 2011

party cendawan?

assalammualaikum..

     alhamdulillah, kerja lab aku untuk minggu ni dah SETEL..senyum lebar je dari tadi..dengan semangat berkobar-kobar nak mintak izin encik penyelia untuk rehat dari buat lab work, tup..tup..tup..encik penyelia dah standby kerja baru untuk aku..arghhhh!!! dah puas aku merayu tapi sia-sia je...huhuu T_T

    so, malam ni aku kena bersungguh-sungguh stay up untuk siapkan jurnal ni..esok dah kena start buat projek baru..yeay, akhirnya aku dapat belajar pasal PCR..basic skill yang bebudak genetik perlu tahu..maybe after aku present paperwork next week, encik penyelia nak bagi mini projek yang baru..tak sabar nak pergi jejalan kat IBS.. :)

   hari ni, kerja aku macam jadi PA encik penyelia..duk call IBS untuk deal projek dengan mereka..then, dari pagi lagi, aku dah sibuk tolong bebudak lain..ciss, dorang ni kan saje je taknak mengalah dengan aku..mentang-mentang aku dah habis kerja lab minggu ni,..semua duk memanggil nama aku..sampai satu tahap tadi, aku terPAKSA minta izin dengan encik penyelia untuk makan..time tu dah nak dekat pukul 4 kot...

   dan..dan..dan...hari jumaat ni, kitorang nak buat party cendawan..macam lucu je bunyinya tapi tu la, bila stok cendawan yang diharvest TERLALU banyak, kitorang diPAKSA untuk habiskan semua cendawan ni..kalau tak, cendawan ni akan membusuk...hari ni kitorang dah kena paksa makan sup cendawan dan cendawan goreng..SEDAP ooohhhh!! kadang-kadang best jugak kerja dengan benda yang boleh dimakan ni..kalau orang lain berkira nak makan cendawan, kitorang kat sini sampai kena PAKSA untuk makan cendawan...tak sabar nak tunggu hari jumaat ni...nak makan cendawan sampai pengsan..muahaha~

Tuesday, July 5, 2011

kecoh satu lab..

assalammulaikum..

     alhamdulillah, lab work aku hampir selesai untuk minggu ni..so, next week baru sambung balik buat lab work itupun selepas seed cendawan aku tu di'harvest'..dulu kan, aku paling benci subjek 'genetik kulat'..geli betul aku dengan cendawan ni..leceh nak belajar pasal kitar hidup cendawan <------boleh buat aku sawan laju-laju je....

    tapi, aku taksangka yang cendawan pun boleh menjana pendapatan dan aku rasa orang yang handle pasal cendawan ni sangat beruntung..ye la, kau boleh tanam cendawan yang mahal-mahal then kau boleh makan free je cendawan tu..tadi pun, ada sorang staff ni, dia sedang giat menjual cendawan yang dia dah harvest..memang murah gila ah dia jual..sekilo dalam RM3 je..kalau beli kat pasar ni, RM 3 tu hanya dapat berapa kuntum je..then, situasi yang seringkali berlaku kat institut ni ialah bila ada staff offer cendawan yang dorang tanam, mesti akan terdengar jawapan camni " ala, cendawan lagi ke? "

    kat sini ada banyak jenis cendawan tapi siyes, aku memang susah nak kenal setiap satu cendawan tu..yang aku ingat ada shiitake, cendawan butang, cendawan busut..last week, kitorang dah kena PAKSA minum minuman cendawan susu harimau..rasa? err, biarlah rahsia..

   kerja aku kat sini, kena run eksperimen pasal cendawan ni la..aku kena tengok potensi/ khasiat cendawan..tu yang sekarang ni duk sibuk menguji aktiviti enzim bagi pertumbuhan cendawan..yang pasal jenis protein untuk pertumbuhan cendawan dah setel..yang pasal biomass dan EPS cendawan pun  hampir selesai..tu yang hari ni, kitorang boleh borak + bergambar gila-gila kat dalam lab..kalau tak, memang siyes je sorang-sorang buat kerja..

our team : aku, ain dan ecah
sampel yang telah diuji untuk aktiviti enzim..
eksperimen pemendakan EPS 
miselium cendawan yang telah dinokulasi 
biomass cendawan
bioreaktor untuk up-scale penghasilan biomass dan EPS..siyes, pening kepala duk pasang alat ni..huhuu :(
kaedah penyimpanan sampel di dalam cecair nitrogen

tak sabar nak habis praktikal..hooyeay!!!!!!

takdir?

assalammualaikum..

     alhamdulillah, buat masa sekarang keadaan aku lebih stabil berbanding last week..ok, tutup kisah minggu lepas..hari ni, aku buat kerja macam biasa..sejak dua menjak ni, tak ramai yang run experiment..so, memang tenang la sepanjang minggu ni..nak dijadikan cerita, masa tengah buat eksperimen tu, aku sempat la borak-borak dengan sorang member lab ni..duk bercerita pasal 'takdir' aku untuk jalani praktikal kat sini..

     siapa sangka, last-last, aku praktikal kat sini jugak walaupun selama ni, aku takpernah terfikir pun nak praktikal kat sini..kalau tak kerana praktikal kat sini, maybe sampai sekarang aku taktau wujudnya tempat ni..muahaha~ sebenarnya, dulu Dr E pernah offer geng aku untuk praktikal kat sini tapi kitorang tolak mentah-mentah kot..pandang sipi-sipi je tempat tu..then, lepas tu, aku pulak terima offer dari institut biosains UPM (IBS), HUSM dan IMR..yup, time tu, memang aku LANGSUNG takterdetik pun akan praktikal kat sini..

    tapi, siapa sangka, seminggu sebelum aku jalani praktikal, IMR buat hal..lebih double malang lagi, bila aku dah TOLAK offer dari IBS dan HUSM..last choice, aku memang kena accept offer dari DR E tu..time tu, aku fikir satu je, aku nak grad bulan 9 ni..

    tadi, bila difikir-fikir balik, mungkin ini jalan yang TERBAIK buat aku..walau macam mana aku cuba lari sekalipun, akhirnya, mesti akan kembali ke titik permulaan dan kadang-kadang aku rasa encik penyelia ni agak baik cuma dia taknak tunjukkan kebaikan dia tu secara direct..entahlah, aku rasa dia macam cuba merealisasikan setiap impian aku..dulu pasal IMR then, lepas ni kalau dah takde pape, aku akan jalani satu workshop kat IBS..dia jugak pernah bawak aku p HUKM tengok sampel kulit..wah, aku sangat teruja untuk buat benda-benda camni.. :)

    betula la cakap penyelia, walaupun sekarang rasa macam PERIT.SUSAH. tapi bila aku teringat kembali, itu semua akan jadi kenangan terINDAH buat aku..alhamdulillah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...