assalammualaikum..
alhamdulillah, kerja lab aku untuk minggu ni dah SETEL..senyum lebar je dari tadi..dengan semangat berkobar-kobar nak mintak izin encik penyelia untuk rehat dari buat lab work, tup..tup..tup..encik penyelia dah standby kerja baru untuk aku..arghhhh!!! dah puas aku merayu tapi sia-sia je...huhuu T_T
so, malam ni aku kena bersungguh-sungguh stay up untuk siapkan jurnal ni..esok dah kena start buat projek baru..yeay, akhirnya aku dapat belajar pasal PCR..basic skill yang bebudak genetik perlu tahu..maybe after aku present paperwork next week, encik penyelia nak bagi mini projek yang baru..tak sabar nak pergi jejalan kat IBS.. :)
hari ni, kerja aku macam jadi PA encik penyelia..duk call IBS untuk deal projek dengan mereka..then, dari pagi lagi, aku dah sibuk tolong bebudak lain..ciss, dorang ni kan saje je taknak mengalah dengan aku..mentang-mentang aku dah habis kerja lab minggu ni,..semua duk memanggil nama aku..sampai satu tahap tadi, aku terPAKSA minta izin dengan encik penyelia untuk makan..time tu dah nak dekat pukul 4 kot...
dan..dan..dan...hari jumaat ni, kitorang nak buat party cendawan..macam lucu je bunyinya tapi tu la, bila stok cendawan yang diharvest TERLALU banyak, kitorang diPAKSA untuk habiskan semua cendawan ni..kalau tak, cendawan ni akan membusuk...hari ni kitorang dah kena paksa makan sup cendawan dan cendawan goreng..SEDAP ooohhhh!! kadang-kadang best jugak kerja dengan benda yang boleh dimakan ni..kalau orang lain berkira nak makan cendawan, kitorang kat sini sampai kena PAKSA untuk makan cendawan...tak sabar nak tunggu hari jumaat ni...nak makan cendawan sampai pengsan..muahaha~
Wednesday, July 6, 2011
party cendawan?
dikarut oleh : ms hanashi at 9:46 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment