THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, July 25, 2011

kalau kami dah takde?

assalammualaikum..

    sekarang ni, aku duk gigih membilang hari untuk balik rumah..yup, tinggal lagi 2 minggu je untuk praktikal..lepas ni, aku dah boleh mula berangan-angan untuk grad pulak..bulan 9 ni maybe akan busy berulang-alik dari kelantan ke bangi..nak kena setelkan hal konvo dulu..nak kena pilih jubah lagi..ooooo, leceh je <-------

    entahlah, dalam masa hampir 3 bulan kat sini, tetiba aku rasa macam sebak je nak tinggalkan tempat ni..actually, agak best kot praktikal kat sini..kitorang kat sini mana ada terikat sangat dengan peraturan yang ketat pun..aku pergi kerja pun pakai selipar je, then boleh makan bila-bila masa..takde limit masa ke apa..kitorang kat sini bebas gila kot..keluar masuk ofis macam biasa je..tapi, janji kerja lab dah setel awal-awal..aku plak, ada dua tempat kerja..satu dalam lab, satu lagi dalam bilik meeting..aku masuk lab bila aku rasa nak buat eksperimen dan aku akan lepak bilik meeting bila nak cari idea menulis jurnal.. :D

   macam last week, aku banyak lepak kat bilik meeting..ye la, bilik meeting lebih privasi kot..tapi, aku lebih suka lepak kat lab sebab boleh buat kecoh+bising..nak-nak bila gabungan dua sahabat baik, encik H dan encik U ni..siyes, tak habis-habis duk mengusik kitorang..ada je yang dorang takpuas hati dengan student UKM ni..haila~bila teringat balik kata-kata gurauan tu, boleh buat aku tersenyum sorang-sorang...lawak dorang memang sengal!!

   hari jumaat ari tu, disebabkan aku takmasuk lab, so dua sahabat baik ni sibuk-sibuk pulak lepak kat bilik meeting sekali..tau nak menyakat je kerjanya..tapi, bila masuk part lab work, dorang boleh plak serius..then, tadi encik H tanya aku..

encik H : korang berapa lama lagi kat sini?
aku : mmm, dalam 2 minggu je lagi  *senyum*
encik H : oooo.. *sambil duk main-main tolak-tolak kerusi aku*
aku : nanti kalau kitorang dah takde, lab ni camni ye?
encik H : sunyi kot..kadang-kadang, ada satu hari tu, lab terus kosong..sebab semua staff tak masuk ofis..
aku : nanti mesti encik H akan rindu nak usik kitorang kan?
encik H : ala, nanti kita boleh jumpa kat UKM..kan?
aku : errr....*senyum*


encik H dan encik U memang baik..sangat baik kot..lepas ni, encik U akan sambung study kat UK..dia ni suka sangat tolong aku, banyak ajar aku pasal lab..tapi, dia juga kuat menyakat kot..otak pesen gila-gila ni payah jugak...puas nak melayan kerenah budak-budaknya..entahlah, aku rasa macam sedih je nak berpisah dengan semua staff kat sini sebab dorang sangat baik kot... :)


p/s:
-alamak, terlupa yang aku pernah terhutang oreo dengan encik H..
adoiiii~ esok kena dengar dia membebel lagi.. T_T

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...