assalammualaikum..
arghhh, benci betul aku hari ni..boleh tak kalau air mata ni jangan rajin sangat keluar?? please, aku kena KUAT..tinggal lagi tak sampai dua minggu pun..kalau hari-hari nanges camni, memang parah la kan??
saat ni, aku rasa jiwa aku kosong..sangat sunyi ok! aku takde sesapa yang boleh dengar probs aku ni..aku stress, maybe dah masuk stress tahap kritikal kot..kenapa penyelia buat aku macam ni? boleh tak kalau dia bagi aku tenang dan aman untuk satu hari ni?? jangan stresskan saya, boleh? minggu ni akan jadi minggu busy aku..duk terkejar2 macam orang lari tak cukup tanah..bencinya.. T_T
mulai esok, aku takkan masuk ofis untuk dua hari (selasa & rabu) sebab aku pergi seminar..then rabu tu jugak, aku kena submit jurnal yang dah diperbetulkan..khamis plak aku kena buat genomic research dan malam tu, ada pulak jamuan makan-makan perpisahan kitorang..then, jumaat tu buat kena genomic research lagi dan lagi sampailah aku jumpa DNA sequence yang encik penyelia nak..hari jumaat tu jugak, aku kena practise presentation dengan encik penyelia..weekend aku konfirm-konfirm burn minggu ni sebab encik penyelia PAKSA aku stay kat lab..bila aku tanya kenapa, dia cakap ini adalah ARAHAN!! stress, ok..
hari isnin, aku kena setelkan something yang encik penyelia suruh aku buat..aku rasa macam nak nanges je..aku dah nak habis praktikal kot, tak boleh ke encik penyelia bagi masa kat aku untuk rilex sikit...kenapa dia selalu buat aku rasa macam mau gila?? i hate RESEARCH..sangat benci...please, cepatlah masa berlalu..aku dah TAK tahan duk kat sini lagi...
Monday, July 25, 2011
kosong is zero = 0
dikarut oleh : ms hanashi at 10:52 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment