THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, July 5, 2011

kecoh satu lab..

assalammulaikum..

     alhamdulillah, lab work aku hampir selesai untuk minggu ni..so, next week baru sambung balik buat lab work itupun selepas seed cendawan aku tu di'harvest'..dulu kan, aku paling benci subjek 'genetik kulat'..geli betul aku dengan cendawan ni..leceh nak belajar pasal kitar hidup cendawan <------boleh buat aku sawan laju-laju je....

    tapi, aku taksangka yang cendawan pun boleh menjana pendapatan dan aku rasa orang yang handle pasal cendawan ni sangat beruntung..ye la, kau boleh tanam cendawan yang mahal-mahal then kau boleh makan free je cendawan tu..tadi pun, ada sorang staff ni, dia sedang giat menjual cendawan yang dia dah harvest..memang murah gila ah dia jual..sekilo dalam RM3 je..kalau beli kat pasar ni, RM 3 tu hanya dapat berapa kuntum je..then, situasi yang seringkali berlaku kat institut ni ialah bila ada staff offer cendawan yang dorang tanam, mesti akan terdengar jawapan camni " ala, cendawan lagi ke? "

    kat sini ada banyak jenis cendawan tapi siyes, aku memang susah nak kenal setiap satu cendawan tu..yang aku ingat ada shiitake, cendawan butang, cendawan busut..last week, kitorang dah kena PAKSA minum minuman cendawan susu harimau..rasa? err, biarlah rahsia..

   kerja aku kat sini, kena run eksperimen pasal cendawan ni la..aku kena tengok potensi/ khasiat cendawan..tu yang sekarang ni duk sibuk menguji aktiviti enzim bagi pertumbuhan cendawan..yang pasal jenis protein untuk pertumbuhan cendawan dah setel..yang pasal biomass dan EPS cendawan pun  hampir selesai..tu yang hari ni, kitorang boleh borak + bergambar gila-gila kat dalam lab..kalau tak, memang siyes je sorang-sorang buat kerja..

our team : aku, ain dan ecah
sampel yang telah diuji untuk aktiviti enzim..
eksperimen pemendakan EPS 
miselium cendawan yang telah dinokulasi 
biomass cendawan
bioreaktor untuk up-scale penghasilan biomass dan EPS..siyes, pening kepala duk pasang alat ni..huhuu :(
kaedah penyimpanan sampel di dalam cecair nitrogen

tak sabar nak habis praktikal..hooyeay!!!!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...