salam..
satu lagi benda mengarut yang aku dah buat siang hari tadi..
jalan-jalan cuci mata ke airport..
ok, siyes sengal..
tapi best wooo..
at least, bila orang tanya camne nak ke airport..
aku boleh bagitau dengan konfidennya..
hahhaha~
aku pergi bersama dengan kawan baik aka coursemate ku..
 |
me and ema..
|
bagaimana hendak ke sana??
kami bergerak dari ktm UKM ke ktm NILAI..
dari Nilai, kami ke perhentian bas untuk naik bas ke airport..
jarak antara perhentian bas dari ktm Nilai ialah 30 meter..
antara bas yang menjadi pilihan ialah..
 |
airport lines..
|
tambang komuter dari ktm UKM -NILAI = RM 2.10
tambang bas dari Nilai ke KLIA ialah RM 3
manakala Nilai ke LCCT ialah RM4..
sangat murah bagi aku sebab kalau korang semua naik bas sky bus (kalau aku tak silap..) yang bergerak dari KL Sentral - LCCT = RM 9..
tambang ktm dari UKM-KL sentral = RM3.30..
see??
kan dah mahal gila..
membazir duit je..kan..kan..kan..
so, aku dah jumpa alternatif baru untuk save bajet kat sini..
he~
tempoh perjalanan...
dari Nilai ke KLIA, ambil masa lebih kurang 1 jam..
itupon time jalan tidak sesak aka bukan pada waktu kemuncak..
dari KLIA ke LCCT, ambil masa lebih kurang 30 minit..
walaupun berperang dengan masa..
tapi aku enjoy sepanjang perjalanan tu..
sebabnya...
 |
| naik bas ni memang 'adventure' and best! |
disebabkan kami mahu ke LCCT terlebih dahulu..
so, kami terpaksa tukar bas sewaktu di KLIA..
tukar bas tetapi tiket tidak perlu dibayar lagi..
LCCT vs KLIA..
keadaan di LCCT agak sibuk dan sesak jika dibandingkan dengan KLIA..
dan kelengkapan di LCCT tidaklah secanggih di KLIA..
tapi xpe, sebab aku suka dengan keadaan airport yang macam ni..
simple.. :)
 |
| syurga choc!! |
 |
simple je kan airport LCCT..
|
selepas 'mencuci mata' hampir 30 minit di LCCT, kami pon bergerak ke KLIA..
suasana di KLIA agak lenggang...
siyes, aku tak rasa feel berada di airport..
kenapa ye??
 |
| see.. tak ramai orang pon kan?? |
tapi kelengkapan dan suasana di KLIA lebih 'advance' berbanding dengan LCCT..
sesuai untuk snap pic dan dijadikan koleksi peribadi..
 |
| nice design, rite?? |
 |
| ..jadual perjalanan.. |
 |
permandangan MAS airlines mendarat..
|
kami bergerak pulang pada pukul 1.30 petang..
time ni, siyes sangat penat..
sepanjang perjalanan untuk ke Nilai..
aku banyak habiskan masa dengan tidur sahaja..
huhuu :(
kami sampai ke UKM sekitar pukul 3.10 petang..
aku sampai ke bilik tepat pukul 4.00 petang..
apa pon, pengalaman hari ini memang best..
dan alhamdulillah..
ALLAH swt permudahkan segala urusan sepanjang perjalanan ini..
tiada kecelakaan dan gangguan yang berlaku ke atas kami sepanjang perjalanan petang tadi..
malah sewaktu perjalanan pulang..
kami tidak perlu membayar tambang bas..
terima kasih atas kebaikan pak cik bas.. :)