THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, August 18, 2010

..aku dan kesakitan itu..

salam..

entry di tengah malam..
hari ini nasib diri ini tak berapa nak baik sangat..
3 jam menahan sakit perut..
ya Allah, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya kesakitan ini..
rasa macam nak tanggalkan perut je..
huhuu T_T

berbekalkan kekuatan dan kudrat yang tak seberapa ni..
aku gagahkan diri untuk berbuka puasa..
bertemankan segelas susu panas dan sebiji kurma..
aku kunyah dan telan perlahan-lahan..
kemudian, aku suapkan nasi untuk membekalkan tenaga..
siyes, rasa macam nak muntah..
tapi aku tahankan jua..

saat menanggung kesakitan petang tadi..
sesekali diri ini terfikir sejenak..
andai kata inilah kesakitan yang perlu aku tanggung untuk dosa aku di dunia..
ya, aku sanggup menahannya..
biarlah peritnya di sini dari dihisab dikemudian hari..

ok la, kena tidur awal malam ni..
nanti boleh la bangun pagi esok..
bersahur supaya tidak diserang sakit perut..
:)

moga hidup ini sentiasa diberkati olehNYA..
amin~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...