THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 26, 2012

kerja baru..

assalammualaikum..

     alhamdulillah, aku dah dapat kerja..walaupun ini bukan kerja idaman aku, tapi buat masa sekarang, aku rasa okey je dengan kerja ni..semangat 'teamwork' pekerja kat sini sangat-sangat bagus..siyes, dorang memang baik hati, saling membantu satu sama lain even buat kerja jahat sekalipun..oppps!!

     actually, baru je start kerja 5 hari tapi kaki ni dah start buat hal..krem je memanjang..mau tak jem kalau selalu kena buat "full"..sepatutnya esok aku dapat cuti tapiiiiiiii disebabkan kedai tu telah diserang secara bertubi-tubi oleh customer yang entah dari ceruk mana datangnya selama 3 hari lepas, habis rak barang kosong sekosong-kosongnya..baru 3 hari buka kedai, stok dalam stor dah licin..fuhhh~

     basic gaji dorang offer rm600 tapi kalau hari-hari OT sampai 8 jam, aish tebal jugak duit yang masyuk nanti,..amin~

     tapi kan, satu benda je yang aku macam konfius sekarang ni..sebelum diterima masuk untuk bekerja kat sini, semua pekerja akan di interview terlebih dahulu dan di'training' selama 10 hari..tapi, aku langsung takde interview @ training ke apa..bila boss besar tanya aku siapa yang interview aku, supervisor cepat-cepat cover kot..pelik je aku..

    dan, lagi satu, supervisor aku ni seorang pendiam tapi bila ber'sms' dengan dia, ok je dia reply..nak bercakap face to face, memang tak akan la kot..tapiiiiii, sekali dia membebel, semua pekerja dia balun..kes yang kecik sekalipun, dia boleh bebel berjam-jam..start dari kaunter bayaran sampailah ke dalam stor..pott..pett..pott..pettt..adooooii~

    overall, kerja ni okey buat masa sekarang..cuma untuk minggu yang pertama ni, serabut sikit sebab kena kacau dengan pekerja-pekerja lelaki..normal la tu kot..time aku kerja promoter dulu pun, kena kacau jugakk..dorang nak test skill ke apa entah..sengal je!!

   dan, petang tadi ada sorang member ni dah berhenti kerja sebab dia dapat offer yang lebih baik..entah la, rasa macam sebak je bila dia datang ke stor semata-mata nak ucapkan selamat tinggal..walaupun baru kenal 5 hari lepas, tapi rasa macam selesa je berkawan dengan dia..dengan lawak yang sengal tu, nasihat dia yang best tu..sedih Y.Y

     aku harap aku akan kuat untuk menempuh hari-hari yang mendatang ni..aku akan sangat-sangat busy dalam tempoh seminggu dari sekarang..bila la nk cuti ni????????????????? huhuuu T_T
  

Sunday, February 19, 2012

cuba untuk bertenang.. :)

assalammualaikum..

    hari ni, aku mampu maju selangkah lagi ke depan..mencuba untuk mengubah masa depan..buka buku baru, imej baru, gaya baru..insyaAllah, semoga perubahan kali ini ke arah kebaikan..

   so, esok parents ajak aku keluar jalan-jalan makan angin, balik kampung..aku?? entah..ikut je la..maybe dorang perasan dengan perubahan aku dalam minggu ni kot..so, cuba untuk bertenang dan release tension.. :)

credit : cik safi



Saturday, February 18, 2012

please...i'm sorry :(

assalammualaikum...

     maaf sebab dah lama tak update blog..sebenarnya, takde modal/ isu pun nak cerita dalam blog..bila hari-hari buat benda yang sama dalam hidup ni, tetiba rasa macam LOSER je..sebab langsung takde kemajuan dalam hidup..oh, ini bukan kehidupan yang saya inginkan..siyes, hari-hari yang saya jalani sekarang makin teruk..

     tak tahu kenapa, tapi emosi saya minggu ni sangat TIDAK normal..bergaduh dengan semua orang dalam rumah ni..cepat merajuk, kekadang menangis sorang-sorang..i'm stress?? yes!!! saya rasa sangat DOWN sekarang..macam hilang hala tuju..please, dun' ask me why..sebab saya sendiri pun taktahu kenapa..

    kalau boleh, hari-hari saya nak menangis depan mak ayah ..saya betul-betul nak mintak maaf dengan dorang sebab selalu 'buat muka' dengan dorang..maaf, saya sendiri taktahu kenapa sampai boleh jadi macamni..setiap kali dorang mintak tolong, setiapkali itulah saya akan jadi 'emosi' tetiba..i'm serious..saya cuba kawal, tapi takboleh..perasaan marah-marah taktentu hala ni sangat teruk, okey!!

    bila saya buat perangai tak elok depan mak ayah, saya akan cepat-cepat masuk bilik dan menangis..please, dun' ask me why..saya marah kat diri sendiri sebab saya macam tak hormat mak ayah..huhuu T.T adakah saya tertekan dengan kehidupan saya sekarang ni dan mak ayah jadi mangsa?? harap tidak.

    now, saya rasa saya anak yang sangat teruk..maaf, saya sedang cuba kawal kemarahan ni..saya akan cuba..but, please..bagi saya masa dan jangan paksa saya lagi..sebab saya sendiri sedang kecewa dengan hidup ni..

i'm sorry

Wednesday, February 8, 2012

alhamdulillah, i'm NOT alone..

assalammualaikum..

     yeah, semalam adalah hari 'down' aku..well, korang tahu kan yang isu KERJA ialah isu yang sangat-sangat sensitif bagi aku buat masa ni..sangat sensitif dan topik yang boleh buat air mata aku mengalir laju je..seriously, semalam aku tidur awal gila dengan linangan air mata.. Y.Y

     aku paling taksuka bila orang paksa aku buat benda yang aku takrela nak buat..aku bukan robot, aku still lagi manusia yang punya hati dan perasaan..so, please...fahami keadaan aku sekarang ni..cuba duduk dalam situasi aku dan baru la korang semua ada hak untuk judge aku ni manusia yang macam mana..pleaseeee........

     then, sape yang dah lama kenal aku, korang akan dapat predict apa yang aku akan buat bila STREEEESSS..ya, aku terjaga dalam pukul 1 pagi camtu dan time tu, mata aku dah pedih-pedih takleh nak buka..chooiii betul time tu..aku raba-raba cari hp aku dan aku msg 'someone'..ya, dia la pendengar masalah aku selama ni...tapi, time aku msg dia semalam, aku takde la harap sangat yang dia akan reply..just aku nak luahkan je perasaan meroyan aku tu..then, bila tengok gaya dia reply msg tu, aku dah boleh agak yang dia ni memang tengah mamai kot..so, memang aku senyap diam camtu je la lepas tu..at least, aku dah takingat kenapa aku nanges over sangat tadi..

      bila malam tadi, baru la aku ada kekuatan untuk fikir strategi lain untuk apply keje ni..siyes, tipulah kalau aku cakap aku takpenah give up..aku kacau ex-romate dan member-member kat fb..aku luah apa yang aku takpuas hati selama ni tentang hidup aku..and guess what, roomate aku bebel-bebel kat aku sebab dia kata aku ni manja, mudah sangat give up...dan yang paling takleh blah, bila dia sanggup datang kelantan untuk pujuk aku kalau aku berani give up pasal cari keje ni..aigooo~~~

     bila jadi macam ni, kadang-kadang aku rasa kawan-kawan yang takde pertalian darah ni lebih memahami diri aku berbanding ahli keluarga sendiri..tak tahu kenapa..at least, member aku akan beri ruang kepada aku untuk bercerita tentang masalah aku..bukan seperti parents aku yang memberi arahan kat aku untuk buat ni, buat itu..bla..bla..bla...stress, ok!!

    dan sekarang, aku tahu, aku bukan bersendirian dalam menghadapi dugaan ni..aku ada kawan yang selalu bagi semangat untuk aku terus mencari kerja..alhamdulillah, i'm NOT alone...and thanks untuk mereka-mereka itu.. :)

Sunday, February 5, 2012

what men want?

assalammualaikum..

     oh, sepatutnya entri ni di'publish' semalam tapi disebabkan 'sesuatu' yang lebih penting, entri ni di'hold' sekejap.. :)

    well, sekarang ni aku tengah meroyan untuk tengok cite "what men want" kat ntv7..disiarkan setiap hari sabtu jam 10 malam..bagi aku, cite realiti macam ni agak best sebab dapat tahu sikit-sikit pasal life lelaki..gatalkan je kan?? <------debuuuush!!

    salah satu sebab kenapa aku macam ketagih nak tengok cite ni sebab ada NARMI..wait, sape narmi ni?? first time aku tengok muka narmi kat MHI tahun lepas..siyes, mamat ni gilos pemalu kot..takbanyak cakap dan takmakan pedas..mamat ni cool je, penyabar dan takpandai marah orang..

Imran nama sebenarnya, tapi bila dibaca terbalik : IMRAN -----> NARMI
    then, last year jugak aku dapat tau yang dia terpilih untuk join program tv WMW ni..apa lagi, memang aku sentiasa ternanti-nanti la bila cite tu akan ke udara.. :)

1) apa What Men Want (WMW) ni??

 well, WMW ni berkisar tentang kehidupan enam orang jejaka malaysia iaitu  Narmi, Wolfie, Kit, Ken, Fendi dan Gerrit..dorang ni semua ada different background dan different attitude..so, cabaran dalam program ni ialah dorang kena stay bersama dalam sebuah rumah selama 3 bulan..so, dalam tempoh tu, kehidupan mereka akan sentiasa diekori oleh kamera..everything yang dorang buat termasuklah pergi clubbing, kerja atau dating dengan awek sekalipun memang akan dirakam oleh kru..

2) apa yang best pasal tu??

bagi aku, benda yang paling best dalam cite ni ialah cara bagaimana dorang berkomunikasi antara satu sama lain..macamane dorang bercerita tentang life masing-masing dan kadang-kadang dorang ni akan bagi nasihat sesama sendiri..

cth, macam Kit..dia dah couple dengan awek dia (Chern) selama 8 tahun..first time Kit cite benda ni kat kawan-kawan baru dia tu, ramai yang macam terkejut..masing-masing ada pendapat sendiri..bagi Gerrit , si playboy ni, perempuan hanya lah teman bermain dan dia takpenah setia..

episod kedua semalam, korang boleh tengok camne Gerrit boleh bawak balik sorang perempuan sebagai teman tidur..tak pasal-pasal Wolfie, si roomate Gerrit terpaksa tidur kat luar bilik sebab dia taksanggup tengok aktiviti liar Gerrit..adooi~

Ken pulak seorang jejaka yang terlalu setia dan amat menyayangi teman wanitanya..apa yang teman wanita dia suruh buat, dia akan buat termasuklah menyertai program ni..Ken amat-amat pemalu dan anti sosial..

Fendi pulak seorang lelaki yang gila kerja dan agak kaya..dia ada pemandu sendiri dan agak sombong dengan kawan-kawan yang lain..dia menyertai program ni sebab nak lari dari kehidupan dia yang dulu...

Narmi dan Wolfie digambarkan sebagai seorang lelaki yang single, happy go lucky dan biasa-biasa je..life dorang macam lelaki-lelaki yang lain, suka bermain muzik, lepak-lepak kat kedai mamak dan kadang-kadang bercerita jugak tentang wanita.. :)

so, aku dah macam taksabar je nak tengok cite ni minggu depan..siyes, best cite ni.. :P

Dari Kiri : Fendi, Ken, Kit, Wolfie, Narmi, Gerrit


 pictures : credit to mr google.

normal eh kalau jeles?

assalammualaikum..

      kalau kita tetiba ada perasaan jeles kat orang lain, normal kan?? tapi, kenapa perasaan jeles perempuan ni over sangat eh?? ahhhhhh, stress!!

kecelaruan identiti..again??

assalammualaikum...

     aku sekarang sedang mengalami kecelaruan identiti...oh, i'm kelantanese tapi kenapa begitu sukar untuk aku bercakap dalam loghat sendiri??? ahhh, ini boleh mendatangkan stress, tau?

     mungkin aku tidak dibesarkan dalam persekitaran masyarakat kelantan, so agak sukar untuk aku berkomunikasi dalam bahasa ni..bila dah besar, baru family pindah kelantan, so, memang mula-mula sampai sini, ternganga jugak la aku ..hahahaha :D

     sejak jadi penganggur terhormat ni, aku rasa loghat kelantan macam dah ok sikit, tapi rupa-rupanya TIDAK..disebabkan member mrsm dulu ramai budak kelantan, so mostly dorang akan chat dengan aku dalam loghat kelantan..

     dan aku, terpaksa mengeja satu-satu kot..siyes, terseksa..sedih, ok!! dan kalau korang nak tau, lagu negeri kelantan pun aku tak tau sebab aku TAK pernah bersekolah di kelantan..huhuu T________________T




psssss...ada tips tak untuk belajar bahasa kelantan ni???

  

Friday, February 3, 2012

celcom dan hadiah besday :)

assalammualaikum.........

    dah masuk 3hb, so no more hari jadi, eh?? well, mcm setiap tahun, celcom akan bagi ganjaran hari jadi which is panggilan free selama seminggu..oh, selama ni, aku macam tak hargai sangat bonus harijadi ni, tapi now, macam best je dapat buat panggilan n sms free untuk 8pax..

    kalau dulu, taktau nak call sape sebab 8pax aku semua yang duk dekat dengan aku..kira macam 24 jam berkepit je..haha~ bila masing-masing dah habis belajar, rasa macam rindu je nak dengar suara dia, gosip-gosip sama dia, kongsi probs dengan dia... T_T

     nak pergi kat tempat dia sekarang, macam jauh gila nak mampus..kena naik flight and tiket flight pulak mahal la sekarang ni, takde duit... nak msg pun macam takbest je..msg tak sama dengan buat panggilan..tapi tu la, asal nak buat panggilan, aku fikir seratus kali..macam tak berbaloi je call orang yang jauh di sana, tapi cakap sekejap je..tak puas, ok!!

    so, bila encik celcom dah bagi bonus ni, apa lagi, aku grab je la peluang yang ada..siyes, best bila dapat dengar suara dia setelah 4 bulan takjumpa..dapat lepaskan rindu katakan..aku rasa itulah hadiah harijadi yang bermakna buat aku tahun ni.. :)





p/s:
- buat kamu, ya kamu..terima kasih sebab sentiasa ada untuk saya..thanks <3

Thursday, February 2, 2012

besday, kucing dan kerja.. :)

assalammualaikum..

     hari ni besday aku dan rasa macam agak janggal je sambut besday kat rumah sebab dah lama tak sambut kot..oh, pejam tak pejam dah bertambah umur aku sekarang ni..ada member yang post besday wish kat fb dengan ayat macam ni,

 " ..semoga cepat matang.." 

     oh, my..aku dah matang kot sikit-sikit sekarang ni..hahaha~ btw, thanks untuk mereka-mereka yang wish besday kat aku..tapi bagi aku, takde yang special pun hari ni, just berkongsi besday dengan kucing putih kat rumah ni..and again, untuk kedua kalinya, ada lagi seekor kucing yang lahir hari ni..perkara yang keluar dari mulut aku bila tau berita ni pagi tadi, 

"..huh? again?? "

     ni dah kali kedua kucing lahir sama besday dengan aku..nasib baik kucing tu comel, kalau tak, taknak mengaku kembar..hoho~ yang aku takpaham nya, kenapa mesti setiap kali 2hb feb, kucing kat rumah ni akan terberanak?? why??? heh!! taksuka tau kongsi besday ni dengan haiwan lain..hahahaha~

    and guess what?? tengahari tadi tetiba dapat call dari ofis WATSON..ingatkan nak wish besday kat aku as a regular customer ke apa, tapi rupa-rupanya pasal pemohonan kerja aku kat WATSON semalam..baru apply job semalam, hari ni dorang dah call tanya which position yang aku minat..memang PANTAS GILA dorang buat kerja..tapi, last-last, aku rasa satu position pun taksesuai dengan aku..huhuu T_T

   and now, dari tadi lagi aku duk tunggu msg panggilan PERCUMA selama seminggu dari celcom ni hah..tapi, tak dapat-dapat pun msg besday dari dorang..apakah?? cepat la, dah taksabar nak gayut ni.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...