THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 27, 2011

tesis oh tesis..

salam..
    yes, next week dah masuk bulan 3 which is bulan yang paling aku SUKA!! sebab apa, sebab bulan itu bulan yang paling SIBUK!! maybe sangat sibuk dan aku kini kena prepare untuk kuat dari segi mental dan emosi untuk harungi bulan tu..oh, no, bersediakah aku?

      tesis oh tesis..yes, bulan tu juga aku kena, wajib, harus siapkan penulisan tesis aku..tapi, aku baru siapkan data..pastu nanti kena masukkan data ni semua dalam perisian pula..itu yang leceh sebab aku taksukakan perisian tu..ok, fine, aku kena buat-buat suka lepas ni..so, sekarang ni, aku kena PAKSA diri aku supaya rajin siapkan semua ni..mood takde ni, camne?

..develop a sense of urgency in all things that you do, speed is everything...

     yes, caranya aku akan sentiasa buat yang semua benda ni macam 'urgent'..benda yang kalau tak settle, boleh buat aku menyesal..how? aku set kan kepala aku untuk sentiasa berfikir pasal ni dan bulan ni, akan jadi bulan yang kalau boleh aku taknak keluar weekend..boleh ke? tunggu dan lihat... :)

     dan bulan ni juga, aku ada lagi dua mid sem exam..dua-dua paper major kot..so, lepas ni, dah takde main-main dah..nak jadi serius, hal-hal lain, malas nak fikir..siapa buat perangai dengan aku, kau jangan menyesal kalau aku tak ambil port! ok?

    tulis panjang-panjang pun, bukan ada orang baca..saja je nak buang masa 10-20 minit menulis kat blog..lepaskan apa yang takpuas hati..heh!

  

Friday, February 25, 2011

berjaya..

salam..
       yeah, baru balik dari tengok pementasan teater..persembahan yang agak memberangsangkan, tahniah buat adik-adik junior..dan part yang paling best hari ni ialah aku boleh merempit..kalau mak tahu aku bawa moto, mesti kena bebel sebakul..

       jap, aku bukan merempit tanpa lesen..aku ada lesen ok tapi mak takpernah nak bagi aku bawa motor atas jalan raya..dia cakap bahaya..aku ni bukan apa, bukan taknak dengar tapi aku nak juga cuba bawa moto guna jalan yang betul-betul jalan..bukan duduk main bawa moto kat depan jalan raya rumah yang konfirm-konfirmlah takde kereta yang lalu-lalang..

        sebab tu la, time buat latihan moto kat sekolah memandu, cikgu tu tegur aku..dia tanya apsal aku suka sangat bawa moto tengah line..salah satu jawapan aku ialah aku ingat jalan tu jalan macam kat rumah aku which is boleh main redah sesuka hati..cikgu tu macam nak ketuk dahi aku jugaklah time aku bagi jawapan camtu..dia cakap, walaupun jalan tu takde orang guna, aku still takboleh main redah camtu je..ambil masa jugaklah untuk aku biasakan diri bawa moto guna sebelah jalan ni..tapi, nasib baik lepas time test jpj tu.. :)

     dan sekarang, mak aku memang takpernah nak bagi aku bawa moto even aku dah cuba yakinkan dia yang aku memang boleh bawa moto..entahlah, maybe dia takut aku kemalangan macam adik lelaki aku tu..tapi, time tu, aku jugaklah yang berada dalam ambulans untuk teman adik..mak dah terkedu kat rumah..mak memang cepat risau tapi aku dah besar..sampai bila mak nak risaukan aku?

      pernah juga sekali ni, aku nekad nak bawa moto keluar dari kawasan universiti..dia punya risau sampai setiap masa duk call aku dan cuba halang aku..aku punya rimas sampai satu saat, aku dah takboleh nak cakap apa-apa dah..aku just jawab 'ok' untuk setiap pertanyaan mak..kejam kan? tapi, last-last aku memang tak bawa pun moto tu..takut jugak kalau takde keberkatan ni..

       tengah malam tu, bapak call aku..bapak aku ni jenis yang memang tahu bab-bab timing yang sesuai untuk pujuk anak-anak..dia slow talk dengan aku..kalau cakap dengan bapak, memang aku akan terdiam habis..sebab bapak bukan jenis yang cepat melenting, tapi dia akan dalami dulu masalah sebenar kau..bila kau tengah slow talk dengan dia, baru lah kau akan perasan rupa-rupanya kau juga ada buat silap..time tu, bapak akan explain satu-satu kenapa mak jadi macam tu..

      bila baca yang kat atas tu, mesti kau ingat aku ni jenis anak yang keras kepala, degil, suka merajuk dan bla..bla..bla..yes, itu memang sifat buruk aku..tapi, apa-apa hal pun, bila mak aku cakap jangan, memang aku takkan buat benda tu..kalau aku TERbuat, aku akan cakap kat dia dan minta maaf..emm, kira macam aku ni anak yang baik juga kan? *sila lempang aku laju-laju agar aku sedar diri*

     so, sekarang ni, aku dah TERBUAT benda yang mak takbagi..tapi, alhamdulillah, semuanya selamat tadi cuma roomate pesan suruh JANGAN buat macam jalan itu jalan bapak aku punya..kena pandai share dengan orang lain juga..errk?? dan esok, aku kena minta maaf dengan mak.. :)

Thursday, February 24, 2011

kisah hari ni..

salam..
       oh, hari ni separuh hari duk terlantar sakit atas katil..siapa sangka, semalam sihat walafiat, tup..tup..pagi tadi sakit kepala..mandi dulu sebelum breakfast..tapi, tadi pagi-pagi dah rasa macam nak muntah..sempat makan 2 keping biskut dan terus telan panadol.. lepas tu, terus lelap tak sedar diri..terpaksa ponteng 3 kelas hari ni..

       nak turun beli makan pun dah tak larat..nasib ada saima, dia lah yang tolong belikan bubur nasi untuk aku alas perut..terima kasih sangat-sangat, terharu pun ada..huhuu T_T..aku memang sedar-sedar ayam je sepanjang hari ni..dalam pukul 4 petang tadi baru aku boleh bangun dan makan bubur tu..sementara aku dah ada tenaga sikit tadi, terus aku mandi...
  
       tapi, lepas tu, sakit kepala serang lagi..kali ni, berdenyut-denyut sampai satu saat aku rasa macam nak cabut je kepala belah kanan ni..sakit oh! last choice, aku terpaksa jugak telan ubat tahan sakit..ingatkan taknak la makan ubat tu, bahaya kot sebab aku dah banyak kali dah ambil ubat ni..sampai bila nak berharap pada ubat tahan sakit? nampaknya, kalau sakit lagi, memang aku kena gagahkan diri pergi pusat kesihatan..nak mintak stok ubat lagi..haish~

ubat-ubat aku..

      dan, sekarang ni, aku dah telan ubat tahan sakit tu tapi dari tadi mata taknak lelap..dah puas aku pujuk suruh tutup tapi degil..dalam kepala ni, duk terfikir nak makan ubat tido plak lepas ni..baru la aku pengsan terus..minta-minta esok dah okey.. :)

Wednesday, February 23, 2011

bila perut buat hal malam-malam macam ni..

salam..
      oh, saat entri ni ditulis jam dah tunjukkan pukul 1.35 pagi..aku? masih lagi tak boleh nak lelapkan mata..baring-baring atas katil pun masih tak boleh tido..perut pula buat hal..dari tadi berbunyi minta di isi..haish~ takkan la aku nak makan malam-malam ni? selongkar kotak makanan aku dalam 2-3 minit, cari apa yang patut untuk dimakan..aisey, stok bulan ni dah licin la..yang tinggal hanya corn flakes dan maggi je..apa barang makan corn flakes memalam ni? baik ambik megi lagi..sedap, siap ada kuah lagi..heh!

     ok, sekarang tengah tunggu megi aku kembang..aku layan megi perisa ayam je..sila gelak dengan rakus sekali sebab aku taktahan makan pedas..ada orang cakap makan megi ni boleh gemuk..errk, betul ke? tapi, megi lah makan yang paling mudah dapat penyakit..so, kalau sakit mesti kurus kan? formula aku :

   makan megi = sakit
   sakit = tak selera nak makan
   tak selera nak makan = kurus

   ok, tang mana plak yang cakap makan megi ni boleh gemuk? tapi, boleh caya ke dengan formula pendek akal aku ni? kalau zaman sekolah dulu, aku paling benci benda yang libatkan formula..aku susah nak faham..kalau hafal, macam takbest pula..subjek yang banyak guna formula dulu of course la fizik dan matematik..yup, subjek ini jugak la yang telah mencemarkan slip spm aku..heh!

  oh, megi aku dah kembang..bau pun boleh tahan sedap..ni kalau letak telur dan ayam cincang ni, mahu aku jilat pinggan kot..tak pe, tinggal lagi 2 bulan je aku kat sini..nanti bulan 5 ni, aku nak duduk kat rumah puas-puas..masak semua benda yang aku nak makan selama satu sem ni..oh, ikan bakar..miss you!

Tuesday, February 22, 2011

dunia teater..

salam..
      oh, semalam exam..so, memang tak de mood nak tulis entri..stress dengan soalan exam yang memang tak de dalam nota prof pun..pendek kata, kalau tak datang kelas pun tak de hal la..semua pasal perisian statistik yang entah apa-apa tu..oh, aku taksuka subjek yang melibatkan komputer dan perisian ni..subjek programming pun aku taksuka..nasib hari tu dapat B. kalau fail, kena repeat pulak..alahai~ motif student genetik ambil subjek macam ni? itu kena tanya ketua pusat pengajian..heh!

     hari khamis ni, kolej aku buat persembahan teater. bukan persembahan saje-saje, tapi join pertandingan teater yang besar which is hanya diadakan dua tahun sekali jer [klik sini]..tahun ni aku ada peluang untuk join tapi bila fikirkan komitmen sebagai final year ni, aku pilih untuk berundur..

    dua tahun terjebak dengan dunia teater..yeah, banyak yang aku belajar..dari budak yang pemalu, pendiam, budak nerd, budak buku, aku jadi lebih konfiden untuk berhadapan dengan orang..dapat buang perasaan malu tu jauh-jauh..heh!

     kalau time aku first year dulu, banyak kena perform on stage..make up tu takyah cakap la, kadang-kadang, habis perform tu terus tido..tu yang kulit muka jadi takberapa nak bersih sekarang ni..tapi, sampai sekarang, aku memang takpandai nak make up..ye la, kalau zaman berteater dulu, ada orang yang tolong make up kan..sekarang? sendiri-sendiri je.

      time second year, aku banyak involve di sebalik tabir je..ambil port audio..part ni yang paling aku suka sebab aku belajar banyak benda pasal audio ni..dari download lagu, cut lagu, convert, cari perisian yang sesuai untuk lagu, pasang kabel, cara nak handle sistem bunyi tu sendiri..siyes, aku memang suka..walaupun, mula-mula involve ni, aku agak segan sebab bila berkumpul untuk taklimat, kolej lain hantar budak lelaki untuk handle semua ni..tapi, kolej aku, hantar seorang budak perempuan yang bagi dorang semua, seolah-olah aku ni taktau apa-apa..ok, fine at least, aku nak belajar..bila aku takpaham, aku tanya abang teknikal..bila laptop aku probs, aku cepat-cepat bagitau abang teknikal..mungkin sebab itulah, aku lebih cepat rapat dengan abang teknikal teater berbanding dengan korang semua..heh!

     sekarang, aku dah tak aktif teater..langsung tak turun untuk latihan teater..sebab aku dah penat..penat menjalani hidup macam tu..sentiasa sibuk sampaikan aku tak ada masa untuk diri sendiri.. akademik pun dah tak berapa nak stabil..bukan aku nak kata join teater ni menyebabkan result kau jatuh..tak..tak..tapi, kadang-kadang, bila kau dah terlalu taksub dengan teater, secara tak langsung, kau akan hilang minat untuk belajar.. kau jadi macam tak boleh nak fokus sebab kau asyik duk fikir pasal teater.. itu yang aku rasa time dulu..aku enjoy dengan teater sampai aku rela untuk 'ponteng' kelas..wait, aku ponteng dengan keizinan ok! dengan surat pelepasan tapi apalah sangat dengan surat tu? tak boleh nak tolong time final exam pun..

    apa-apa pun, aku masih lagi minat dengan dunia teater dan aku masih sayangkan kelab teater tu..sebab itulah, setiap kali ada pertandingan yang melibatkan kolej, aku usaha jugak untuk hadirkan diri walaupun sebagai penonton.. ok, kali ni for the first time, aku boleh duduk kat seat penonton dan tengok persembahan teater adik junior. yes, aku dah tak sabar untuk tengok semua tu dan aku harap, mereka semua mampu buat yang terbaik..


p/s:
-sori, aku langsung tak ada gambar time teater dulu..semuanya gara-gara tak buat back up time format laptop hari tu.sedih ok!

Sunday, February 20, 2011

kalau tak dop fb, belum tentu aku boleh kecek gini dengan mung!

salam..
      oh, adakah aku sangat sombong time sekolah dulu? atau aku sangat 'nerd' sampai semua orang tak berani nak tegur aku?

      " kalau takdop fb, belum tentu aku boleh kecek gini dengan mung! "


     ok, itulah ayat yang selalu aku dapat bila aku chat dengan ex-clasmate lelaki..aku ni pendiam sangat ke? sampai sangat susah untuk budak-budak lelaki nak tegur..maybe, aku bukan spesies manusia yang kecoh-kecoh kat dalam kelas..siap ketua kelas pernah cakap kat aku yang aku ni 'nerd'.. budak buku, dalam mulut ada emas..tak banyak cakap tapi otak jalan..sedih kan bila dapat ayat macam tu?

     ada jugak sorang dua member ni ajak keluar..bukan taknak tapi aku taksuka keluar berdua macam tu..bila suruh buat reunion, budak-budak ni taknak..alasan, baru takjumpa 4 tahun, takbanyak berubah pun..habis tu, kalau keluar berdua, tak pe pulak kan? see..?

    so, sekarang ni hanya fb yang menjadi medium komunikasi kitorang..chat, msg, komen-komen kt fb je..ok la kan, at least nampak la sikit kebaikan fb di situ..HAHA~

kesatlah air mata itu..

salam..
       oh, sepatutnya aku nak tulis pasal ni tapi disebabkan internet kolej buat hal, terus malas nak tulis..ok, aku dah start mengarut, jom masuk topik..

       aku perempuan dan aku memang suka menangis..entahlah, macam susah je nak tahan air mata ni dari mengalir keluar..ada banyak sebab kenapa aku menangis dan ya, salah satunya kerana seorang lelaki..bodoh ok bila difikirkan balik..buang masa je menangis untuk manusia macam tu padahal lelaki tu sedang bahagia dengan perempuan lain..sakit hati kan?

      tapi, kalau aku menangis mesti sorang-sorang je..takde lah sampai meraung satu blok ke apa..tekup muka dengan bantal je, takpun menangis dalam tandas..ok la kan?

      disebabkan aku duduk kat aras yang paling tinggi, so secara tak sengajanya, aku boleh nampak bilik kat blok sebelah.. [rujuk gambar]

sila kutuk bangunan yang buruk ni..
        see..? boleh cuci mata sekali.. nak dijadikan cerita, budak bilik depan tingkap ni, suka sangat bergaduh telefon dengan encik bf dan suka sangat menangis meraung-raung macam orang tak sedar diri dan ianya secara tidak langsung telah mengganggu ketenteraman budak-budak blok aku..siyes, walaupun aku ni buta loghat negeri pantai timur, tapi at least aku masih faham lagi apa yang telah diperkatakan oleh perempuan itu..sangat jelas ok! mula-mula tu boleh lagi bersabar, tapi lama-lama mahu bernanah telinga ni..hal rumahtangga couple haruslah disimpan bukan dihebohkan, ye dak?

       entahlah, kalau aku jadi perempuan tu, dah lama aku tinggalkan lelaki tu..sia-sia je menangis sebab manusia macam tu..isu pergaduhan, sebab lelaki tu lebih pentingkan kawan dari awek sendiri..rilex sis, baru couple, bukan dia tu suami kau..so, just go on dengan hidup..pedulikanlah lelaki yang tidak pandai MENGHARGAI diri kau tu..buang lelaki tu jauh-jauh..lagipun, kau tu cantik..first time aku tengok muka kau, aku tak sangka kaulah empunya suara tangisan itu..

       dan, aku harap, esok tiada lagi tangisan itu..please, kesatlah air mata itu..jangan dibazirkan untuk manusia seperti itu..aku tahu kau akan kuat sebab kau kena kuat dan kau harus kuat..biarkan masa yang mengubati luka kau kerna aku juga pernah berada dalam situasi kau..biarkan segalanya berlalu..teruskan hidup, ok?
kesatlah air mata itu..

bengang yang membawa kebaikan..

salam..
      oh, weekend kali ni dihabiskan dengan hanya bertapa di bilik gara-gara ada mid sem isnin ni..geram, ok? kalau tak, dah lama aku keluar release tension kat mana-mana..so, alang-alang lepak kat bilik, ingat sambil study bolehlah online..tapi kan, internet kat bilik buat hal, sehari suntuk tak dapat connect kot..stress jap..last choice, memang study je sepanjang malam tadi..dan aku patut bersyukur, sebab at least aku dah ter'study' secara paksa rela..hooyeay!

     assignment pun dah settle setelah berhempas-pulas selama 3 jam..penat ok bila kena bermain dengan perisian statistik yang sangat complicated tu..tapi, hasil gabungan kepala hotak kami berempat, akhirnya siap jugak.. :)

terima kasih buat kamu, kamu dan kamu.. :)

Thursday, February 17, 2011

gemuk ke kurus?

salam...
       aku selalu berangan nak jadi kurus..act, tak adalah nak kurus ke apa, just nak turunkan sikit berat badan ni.. roomate selalu tegur aku..ye la, dia cakap aku nak kurus tapi takpernah nak siyes dengan program diet..paling lama pernah aku bertahan dalam 5 hari takmakan nasi je..

      dia pernah bagitau aku kenapa jadik camni..sebab aku belum pernah benar-benar jadi GEMUK..so, usaha untuk aku kuruskan badan tidak segigih mereka-mereka yang pernah berada dalam situasi itu..errk, betul ke?

      mungkin ya, sebab aku ada sorang member ni..kalau tengok keadaan dia sekarang, semua mesti tak percaya yang dia dulu pernah GEMUK..ya, budak perempuan yang agak gemuk..tapi, sekarang bentuk badan dia mengalahkan model..best kan??

     adakah aku perlu menjadi benar-benar gemuk terlebih dahulu sebelum benar-benar kurus? hurm.........?

Wednesday, February 16, 2011

muka cantik tapi pengotor..korang nak ke?

salam..
       wah, malam-malam dah hot..bengang ouh! aku pun siyes takpaham apa masalah dengan bebudak aras aku ni..pengotor tahap kritikal dah ni..dah la suka tinggalkan bekas makanan yang TIDAK berbasuh kat sinki..apa kau ingat bekas tu akan cuci sendiri la ye? yang paling geli bila letak sisa-sisa makanan sekali dalam tu..euuw, geli dowh! yang kau ni pehal? tak reti-reti nak bilas ke? at least, bilas la dengan air sikit..ni tak, tinggalkan bekas yang 'fresh' camtu je? siyes, aku takpaham..

      kalau kau tu BUKAN perempuan, aku boleh fahamlah kan..tapi, kau tu perempuan..takkan la bekas yang kecil tu tak reti-reti nak basuh!! itu belum kahwin lagi..entah-entah, nanti pinggan laki kau pun kau tak basuh..biar terperam jadi pekasam sampai pagi esok..alangkah malangnya laki kau tu nanti..

      sayangkan perempuan camni..muka dah cantik, pakai baju nak yang bersih-bersih, pakai perfume, mak aii, dari jauh dah TERbau..tapi, pengotor..eeeuwww! siyes, aku takpaham..

itulah keseimbangan alam, mungkin?

salam..
       malam ni hujan lebat..internet pulak sekejap ada sekejap takada..tension ouh! tapi, lepas format laptop hari tu, tenet macam okey la sikit..kalau tak, jangan haraplah aku boleh connect macam sekarang ni..lagipun, laptop ni automatik masuk line jaring-spot..pergh, kalau kena dengan masa, memang laju la..HAHA~

     tadi kan, time internet tengah laju, aku on la sekejap fb..tetiba TERbaca status kawan aku yang wish besday kat bf dia..sweet ouh dorang ni, duk main saya-awak lagi..then, aku pun try r klik kat fb pakwe kawan ni..excited nak tengok muka tuan punya badan katakan..emmm, muka bf dia ok-ok je la tapi tak de hensem sangat..aku bukan nak kutuk ke apa, tapi aku dah kenal perangai kawan aku ni..taste dia bukan dengan orang muka camtu..tapi, maybe ada something yang special pasal laki ni kot..ataupun, mungkin ini yang orang panggil 'keseimbangan alam' ?

     kau, kau dan kau..pernah dengar tak pasal ni? ye la, kalau perempuan tu cantik, laki mesti biasa-biasa je dan kalau laki tu hensem, perempuan pula yang biasa-biasa..errk? ini baru adil la kan? so, kalau aku yang tak cantik ni, nanti akan dapat laki yang hensem ke?  *pitam*

      bagi aku la kan, paras rupa sekarang dah takpenting bagi seorang perempuan..kalau muka hensem tapi perangai macam setan, buat apa kan?? apa yang penting janji lelaki tu jenis yang pandai menghargai perempuan pun aku rasa dah okey.. :)

  

Tuesday, February 15, 2011

kenapa?

salam..
      oh, adakah aku spesies manusia yang langsung tidak pandai bersyukur? ya, aku sekarang tengah 'diet'..tapi, ada juga kawan yang tegur..ayat biasa, " kau nak buang apa lagi ni? badan kau dah okey la.." entahlah, adakah aku sedang mengalami masalah psiko? ya, aku rasa aku dah jadi budak gemuk..berat aku takmau turun-turun sejak dari 2nd year lagi..sedih tau tak? dalam masa 3 tahun, aku naik 6kg dan langsung taknaik dan tak turun...stress tau..
 
      ah, bila difikirkan balik, perlu ke diet ni? aku just nak turunkan lagi 3kg je..boleh ke tak ni? oh ya, yang pasal program diet tu, aku TERTELAN nasi goreng semalam..so, aku hanya mampu takmakan nasi selama 2 hari je..itupun roomate dah bising, dia cakap aku dah lembek..nak bukak botol mineral pun dah taklarat..huhuu T_T tapi, hari ni aku start balik perangai lama..takmau makan nasi..tapi, aku dah termakan bihun sup tadi..HAHA~

     oh, aku cari nahas bila aku minum air teh tadi..sekarang dah takboleh tido..kalau minum nescafe, terus mabuk..siyes, badan ni manja nak mampus..dah la esok ada kelas pagi..oh, TIDAK!

Monday, February 14, 2011

senyum, takperlu kata apa-apa..

salam..
     woo, baru habis mid sem exam..rilex, next week ada lagi exam..so, takleh nak enjoy lebih-lebih lagi..huhuu~ sejak dari semalam, takdapat line internet, so takleh nak online..tapi boleh study..<---perlu ke bagitau??
kebetulan, habis je exam, terus boleh online..laju plak tu..hooraay!

    mood hari ni, happy..rasa macam nak senyum je tanpa perlu kata apa-apa..apakah? HAHA~

Saturday, February 12, 2011

14 day program, nestle 'fitness'..

salam..
     rasa sangat gembira sebab laptop aku dah okey! boleh guna vista yang lama tu..lega~

kredit to google
     ok, masuk topik jap..sekarang ni, aku tekad nak join program 14 days, nestle 'fitness'..entah, roomate aku dah bising sebab dia kata tak ada apa lagi yang boleh aku kurangkan..memang badan aku akan jadi camni je..tujuan utama, aku nak kurangkan rasa rendah diri aku ni..so, bila aku dah join program ni, aku harap yang aku akan jadi lebih confident berhadapan dengan orang ramai walaupun aku tahu, yang sebenarnya berat badan ni akan still maintain..memang susah nak turun atau naik..kesian, bukan?

    hari ni, baru masuk hari pertama..dugaan memang besar oh..rasa macam nak give up, tapi buat-buat busy je la..kalau ikutkan jadual yang diberi, overall, macam okey je..takada la seksa sangat pun dan aku tak adalah letak harapan yang tinggi untuk kurangkan berat badan ni..aku hanya nak kurangkan kepada 2-3 kg je..boleh ke tak ek?

so, bawah ini ialah menu harian aku selama 14 hari..jangan risau, kalau aku rasa tak mampu, aku akan berhenti buat kerja gila ni..tapi, taksalahkan kalau mencuba?

breakfast :
-40g bowl of nestle fitness.
-125ml low fat milk
-1 piece of fruit
-1 cup of tea/coffee..


lunch :
-balanced meal with vege + meat/fish


dinner :
-40g bowl of nestle fitness
-125ml low fat milk
-vege/ low ft yogurt.

apa yang aku makan hari ni :
B-secawan nestle fitness + low fat milk
L- secawan low fat milk + segenggam kismis
D- secawan nestle fitness + low fat milk

gigih tak aku??
HAHA~

Friday, February 11, 2011

terpaksa..

salam..
        oh, sangatlah tension di saat ini kerana my lappy buat hal..tetiba semua benda jadi hang..maybe, sudah tiba masanya laptop ni kena masuk wad..oh, aku takpernah lagi format lappy ni sejak mula-mula beli lagi, 2008. first time laptop ni kena format..

       takpelah, mungkin ini yang terbaik..tapi, habislah window aku yang ori ni..buat masa sekarang, aku isytiharkan yang diri aku dah jatuh miskin..so, tak ada duit nak beli window yang ori..stress ok bila laptop ni buat hal..

      sekarang ni pun, tengah buat back up data..yang paling penting, aku dah delete semua gambar-gambar aku dalam laptop ni..bahaya dowh nak hantar pergi kedai tanpa buat back up ni..keupayaan laptop yang sangat lembap ni telah merencatkan segala aktiviti aku hari ini...huhuu~

     so, to my laptop..i will miss you.. :(

    

Wednesday, February 9, 2011

blur..

salam..
      dalam 2-3 hari ni, aku selalu hilang mood..macam ada sesuatu yang tak kena dengan diri ni..macam aku dah 'lost' something..something yang aku sendiri taktahu apa..pelik je kan?

      oh, jadual hidup aku pun dah tunggang-langgang..jadual tido entah apa-apa..siang tido malam berjaga..takmahu jalani hidup camni..siyes, rasa macam nak sepak orang then lari laju-laju dan menjerit puas..rasa macam nak lepak tepi pantai dan menangis sorang-sorang..rasa macam nak rendam diri dalam kolam air batu biar aku jadi manusia yang berhati beku..itu yang aku mahu buat masa sekarang..

      bila mood dah takbetul macam ni, dengar lagu sedih pun boleh buat aku menangis dalam hati..oh, lembut nya hati ni..sikit-sikit menangis..please la, aku kena KUAT untuk hari esok..

hey you..
tell me, i'm not on my own..
tell me, i won't be alone...
tell me, what i'm feeling isn't some mistake.

help me on my feet again..
show me that good things come to those who wait..

Friday, February 4, 2011

ALANGKAH LUCUNYA (NEGERI INI) MOVIE TRAILER


ni movie tahun lepas..
tapi, aku baru tau kewujudannya...
kalau ada masa..
korang tengoklah..
banyak yang boleh belajar dari sini..

terkilan..

salam..
      sejak 2-3 hari ni, aku tak mood nak baca entri selain daripada blog mengenai perkembangan di mesir..tapi, apa yang menyebabkan aku terkilan ialah ada juga segelintir manusia yang mempertikaikan misi menyelamat pelajar di mesir..mungkin, kalian semua tidak ada saudara-mara di sana tapi bagaimana dengan kami? ya, aku ada adik perempuan di kaherah sana..pelajar tahun pertama yang memang sah-sah taktau apa-apa pasal penerbangan untuk balik ke malaysia..nak suruh dia redah? no..no..no..apa yang dia mampu buat, ikut setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan..tinggal di kedutaan sementara tunggu misi menyelamat..boleh bayangkan tak, kalau kau langsung tak dapat khabar apa-apa dari dia walhal kau dah cuba call banyak kali? mak ayah risau takyah cakap la..kau boleh tak respect kami yang mempunyai saudara-mara di sana? maybe, betul cousin kau tu selamat, siap boleh webcam bagai..tapi adik aku? nak guna internet pun punyalah payah..telefon takyah cakaplah..sekarang ni, aku hanya contact dengan dia melalui fb itupun untuk memberitahu keadaan dia camne..

      adik cakap insya'allah dia akan ke jeddah hari ni (jumaat) melalui pesawat TUDM..berita itu sudah cukup melegakan kami..buat masa sekarang aku hanya mampu berdoa dan berharap agar semuanya selamat..mak dan ayah berada jauh di kampung, takboleh nak sambut adik kat airport..lagipun mereka masih ada lagi tanggungan lain..so, memang hanya aku dan pak cik sahaja yang ada di KL untuk menyambut kepulangan adik ke malaysia..aku harap dia masih kuat untuk hadapi semua ni sebab aku yakin dia anak yang kental, anak yang tidak mudah panik dan susah untuk mengalirkan air mata..

doakan agar semuanya dipermudahkan..amin

Thursday, February 3, 2011

doakan keselamatan mereka...

salam..
       alhamdulillah, setelah aku cuba dari hari isnin lagi call adik, semalam jam 5pagi waktu malaysia, adik bagi respond..walaupun hanya sempat bercakap dalam masa kurang dari 10 minit tapi itu sudah cukup melegakan aku..dia selamat berada di kedutaan dan meminta aku untuk survey harga tiket flight..

      hari ni, internet di mesir sudah mula dibuka dan adik msg di fb menyatakan bahawa dia akan bertolak dari kaherah ke jeddah jam 8 pagi waktu mesir (2ptg waktu malaysia) menaiki pesawat TUDM dan insya'allah, kalau tiada apa-apa halangan, dia akan berangkat pulang ke Malaysia..apa yang pasti, doakan keselamatan mereka semua..semoga mereka selamat tiba ke Malaysia..amin

Wednesday, February 2, 2011

doakan keselamatan mereka di sana..

salam..
        ada sesiapa tau tak camne nak contact pelajar malaysia di mesir? please, tell us..family dah lost contact dengan adik di kaherah sana..aku dah try call kedutaan tapi line busy..emak dah sangat-sangat risau sekarang ni..aku rasa macam 24 jam emak duduk depan TV..stay up semata-mata nak tau perkembangan di mesir..kami dah try call no adik tapi tak ada respond..

      aku plak dah beberapa hari tak online..so, mula-mula memang aku tak sangka akan jadi sampai macam ni..hari rabu malam hari tu, saudara dah risau tapi aku boleh buat taktau lagi..kakak call adik hari khamis hari tu tapi adik cakap semua ok lagi..then, ayah call adik hari ahad baru-baru ni..time tu, barulah kami semua dapat tahu keadaan sebenar di sana..last call, adik cakap dia selamat berada di kedutaan dalam keadaan sehelai sepinggang..barang berharga yang lain semua dia terpaksa tinggalkan..mujurlah adik jenis yang taksuka simpan duit dalam bank, so semua duit dan cek masih di tangan dia lagi..

     tapi, dari semalam kami try call adik, langsung tiada respond..hanya dengar suara operator telefon je..aku rasa semalam mak nangis dan apa yang paling aku kesal ialah aku tiada di sisi emak waktu sekarang ni..bila aku teringat kata-kata ayah waktu hari raya puasa yang lepas [klik sini] aku menangis..apa yang pasti, aku nak adik selamat..aku takut dengan apa yang bakal berlaku..

doakan supaya semua pelajar Malaysia di Mesir selamat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...