THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, February 22, 2011

dunia teater..

salam..
      oh, semalam exam..so, memang tak de mood nak tulis entri..stress dengan soalan exam yang memang tak de dalam nota prof pun..pendek kata, kalau tak datang kelas pun tak de hal la..semua pasal perisian statistik yang entah apa-apa tu..oh, aku taksuka subjek yang melibatkan komputer dan perisian ni..subjek programming pun aku taksuka..nasib hari tu dapat B. kalau fail, kena repeat pulak..alahai~ motif student genetik ambil subjek macam ni? itu kena tanya ketua pusat pengajian..heh!

     hari khamis ni, kolej aku buat persembahan teater. bukan persembahan saje-saje, tapi join pertandingan teater yang besar which is hanya diadakan dua tahun sekali jer [klik sini]..tahun ni aku ada peluang untuk join tapi bila fikirkan komitmen sebagai final year ni, aku pilih untuk berundur..

    dua tahun terjebak dengan dunia teater..yeah, banyak yang aku belajar..dari budak yang pemalu, pendiam, budak nerd, budak buku, aku jadi lebih konfiden untuk berhadapan dengan orang..dapat buang perasaan malu tu jauh-jauh..heh!

     kalau time aku first year dulu, banyak kena perform on stage..make up tu takyah cakap la, kadang-kadang, habis perform tu terus tido..tu yang kulit muka jadi takberapa nak bersih sekarang ni..tapi, sampai sekarang, aku memang takpandai nak make up..ye la, kalau zaman berteater dulu, ada orang yang tolong make up kan..sekarang? sendiri-sendiri je.

      time second year, aku banyak involve di sebalik tabir je..ambil port audio..part ni yang paling aku suka sebab aku belajar banyak benda pasal audio ni..dari download lagu, cut lagu, convert, cari perisian yang sesuai untuk lagu, pasang kabel, cara nak handle sistem bunyi tu sendiri..siyes, aku memang suka..walaupun, mula-mula involve ni, aku agak segan sebab bila berkumpul untuk taklimat, kolej lain hantar budak lelaki untuk handle semua ni..tapi, kolej aku, hantar seorang budak perempuan yang bagi dorang semua, seolah-olah aku ni taktau apa-apa..ok, fine at least, aku nak belajar..bila aku takpaham, aku tanya abang teknikal..bila laptop aku probs, aku cepat-cepat bagitau abang teknikal..mungkin sebab itulah, aku lebih cepat rapat dengan abang teknikal teater berbanding dengan korang semua..heh!

     sekarang, aku dah tak aktif teater..langsung tak turun untuk latihan teater..sebab aku dah penat..penat menjalani hidup macam tu..sentiasa sibuk sampaikan aku tak ada masa untuk diri sendiri.. akademik pun dah tak berapa nak stabil..bukan aku nak kata join teater ni menyebabkan result kau jatuh..tak..tak..tapi, kadang-kadang, bila kau dah terlalu taksub dengan teater, secara tak langsung, kau akan hilang minat untuk belajar.. kau jadi macam tak boleh nak fokus sebab kau asyik duk fikir pasal teater.. itu yang aku rasa time dulu..aku enjoy dengan teater sampai aku rela untuk 'ponteng' kelas..wait, aku ponteng dengan keizinan ok! dengan surat pelepasan tapi apalah sangat dengan surat tu? tak boleh nak tolong time final exam pun..

    apa-apa pun, aku masih lagi minat dengan dunia teater dan aku masih sayangkan kelab teater tu..sebab itulah, setiap kali ada pertandingan yang melibatkan kolej, aku usaha jugak untuk hadirkan diri walaupun sebagai penonton.. ok, kali ni for the first time, aku boleh duduk kat seat penonton dan tengok persembahan teater adik junior. yes, aku dah tak sabar untuk tengok semua tu dan aku harap, mereka semua mampu buat yang terbaik..


p/s:
-sori, aku langsung tak ada gambar time teater dulu..semuanya gara-gara tak buat back up time format laptop hari tu.sedih ok!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...