THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 20, 2011

kesatlah air mata itu..

salam..
       oh, sepatutnya aku nak tulis pasal ni tapi disebabkan internet kolej buat hal, terus malas nak tulis..ok, aku dah start mengarut, jom masuk topik..

       aku perempuan dan aku memang suka menangis..entahlah, macam susah je nak tahan air mata ni dari mengalir keluar..ada banyak sebab kenapa aku menangis dan ya, salah satunya kerana seorang lelaki..bodoh ok bila difikirkan balik..buang masa je menangis untuk manusia macam tu padahal lelaki tu sedang bahagia dengan perempuan lain..sakit hati kan?

      tapi, kalau aku menangis mesti sorang-sorang je..takde lah sampai meraung satu blok ke apa..tekup muka dengan bantal je, takpun menangis dalam tandas..ok la kan?

      disebabkan aku duduk kat aras yang paling tinggi, so secara tak sengajanya, aku boleh nampak bilik kat blok sebelah.. [rujuk gambar]

sila kutuk bangunan yang buruk ni..
        see..? boleh cuci mata sekali.. nak dijadikan cerita, budak bilik depan tingkap ni, suka sangat bergaduh telefon dengan encik bf dan suka sangat menangis meraung-raung macam orang tak sedar diri dan ianya secara tidak langsung telah mengganggu ketenteraman budak-budak blok aku..siyes, walaupun aku ni buta loghat negeri pantai timur, tapi at least aku masih faham lagi apa yang telah diperkatakan oleh perempuan itu..sangat jelas ok! mula-mula tu boleh lagi bersabar, tapi lama-lama mahu bernanah telinga ni..hal rumahtangga couple haruslah disimpan bukan dihebohkan, ye dak?

       entahlah, kalau aku jadi perempuan tu, dah lama aku tinggalkan lelaki tu..sia-sia je menangis sebab manusia macam tu..isu pergaduhan, sebab lelaki tu lebih pentingkan kawan dari awek sendiri..rilex sis, baru couple, bukan dia tu suami kau..so, just go on dengan hidup..pedulikanlah lelaki yang tidak pandai MENGHARGAI diri kau tu..buang lelaki tu jauh-jauh..lagipun, kau tu cantik..first time aku tengok muka kau, aku tak sangka kaulah empunya suara tangisan itu..

       dan, aku harap, esok tiada lagi tangisan itu..please, kesatlah air mata itu..jangan dibazirkan untuk manusia seperti itu..aku tahu kau akan kuat sebab kau kena kuat dan kau harus kuat..biarkan masa yang mengubati luka kau kerna aku juga pernah berada dalam situasi kau..biarkan segalanya berlalu..teruskan hidup, ok?
kesatlah air mata itu..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...