salam..
sejak 2-3 hari ni, aku tak mood nak baca entri selain daripada blog mengenai perkembangan di mesir..tapi, apa yang menyebabkan aku terkilan ialah ada juga segelintir manusia yang mempertikaikan misi menyelamat pelajar di mesir..mungkin, kalian semua tidak ada saudara-mara di sana tapi bagaimana dengan kami? ya, aku ada adik perempuan di kaherah sana..pelajar tahun pertama yang memang sah-sah taktau apa-apa pasal penerbangan untuk balik ke malaysia..nak suruh dia redah? no..no..no..apa yang dia mampu buat, ikut setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan..tinggal di kedutaan sementara tunggu misi menyelamat..boleh bayangkan tak, kalau kau langsung tak dapat khabar apa-apa dari dia walhal kau dah cuba call banyak kali? mak ayah risau takyah cakap la..kau boleh tak respect kami yang mempunyai saudara-mara di sana? maybe, betul cousin kau tu selamat, siap boleh webcam bagai..tapi adik aku? nak guna internet pun punyalah payah..telefon takyah cakaplah..sekarang ni, aku hanya contact dengan dia melalui fb itupun untuk memberitahu keadaan dia camne..
adik cakap insya'allah dia akan ke jeddah hari ni (jumaat) melalui pesawat TUDM..berita itu sudah cukup melegakan kami..buat masa sekarang aku hanya mampu berdoa dan berharap agar semuanya selamat..mak dan ayah berada jauh di kampung, takboleh nak sambut adik kat airport..lagipun mereka masih ada lagi tanggungan lain..so, memang hanya aku dan pak cik sahaja yang ada di KL untuk menyambut kepulangan adik ke malaysia..aku harap dia masih kuat untuk hadapi semua ni sebab aku yakin dia anak yang kental, anak yang tidak mudah panik dan susah untuk mengalirkan air mata..
doakan agar semuanya dipermudahkan..amin
Friday, February 4, 2011
terkilan..
dikarut oleh : ms hanashi at 12:38 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
kental mcm ko dowh.. harap2 adik ko selamat...
ak tak sekental dia...
dugaan dia lg besar...
yup, ak pun harap semuanya dipermudahkan..
doakan keselamatan semua..
amin..
Post a Comment