THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, February 25, 2011

berjaya..

salam..
       yeah, baru balik dari tengok pementasan teater..persembahan yang agak memberangsangkan, tahniah buat adik-adik junior..dan part yang paling best hari ni ialah aku boleh merempit..kalau mak tahu aku bawa moto, mesti kena bebel sebakul..

       jap, aku bukan merempit tanpa lesen..aku ada lesen ok tapi mak takpernah nak bagi aku bawa motor atas jalan raya..dia cakap bahaya..aku ni bukan apa, bukan taknak dengar tapi aku nak juga cuba bawa moto guna jalan yang betul-betul jalan..bukan duduk main bawa moto kat depan jalan raya rumah yang konfirm-konfirmlah takde kereta yang lalu-lalang..

        sebab tu la, time buat latihan moto kat sekolah memandu, cikgu tu tegur aku..dia tanya apsal aku suka sangat bawa moto tengah line..salah satu jawapan aku ialah aku ingat jalan tu jalan macam kat rumah aku which is boleh main redah sesuka hati..cikgu tu macam nak ketuk dahi aku jugaklah time aku bagi jawapan camtu..dia cakap, walaupun jalan tu takde orang guna, aku still takboleh main redah camtu je..ambil masa jugaklah untuk aku biasakan diri bawa moto guna sebelah jalan ni..tapi, nasib baik lepas time test jpj tu.. :)

     dan sekarang, mak aku memang takpernah nak bagi aku bawa moto even aku dah cuba yakinkan dia yang aku memang boleh bawa moto..entahlah, maybe dia takut aku kemalangan macam adik lelaki aku tu..tapi, time tu, aku jugaklah yang berada dalam ambulans untuk teman adik..mak dah terkedu kat rumah..mak memang cepat risau tapi aku dah besar..sampai bila mak nak risaukan aku?

      pernah juga sekali ni, aku nekad nak bawa moto keluar dari kawasan universiti..dia punya risau sampai setiap masa duk call aku dan cuba halang aku..aku punya rimas sampai satu saat, aku dah takboleh nak cakap apa-apa dah..aku just jawab 'ok' untuk setiap pertanyaan mak..kejam kan? tapi, last-last aku memang tak bawa pun moto tu..takut jugak kalau takde keberkatan ni..

       tengah malam tu, bapak call aku..bapak aku ni jenis yang memang tahu bab-bab timing yang sesuai untuk pujuk anak-anak..dia slow talk dengan aku..kalau cakap dengan bapak, memang aku akan terdiam habis..sebab bapak bukan jenis yang cepat melenting, tapi dia akan dalami dulu masalah sebenar kau..bila kau tengah slow talk dengan dia, baru lah kau akan perasan rupa-rupanya kau juga ada buat silap..time tu, bapak akan explain satu-satu kenapa mak jadi macam tu..

      bila baca yang kat atas tu, mesti kau ingat aku ni jenis anak yang keras kepala, degil, suka merajuk dan bla..bla..bla..yes, itu memang sifat buruk aku..tapi, apa-apa hal pun, bila mak aku cakap jangan, memang aku takkan buat benda tu..kalau aku TERbuat, aku akan cakap kat dia dan minta maaf..emm, kira macam aku ni anak yang baik juga kan? *sila lempang aku laju-laju agar aku sedar diri*

     so, sekarang ni, aku dah TERBUAT benda yang mak takbagi..tapi, alhamdulillah, semuanya selamat tadi cuma roomate pesan suruh JANGAN buat macam jalan itu jalan bapak aku punya..kena pandai share dengan orang lain juga..errk?? dan esok, aku kena minta maaf dengan mak.. :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...