THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, December 31, 2010

..mengimbau kenangan 2010..

salam..
      tahun 2010 mungkin tahun 'berduka' untuk aku tapi ada sesuatu yang aku belajar dari setiap apa yang dah berlaku..biarlah kisah pahit itu aku kunyah.telan dan hadam perlahan-lahan..aku perlukan masa untuk lupakan semua itu..aku perlukan masa untuk bangkit balik..aku perlukan masa untuk padamkan semua kenangan aku tentang dia..itu yang aku perlukan buat masa sekarang..

      tapi, tahun 2010 juga merupakan tahun yang mengajar aku untuk kutip balik kekuatan dalam diri dan buang diri dia jauh-jauh dan alhamdulillah, aku mampu berhadapan dengan dugaan ini..kalau dibandingkan dengan tahun 2009, tahun di mana aku banyak berendam dengan air mata.makan hati dengan setiap kelakuannya dan 2010 adalah tahun untuk aku tinggalkan semua kisah duka itu..aku harap tahun 2011 ni adalah tahun untuk aku mulakan kembali hidup aku yang baru..insya'allah tahun ini aku akan grad dan berharap agar tahun ni rezeki di pihak aku..amin~

      kalau bercakap tentang isu komitmen dalam sesuatu perhubungan..mungkin akan dipertimbangkan..entahlah, biarlah masa yang tentukan..apa yang pasti, aku hanya mampu berdoa agar Allah swt memberikan aku jodoh yang terbaik untuk diri ini..apa yang pasti, aku nak bina kerjaya terlebih dulu dan menghargai detik indah selagi memegang status 'single'..

       last but not least, semoga tahun 2011 membawa seribu ketenangan.kebahagiaan.kegembiraan kepada aku..tentang azam tahun baru ni, kalau azam tahun 2010 dibawa ke 2011, boleh ke?? hakhakhak!!

[goodbye 2010, welcome 2011]
[pic : atuk google]

Thursday, December 30, 2010

..tinggalkan kisah duka itu..

salam...
        cuaca hari ini agak 'lemau'..siyes, nak bangun tido pagi tadi pon malas..padahal kelas pukul 8 kot..so, nak tak nak memang kena gagahkan diri juga pergi ke kelas..then, lepas kelas settlekan hal resume untuk latihan industri dan pendaftaran subjek..ingatkan lepas settle semua ni, bolehlah rehatkan diri jap tapi tadi, tetiba pulak ada hal lain..dalam pukul 5 lebih barulah boleh rehat dengan tenang di bilik..huhuuu T_____T.

        2-3 menjak ni rasa macam langsung tak ada mood untuk menulis blog..tak tau nak tulis pasal apa dah..time mula-mula buka blog ni, banyak tulis tentang perasaan dan isu yang merapu..tapi, itu yang best sebab lahir dari hati yang sedang berduka dan sekarang, sudah boleh menjalani hidup macam biasa dan terima hakikat yang diri ini hanyalah 'stranger' dalam hidupnya..diri ini hanyalah 'penyemak' dan 'perosak' dalam hubungan peribadinya..dah tak larat terluka dengan apa yang dia lakukan..biarlah dia buang aku jauh-jauh dari hidupnya..tapi, satu hari nanti tolong JANGAN cari diri ini bila ditimpa kesusahan..aku bukan aku yang dulu..so,sila pergi jauh-jauh dari hidup aku sebab ini keputusan yang terbaik untuk kita berdua..tak pe, mungkin aku hilang dia sebagai kawan tapi aku masih ada ramai lagi kawan yang setia bersama aku di saat aku susah dan senang..thanz :)

         tentang hidup aku kini, nampak sangat ke yang aku kini ada 'someone'??..errk, sejujurnya, buat masa sekarang masing-masing dalam proses mengenal dan aku rasa yang hubungan ni tak serius mana lagipun kitorang kawan je dulu..mungkin sebab tu aku malas nak bercerita tentang si dia..biarlah masa yang tentukan..lagipun, masing-masing sibuk dengan study dan sekarang si dia pun tengah busy 'training'..insya'allah, aku akan grad tahun 2011 dan si dia pulak 2012..so, kalau nak cakap hari-hari contact tu, tak lah..kekadang je itupun melalui chat..kalau orang tanya apa yang aku suka tentang si dia..cukuplah orang tau yang perangai dan pemikiran si dia jauh berbeza dengan aku..apa yang aku suka, itulah yang si dia benci tapi itulah juga yang merapatkan lagi perhubungan ni.. :)

         apa-apa pon, bagi aku..hidup ni memang adil..sekejap kita berduka, kemudian DIA berikan kita satu kebahagiaan yang membuatkan kita berfikir.."DIA hanya mahu berikan yang terbaik untuk diri ini.."

~alhamdulillah~

..Malaysia memang terBAIK!!

salam..

     firstly, TAHNIAH diucapkan kepada pasukan negara yang berjaya membawa pulang piala AFF Suzuki 2010..pemain Malaysia memang mantap!! so, dengan kemenangan ini, diharap isu HOT berkaitan penyokong Indonesia dan Malaysia kembali pulih seperti biasa...tak nak la gaduh-gaduh, ok?? kepada penyokong Indonesia, sila lah jangan terlalu berEMOSI atas kejadian yang berlaku di bukit jalil tempoh hari dan kepada pelajar Indonesia, sila jangan PULAUkan kosmate sendiri..'GAME OVER'..

     bak kata seorang kawan indonesia di fb.., " kalau kata emak aku bang : gara-gara maen bola tu miko (bhs bengkalis : kalian) berkelahi, elok tak usah maen...."  apa-apa pun, tadi memang best time bersorak untuk team malaysia..rasa terjerit-jerit macam tak ingat dunia jap..*tetiba minat pulak dengan bola sepak* ...dan part yang paling best ialah JUMAAT ni CUTI!!!..hooyeayyy :)

Monday, December 27, 2010

..aku sayang kamu lebih la!!..

salam...

       Hari ni pergi pusat kesihatan universiti untuk borong ubat..mintak dengan doktor, ubat untuk stok satu sem terus..dalam bebanyak ubat tu, satu jenis ubat je yang aku suka makan iaitu Vit C..dapat plak yang jenis kunyah + berperisa, haila~ barulah la best..kalau yang hari tu punye, tak sedap nak telan..he!! susah jadi budak yang banyak alahan ni..ubat pon kena amik banyak jenis..pagi telan ubat lain, malam ubat lain..tapi, apa yang pasti, semua ubat akan menyebabkan aku tak sedar diri untuk beberapa ketika..('.'!)

        itu baru settle bab penyakit..masuk plak bab duit ni..haish~my encik JPA buat hal lagi..so, BAYARAN biasiswa akan diberikan kepada pelajar pada HUJUNG bulan jan atau AWAL bulan feb ni..pembayaran akan dibuat secara berperingkat dan budak final year akan dapat duit paling lambat..[siyes, sedih giler dengan JPA ni ]..sepatutnya, bagilah peluang kitorang 'menikmati' duit itu dengan gembira buat kali terakhir sebelum grad bulan 9 ni..tension ouh macam ni..[kang ada jer bebudak tajaan JPA yang mogok tak nak kerja dengan kerajaan].. dah la duit aku dah guna untuk beli kamera..aiyakk!! bulan depan dah kena mintak tolong 'PAMA' support..itu baru untuk aku sorang..buatnya JPA buat hal dan semua budak tajaan JPA kena..so, 'PAMA' aku kena support 3 orang sekaligus la..adik yang kat mesir tu, takkan nak suruh dia makan pasir 'mesir'..panas kot..haila~ my encik JPA, please....kasihanilah kami ni.. :(

         isu terakhir..KOLEJ kesayangan aku ni..semalam tak de air, ari ni pon tak ada air..ni apa hal pulak?? aku syak pihak kolej ni buat CATUAN air la..asal nak malam je, terus tak ada air..kalau dulu, bolehlah sabar lagi redah blok sebelah tapi sekarang ni, blok sebelah pon dah kena JUAL dengan PERMATA PINTAR tu..dah berpagar habis-habisan..sedih la jadi budak yang terbiar macam ni..siyes, rasa macam pihak pengurusan kolej pentingkan diri..start bulan jan ni, kafe akan diTUTUP..so, kena pandai cari makan sendiri..hari ni ada meeting dengan pihak kolej, tapi tak rasa macam nak pergi sebab mesti dorang akan cari alasan untuk 'back up' diri sendiri..dah la yuran kolej ni paling mahal antara kolej lain..terperuk dalam hutan pulak tu..sigh ('.'!)

[comel je tengok baby ni..haila~]

kesimpulannya, permulaan sem yang 'TERBAIK' untuk my final sem ni..dah tak sabar rasanya nak keluar dari U..tinggal lagi 4 bulan je lagi..bersabarlah!!

Sunday, December 26, 2010

..doakan saya..

salam..

     Saat entri ni ditaip, jam dah menunjukkan pukul 1.23 pagi..entah kenapa, malam ni tak boleh tidur..padahal,  tadi seharian keluar berjalan..badan dah penat tapi rasa sangat tak selesa untuk tidur..hidung tersumbat, batuk-batuk dan pening kepala..maybe petanda nak demam kot..pelik jugak, bila awal tahun mesti demam..esok plak nak keluar lagi..haila~ my encik JPA belum masukkan duit lagi..minggu depan dah boleh lah start slow-slow makan 'pasir'..HAHA

      Bila jatuh sakit macam ni, mesti teringatkan rumah..siyes, kalau kat rumah ni, dah lama dapat layanan istimewa dari mak..rasa macam nak makan bubur nasi je..makin meningkat usia, makin kerap pulak penyakit datang..alergik, resdung, lenguh-lenguh badan..memang dah rasa macam orang TUA pon..huhuu T_T


      ingat lagi peristiwa ni?? lepas kejadian tu, saya selalu sakit tulang belakang..siyes, rasa macam nak buat ujian x-ray tapi biarlah dulu..mintak-mintak tak ada apa-apa lah...kekadang, bila kita jatuh sakit, kita akan beri peringatan kat diri sendiri yang bila-bila masa je kita akan PERGI menghadap illahi..hidup di dunia ni hanya pinjaman semata-mata..entah, mungkin esok lusa giliran saya..tak siapa yang dapat mengetahuinya melainkan ALLAH swt..

      ok lah, rasa macam dah okey sikit selepas telan panadol + minum air suam + buat rawatan resdung..dah rasa macam boleh bernafas balik..tak ada lah tercungap-cungap bernafas ikut mulut macam tadi.. :) apa-apa pon, doakan supaya saya cepat sembuh..isnin ni dah start kuliah..kalau boleh, tak mau skip on my first day.. (",)

[tak suka bila jatuh sakit..ada ke orang yang sukakannya??]
pic : kredit to google..

Friday, December 24, 2010

..menyendiri..

salam...

     siyes, bosan giler duk dalam bilik..hal tesis dan praktikal, duh~malas dowh nak fikir..siyes, banyak je benda tak settle ni tapi tu la, complicated sangat sampai otak dah tepu nak fikir..nak kuar jejalan, tapi xde sape nak teman..huhuu T_T..roomate plak hari-hari masuk lab untuk tesis dia tu..dan aku?? seorang diri dalam bilik sambil dengar lagu [ni]..tenet pulak cam harammmm!! nak tengok youtube pon lembap..arrrggghhh, stress jap..bukak kotak beracun [baca: buku fav]..sigh, semua buku tu dah baca..xpasal-pasal dalam tempoh seminggu dah khatam baca novel hlovate dua kali..paling xleh blah, dengan roomate sekali terlekat baca hlovate..HAHA..

     esok plan nak keluar release tension at 'somewhere with someone' [???]..mujurlah ada orang yang sudi ajak keluar, kalau tak mahu giler meroyan aku dalam bilik ni..so, alang-alang dah keluar ni, rasa cam nak rembat buku/majalah untuk dibaca..stok satu sem..he~ ok la, nak sambung balik baca novel hlovate..well, baca banyak kali pon xpe.. :)

p/s:
isu tempat praktikal : kalau apply jabatan forensik, tak tau la ada berani ke tak diri ni..wawawaaa!!
kalau apply makmal analisis, duh~ kang ada yang pengsan sebab hari-hari kena analisis darah..kekadang terfikir gak, kenapalah amik kos ni?? ('.'!)

Thursday, December 23, 2010

..gula-gula = perempuan??

salam..

      esok xde kelas dan dah seminggu bertapa kat bilik ni..tetiba rasa bosan giler-giler malam ni..so, borak la sekejap dengan roomate tersayang..topik tentang 'apa pandangan lelaki tentang perempuan yang tidak menutup aurat ni a.k.a seksi'..then, ada sorang lelaki ni komen kat fb camni :

[encik google]
             perempuan ni umpama 2 biji gula-gula yang berbalut..satu saya bukak pembalutnya dan biarkan terdedah manakala satu lagi saya biarkan pada keadaan asalnya..kemudian, saya bagi awak pilih..yang mana satu awak pilih?? lalu, si perempuan pun memilih gula-gula yang masih lagi berbalut..lalu, lelaki pun memberi jawapan, " itulah pandangan lelaki tentang perempuan.."

       bagi saya, itu komen yang agak mendalam maksudnya.. :)

p/s:
-teringin sangat nak buat entri tentang 'perempuan, make up dan solat...'
-tadi ber'skype' dengan orang tu..benci, kena kutuk lagi.. T_T

Wednesday, December 22, 2010

..keliru..

salam..

     penulis masih lagi dalam mood cuti walaupun dah duk bertapa kat kolej selama 3 hari,.yeppi!! minggu yang agak bosan sebab langsung tak ada kelas kecuali hari jumaat ni..('.'!)..weekend ni macam nak keluar lepak-lepak kat 'somewhere with someone' [..erkk??] ..cuci-cuci mata sambil ber'shopping'!!! plan asal nak rembat kamera digital tapi bukan DSLR..masih lagi tak mampu..tapi, sempena Y.E.S ni maybe mampu la kot nak beli satu kamera idaman.. :)

     tapi, sekarang ni tengah keliru..ingat nak rembat OLYMPUS [ini] tapi kawan cakap yang olympus tak ok sangat..dia cakap, alang-alang nak beli tu, baik pilih CANON sebab kualiti gambar yang agak baik compare dengan brand lain..eh, betul ke?? so, tadi online la sambil usha-usha kamera ni..

canon vs olympus
      mula-mula memang dah terniat nak beli olympus je sebab harga lebih murah..tapi setelah baca kat sini, punah terus harapan..ramai jugak yang cadangkan NIKON..mmm, konfius lagi..then, try la usha CANON plak..tetiba berkenan lak aii dengan canon IXUS dan POWERSHOT ni..siyes, comel jer design kamera tu..so, explore lagi untuk tau perbezaan dua jenis kamera ni..dan inilah hasilnya,

1.The Powershot and Ixus are two digital camera lines from Canon
2.The Ixus is designed for people who simply want excellent pictures while the Poweshot is aimed at people who wants more control
3.Ixus cameras are slim and light while Powershot cameras tend to be big and hefty
4.The Ixus is very simple with only a few settings that can all be set to auto while the powershot can be manually controlled depending on how the user wants his shot.


Read moresini 


        fikir punya fikir, rasa cam konfiden je nak rembat canon IXUS ni...so, setelah tolak semua perbelanjaan satu sem, ada balance lagi dalam seribu lebih..harga ixus ni pon boleh tahan gak..[klik sini]..so, ada peluang untuk beli kot..tapi, masih lagi keliru..adakah berbaloi untuk buat semua ni?? atau saya patut kumpul lagi duit untuk rembat DSLR?? adakah ini keperluan atau kehendak semata-mata?? ..hurm..('.'?)

..di saat aku mencintaimu..

salam..
 
thanz to mr Ir..
nice song..
:)

..kisah si bibik ayah..

salam..

masih ingat lagi akan entri ni ???
      ya, saya telah berjaya menamatkan kursus sebagai 'bibik' ayah..pergh, susah jugak jadik bibik ni..hanya diberi rehat selama sehari sebelum memulakan tugasan yang pertama..tapi kalau dapat majikan macam ayah ni memang best!! antara tugasan yang perlu diselesaikan :

tugasan pertama :
leceh gila bila buat kuih ni...
     kebetulan time balik cuti ari tu nak dekat dengan hari raya haji..so, tugasan pertama adalah buat kuih raya..wohoooo~ saya hanya diberi masa dua hari untuk menyiapkan 4 jenis kuih..antara kuih yang menjadi pilihan time tu ialah kuih siput, biskut itik, popiah kecil dan biskut kacang..bila belajar buat kuih/biskut raya ni, barulah saya sedar bahawa betapa peritnya buat popiah kecil..siyes, lain kali saya lebih rela beli dari membuatnya sendiri..setelah berpenat lelah selama 2 hari, tugasan saya selesai..respon ayah a.k.a majikan adalah POSITIF..yeayyy!!
tugasan kedua :
[kredit : google]
      Ini antara tugasan yang agak mencabar sebab saya kena masak lauk kegemaran ayah iaitu asam pedas ikan cencaru + kerabu peria..ok, ayah saya sangat cerewet dan deria rasanya amat sensitif dengan bahan-bahan masakan..part penyediaan bahan-bahan masakan saya lulus dengan cemerlang walaupun ayah cuba mengelirukan saya dengan penukaran beberapa jenis bahan..antaranya, penukaran asam keping kepada asam jawa dalam masakan [asam pedas ikan cencaru]..setelah berlaku beberapa kekeliruan, akhirnya saya gagal menyediakan lauk tersebut..masak nasi pon FAIL..lauk kerabu pon kena komen sebab rasanya lain..tak sama macam yang mak buat..ceit!! huhuu T_T

tugasan ketiga :
       Penyediaan sarapan..[menu : kuih ketayap]..mmm, disebabkan saya agak suka dengan kuih ini, jadi saya dah belajar awal-awal lagi..kelemahan saya ketika buat kuih ni ialah acuan kuih saya tidak 'sebulat' acuan mak..tapi, berjaya diselamatkan dengan teknik lipatan kuih yang agak kemas..he~ tugasan berjaya disempurnakan.. :)
[kredit : google]
tugasan keempat :
        penyediaan minum petang..[cucur bawang]..cucur bawang mendapat pujian ayah sebab rasa dan teksturnya sama seperti kuih yang dibuat oleh mak.. tugasan lulus!!

tugasan kelima :
        tugasan yang agak menguji tahap kecekapan saya dalam menguruskan semua hal di rumah..ditinggalkan selama 3 hari bersama adik lelaki sementara ayah, mak dan adik perempuan berjalan-jalan di KL..agak penat sebab semua kerja kena buat seorang diri...pagi-pagi dah kena sapu rumah, basuh baju dan bagi makan kat kucing kesayangan ayah..lepas tu, memasak untuk adik lelaki..petang plak kena sapu kawasan luar rumah..memang penat..dan aktiviti ini berulang selama 3 hari..tugasan yang kurang sempurna hanya kerana saya terlupa buang sampah..siyes, mak bising-bising dan saya terus merajuk..mogok tak nak jadi orang gaji lagi..hahhaha~
rumahku syurgaku..



salah satu kucing kesayangan ayah..
tugasan terakhir :
         setelah dipujuk, saya akhirnya berjaya menamatkan tugasan terakhir 'bibik' ni iaitu kena buat kek..agak malang bagi saya sebab kek tak kembang sepenuhnya..tapi rasanya agak sedap [puji diri sendiri]..

         overall, jadi bibik ni agak payah dan memerlukan komitmen yang tinggi..saya suka makan tapi tak berapa suka memasak..tapi, apa yang best, kursus 'bibik' ni telah merapatkan lagi hubungan antara kami dan banyak benda yang saya belajar dari ayah..itulah ganjaran yang bermakna buat saya..terima kasih, ayah..

maaf, ayat macam budak tadika..
skema habis.. huhuu ('.'!)

Sunday, December 19, 2010

..tiada lagi kisah duka itu...

salam..

alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan ini..
tentang kisah duka itu..
biarlah masa yang mengubatinya..
sekarang, teruskan hidup..
dan apa yang pasti..
saya sudah mula menjalani hidup seperti biasa...

ok, esok dah mula kelas..
perasaan??
huh~
tak tahu nak luahkan macam mana..

ini sem terakhir saya..
insya'allah, bulan 9 ni saya akan grad..
azam sem ni..
cuba dapatkan pointer DEKAN..
amin~

mood : jom layan lagu ni.. [ hijau daun_suara ku berharap]

kekurangan idea buat masa sekarang..
masih lagi kepenatan dan rasa macam nak pitam..
rasa macam dah berjaya kurangkan 3 kilo..

tentang blog ini..
masih lagi dalam proses ubahsuai..
maaf untuk segala kekurangannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...