THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, December 22, 2010

..kisah si bibik ayah..

salam..

masih ingat lagi akan entri ni ???
      ya, saya telah berjaya menamatkan kursus sebagai 'bibik' ayah..pergh, susah jugak jadik bibik ni..hanya diberi rehat selama sehari sebelum memulakan tugasan yang pertama..tapi kalau dapat majikan macam ayah ni memang best!! antara tugasan yang perlu diselesaikan :

tugasan pertama :
leceh gila bila buat kuih ni...
     kebetulan time balik cuti ari tu nak dekat dengan hari raya haji..so, tugasan pertama adalah buat kuih raya..wohoooo~ saya hanya diberi masa dua hari untuk menyiapkan 4 jenis kuih..antara kuih yang menjadi pilihan time tu ialah kuih siput, biskut itik, popiah kecil dan biskut kacang..bila belajar buat kuih/biskut raya ni, barulah saya sedar bahawa betapa peritnya buat popiah kecil..siyes, lain kali saya lebih rela beli dari membuatnya sendiri..setelah berpenat lelah selama 2 hari, tugasan saya selesai..respon ayah a.k.a majikan adalah POSITIF..yeayyy!!
tugasan kedua :
[kredit : google]
      Ini antara tugasan yang agak mencabar sebab saya kena masak lauk kegemaran ayah iaitu asam pedas ikan cencaru + kerabu peria..ok, ayah saya sangat cerewet dan deria rasanya amat sensitif dengan bahan-bahan masakan..part penyediaan bahan-bahan masakan saya lulus dengan cemerlang walaupun ayah cuba mengelirukan saya dengan penukaran beberapa jenis bahan..antaranya, penukaran asam keping kepada asam jawa dalam masakan [asam pedas ikan cencaru]..setelah berlaku beberapa kekeliruan, akhirnya saya gagal menyediakan lauk tersebut..masak nasi pon FAIL..lauk kerabu pon kena komen sebab rasanya lain..tak sama macam yang mak buat..ceit!! huhuu T_T

tugasan ketiga :
       Penyediaan sarapan..[menu : kuih ketayap]..mmm, disebabkan saya agak suka dengan kuih ini, jadi saya dah belajar awal-awal lagi..kelemahan saya ketika buat kuih ni ialah acuan kuih saya tidak 'sebulat' acuan mak..tapi, berjaya diselamatkan dengan teknik lipatan kuih yang agak kemas..he~ tugasan berjaya disempurnakan.. :)
[kredit : google]
tugasan keempat :
        penyediaan minum petang..[cucur bawang]..cucur bawang mendapat pujian ayah sebab rasa dan teksturnya sama seperti kuih yang dibuat oleh mak.. tugasan lulus!!

tugasan kelima :
        tugasan yang agak menguji tahap kecekapan saya dalam menguruskan semua hal di rumah..ditinggalkan selama 3 hari bersama adik lelaki sementara ayah, mak dan adik perempuan berjalan-jalan di KL..agak penat sebab semua kerja kena buat seorang diri...pagi-pagi dah kena sapu rumah, basuh baju dan bagi makan kat kucing kesayangan ayah..lepas tu, memasak untuk adik lelaki..petang plak kena sapu kawasan luar rumah..memang penat..dan aktiviti ini berulang selama 3 hari..tugasan yang kurang sempurna hanya kerana saya terlupa buang sampah..siyes, mak bising-bising dan saya terus merajuk..mogok tak nak jadi orang gaji lagi..hahhaha~
rumahku syurgaku..



salah satu kucing kesayangan ayah..
tugasan terakhir :
         setelah dipujuk, saya akhirnya berjaya menamatkan tugasan terakhir 'bibik' ni iaitu kena buat kek..agak malang bagi saya sebab kek tak kembang sepenuhnya..tapi rasanya agak sedap [puji diri sendiri]..

         overall, jadi bibik ni agak payah dan memerlukan komitmen yang tinggi..saya suka makan tapi tak berapa suka memasak..tapi, apa yang best, kursus 'bibik' ni telah merapatkan lagi hubungan antara kami dan banyak benda yang saya belajar dari ayah..itulah ganjaran yang bermakna buat saya..terima kasih, ayah..

maaf, ayat macam budak tadika..
skema habis.. huhuu ('.'!)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...