THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 23, 2011

bila perut buat hal malam-malam macam ni..

salam..
      oh, saat entri ni ditulis jam dah tunjukkan pukul 1.35 pagi..aku? masih lagi tak boleh nak lelapkan mata..baring-baring atas katil pun masih tak boleh tido..perut pula buat hal..dari tadi berbunyi minta di isi..haish~ takkan la aku nak makan malam-malam ni? selongkar kotak makanan aku dalam 2-3 minit, cari apa yang patut untuk dimakan..aisey, stok bulan ni dah licin la..yang tinggal hanya corn flakes dan maggi je..apa barang makan corn flakes memalam ni? baik ambik megi lagi..sedap, siap ada kuah lagi..heh!

     ok, sekarang tengah tunggu megi aku kembang..aku layan megi perisa ayam je..sila gelak dengan rakus sekali sebab aku taktahan makan pedas..ada orang cakap makan megi ni boleh gemuk..errk, betul ke? tapi, megi lah makan yang paling mudah dapat penyakit..so, kalau sakit mesti kurus kan? formula aku :

   makan megi = sakit
   sakit = tak selera nak makan
   tak selera nak makan = kurus

   ok, tang mana plak yang cakap makan megi ni boleh gemuk? tapi, boleh caya ke dengan formula pendek akal aku ni? kalau zaman sekolah dulu, aku paling benci benda yang libatkan formula..aku susah nak faham..kalau hafal, macam takbest pula..subjek yang banyak guna formula dulu of course la fizik dan matematik..yup, subjek ini jugak la yang telah mencemarkan slip spm aku..heh!

  oh, megi aku dah kembang..bau pun boleh tahan sedap..ni kalau letak telur dan ayam cincang ni, mahu aku jilat pinggan kot..tak pe, tinggal lagi 2 bulan je aku kat sini..nanti bulan 5 ni, aku nak duduk kat rumah puas-puas..masak semua benda yang aku nak makan selama satu sem ni..oh, ikan bakar..miss you!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...