assalammualaikum..
yeah, semalam adalah hari 'down' aku..well, korang tahu kan yang isu KERJA ialah isu yang sangat-sangat sensitif bagi aku buat masa ni..sangat sensitif dan topik yang boleh buat air mata aku mengalir laju je..seriously, semalam aku tidur awal gila dengan linangan air mata.. Y.Y
aku paling taksuka bila orang paksa aku buat benda yang aku takrela nak buat..aku bukan robot, aku still lagi manusia yang punya hati dan perasaan..so, please...fahami keadaan aku sekarang ni..cuba duduk dalam situasi aku dan baru la korang semua ada hak untuk judge aku ni manusia yang macam mana..pleaseeee........
then, sape yang dah lama kenal aku, korang akan dapat predict apa yang aku akan buat bila STREEEESSS..ya, aku terjaga dalam pukul 1 pagi camtu dan time tu, mata aku dah pedih-pedih takleh nak buka..chooiii betul time tu..aku raba-raba cari hp aku dan aku msg 'someone'..ya, dia la pendengar masalah aku selama ni...tapi, time aku msg dia semalam, aku takde la harap sangat yang dia akan reply..just aku nak luahkan je perasaan meroyan aku tu..then, bila tengok gaya dia reply msg tu, aku dah boleh agak yang dia ni memang tengah mamai kot..so, memang aku senyap diam camtu je la lepas tu..at least, aku dah takingat kenapa aku nanges over sangat tadi..
bila malam tadi, baru la aku ada kekuatan untuk fikir strategi lain untuk apply keje ni..siyes, tipulah kalau aku cakap aku takpenah give up..aku kacau ex-romate dan member-member kat fb..aku luah apa yang aku takpuas hati selama ni tentang hidup aku..and guess what, roomate aku bebel-bebel kat aku sebab dia kata aku ni manja, mudah sangat give up...dan yang paling takleh blah, bila dia sanggup datang kelantan untuk pujuk aku kalau aku berani give up pasal cari keje ni..aigooo~~~
bila jadi macam ni, kadang-kadang aku rasa kawan-kawan yang takde pertalian darah ni lebih memahami diri aku berbanding ahli keluarga sendiri..tak tahu kenapa..at least, member aku akan beri ruang kepada aku untuk bercerita tentang masalah aku..bukan seperti parents aku yang memberi arahan kat aku untuk buat ni, buat itu..bla..bla..bla...stress, ok!!
dan sekarang, aku tahu, aku bukan bersendirian dalam menghadapi dugaan ni..aku ada kawan yang selalu bagi semangat untuk aku terus mencari kerja..alhamdulillah, i'm NOT alone...and thanks untuk mereka-mereka itu.. :)
Wednesday, February 8, 2012
alhamdulillah, i'm NOT alone..
dikarut oleh : ms hanashi at 12:17 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
so..? keje ngan ak je la... hehehe
keje apa la yg ko boleh bagi kat aku??
jd kuli. wakakaka
Post a Comment