THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, July 16, 2010

..setiap PERUBAHAN perlukan PERMULAAN..

salam..

kredit to mr google
maaf, kesibukan mula melanda diri ini..
baru mulakan sem baru..
tetapi kepala dah start SERABUT..
susunan jadual kelas masih lagi berTERABUR..
dugaan..dugaan..dugaan...

ini belum masuk lagi bab penulisan TESIS..
alahai, makin sibuk la nanti..
ingatkan nak grad ni tak de la halangan besar..
rupa-rupanya..
ada dua CABARAN yang perlu ditempuhi..
..tesis dan latihan industri...
memang kena kuat dari segi EMOSI dan MENTAL..

bercakap tentang mental..
mungkin, aku perlukan persediaan yang rapi..
kena selalu positifkan diri..
jangan mudah putus asa selagi belum menemui penyelesaiannya..
sebab aku percaya..
" Allah s.w.t tak akan uji hamba-hambaNYA jika hambaNYA itu tidak mampu hadapi dugaan itu.."

tentang emosi..
ok, mungkin ini akan jadi cabaran terbesar buat aku..
kerana aku ni mudah terikut dengan emosi sendiri..
mudah sangat emo..
mudah sangat JELES dengan orang lain..
siyes, masih lagi sukar dikawal..
huhuu T_T

tapi, apa-apa pon..
mulai sekarang, akademik menjadi keutamaan..
tentang emosi yang ntah pape ni..
tolak ke tepi..
siapa yang start buat KECOH ngan aku dulu..
just say 'bye-bye' kalau aku ignore korang terus..
leceh la kalau asyik aku jer yang nak mengalah..
agak-agak la weii!!

so, sem baru ni..
aku nak mulakan perubahan..
dari segi KEMATANGAN berfikir, menguruskan KEWANGAN dan EMOSI..
no more emo..
no more perangai budak-budak..
no more bazirkan duit jpa..
(errk, kantooii sudah!! )
berkenaan dengan dunia online ni..
mungkin aku akan cuba untuk kurangkan ketagihanku terhadap fb dan blog..
kena start fokus pada jurnal-jurnal yang menanti aku tak lama lagi..
sabar..sabar..sabar..
lagi setahun jer lagi..
pejam celik, pejam celik..
dah kerja la aku nanti..

tentang kerja plak..
aku ingat nak kerja under unit FORENSIK..
tapi aku takut dengan mayat..
kalau kerja under unit PATOLOGI..
aku fobia dengan darah..
(ok, aku pernah kantoii pengsan dalam lab last sem gara-gara kena amik darah sendiri..)
kalau nak kerja under MARDI..
aku tak kreatif untuk ubah genetik buah-buahan ni..
kan buah tu bertukar wajah..
mampus la aku...

aku nak kerja under MGI..
malaysia GENOME institute..
tapi, layak ke aku??
memang r tempat ni sesuai dengan course aku..
tapi, aku bukanlah SAINTIS yang hebat..
i'm not a good researcher..
lagipon, motif nak sama tempat kerja dengan KAKAK aku??
simpang 44x la kot..
tak pasal-pasal, nanti kitorang gaduh jer lebih dalam lab tu..
haish~

so, the best choice is..
maybe aku akan apply untuk kerja under IMR ..
institute for MEDICAL research..
aku minat kalau bab-bab kaji penyakit ni..
nak create penyakit pon ok la kot..
he~

oh ya, bercakap tentang perubahan..
aku nak start berubah menjadi diri aku yang dulu..
aku sukakan attitude yang dulu...
maybe aku kena jadi gadis yang kental, berani dan gagah perkasa..
dan yang paling penting..
kurangkan ke'LAZER'an mulut ni..
ahaha~

wah, macam banyak la plak aku mengarut kat sini..
nasib la blog..
aku dah tak tau nak luahkan kat sape lagi..

so, doakan yang terbaik untuk aku ey..
amin~

p/s:
-en JPA, cepatlah masukkan duit elaun..pokai sudah..kang nanti ada yang makan PASIR rebus, teguk air HUJAN.. kalau kecergasan OTAK terjejas..jangan salahkan student..T_T..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...