THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, March 21, 2011

kata hati, 'entah'..

assalammualaikum...
          masih ingat lagi dengan isu tempat praktikal aku? bagaimana aku begitu pasrah dengan menerima tawaran dari [ini] dan bagaimana hancurnya hati aku dengan IMR tu?? satu saat di mana aku sudah tidak mampu lagi berharap pada IMR dan berusaha untuk melupakan impianku di situ..dan pada saat impian aku telah dicantas olehnya, saat itu jugak ia kembali..sakit hati, tahu?

         ya, saat bila mana prof memberitahu aku mengenai tawaran dari IMR itu, aku sudah tidak mampu lagi tersenyum kerana luka kecewa tentang ia masih lagi berbekas..saat di mana aku redha dan tekad memilih HUSM, aku sudah tidak mahu meletakkan sebarang harapan dan kini, tawaran itu telah menjadi hak mutlak aku dan aku sebenarnya dalam dilema..

        yeah, IMR ialah tempat impian aku..tempat yang menjadi impian hampir semua orang dalam bidang ni dan kini, aku semakin menghampirinya, tapi aku sayangkan HUSM tu..sebab segala-galanya telah tersedia untuk aku di sana..dan aku jugak sudah terlalu excited untuk ke sana namun, aku harus memilih demi masa depan...

        " kamu harus pilih yang TERBAIK.."

        aku call ayah, cuba tanya pendapat dia dan dia suruh aku terima offer IMR tu sebab itu adalah yang terbaik..kalau aku tolak tawaran ini, maknanya aku sedang melepaskan peluang yang telah tersedia..bak kata prof, IMR adalah tempat yang TERBAIK dan tak semua orang berpeluang untuk berada di sana..

       tapi, bila sesuatu tempat itu TERBAIK, belum tentu lagi aku mampu jadi yang TERBAIK..dan aku jadi sangat takut untuk berada di sana..aku hanya pelajar biasa, yang sekadar tahu membaca dan menulis dan aku langsung tiada pemikiran luar biasa..malah, aku ini hanya pelajar yang malas dan suka tangguh kerja..then, bagaimana aku mahu menjalani praktikal dalam kawasan yang hampir semuanya gila kerja?

aku : prof, saya basic research pun dah lemah ni..sekadar belajar dalam kuliah dan banyak yang saya dah lupakan..
prof : itu bukan isunya..asalkan awak mahu belajar dan terus belajar..ingat pesan saya, bawa nota kuliah ke tempat praktikal..cuba belajar dari orang sana..
aku : errk, bagi saya satu hari untuk buat keputusan..esok saya bagitau yang mana satu..
prof : fikirkanlah yang terbaik...

         arghh, aku memang lemah dalam membuat pilihan..aku masih lagi konfius..apa pun, aku harap keputusan yang bakal aku buat ini adalah pilihan yang terbaik untukku..

"Pastikan apa yang kita dapat lebih berharga dari apa yang kita hilang"

mungkin 'itu' pilihan yang TERBAIK..siapa tahu, kan?            

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...