THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, January 26, 2011

alhamdulillah..

salam..
        pagi semalam dikejutkan dengan panggilan dari orang ofis HUSM..dalam keadaan 'mamai' baru bangun tido tu, aku angkat jugaklah telefon..malu, ok! ada ke patut cakap dengan suara yang ayuuuuuu tu...HAHA~alhamdulillah, aku dapat buat praktikal kat HUSM dan surat tawaran akan menyusul kemudian..matlamat sekarang, lupakan harapan kat IMR tu [ini]..

         lepas dapat call tu, terus beritahu mak..mungkin dia orang pertama yang gembira dengan berita ni..ya, mak yang cadangkan aku untuk apply kat HUSM sedangkan ayah mengharapkan aku untuk dapat IMR..maaf, hati aku dah putus asa untuk IMR tu..akhirnya, aku berpeluang kembali ke negeri sendiri setelah sekian lama merantau..

         aku ni orang kelantan tapi lagu negeri sendiri pun taktau..nak suruh cakap dalam loghat kelantan? mesti orang kelantan sendiri akan gelak besar bila dengar aku bercakap dalam bahasa tu..sedih bukan? ya, aku TIDAK pernah bersekolah di kelantan..tidak pernah sama sekali..so, agak logik la kan jika aku tidaktahu lagu dan loghat kelantan..cukuplah aku merantau di pahang, terengganu dan area KL ni..sekarang, aku akan kembali semula ke negeri asal..yeay, akhirnya dapat jugak aku pulang ke rumah! 3 bulan di kelantan? aku rasa mak lah orang pertama yang gembira dengan keputusan ni..akhirnya, dia dah takpayah susah-susah memujuk aku untuk pulang ke rumah..HAHA~

        so, kepada ayah, maaflah sebab kecewakan ayah buat kali kedua..selepas tolak harapan ayah untuk terima tawaran asasi undang-undang dulu, sekarang IMR pula..maaf tapi kadang-kadang ayah selalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk aku..padahal, aku ni anak biasa sahaja..

        apa-apa pun, aku sangat bersyukur..akhirnya, ada jugak yang mahu menerima aku untuk buat praktikal. alhamdulillah...lepas bulan 4 ni, aku akan pulang ke kelantan dan insyaallah, bulan 10 ni grad..lepas habis zaman universiti, masuk alam pekerjaan pula..pasti lebih mencabar bukan? takutnya......

[ sangat excited untuk dapatkan kembali jujukan DNA seperti ini]

[3 bulan melakukan kerja ini? ]

[rindukan saat itu]

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...