THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, January 8, 2011

oh, aku memang kejam..

salam..
      hari yang agak pelik hari ini..sebenarnya, dari semalam..ingatkan isu aku TIDAK akan balik ke rumah time CNY ini dah selesai..rupa-rupanya, tidak..sejak dari semalam adik di USM sibuk bertanyakan perihal itu dan hari ini giliran kakakku pula..hairan, kenapa mereka beria-ria sangat mahu aku pulang kali ini?? padahal kalau aku tak silap, sejak belajar ni, aku memang bukan spesies homo sapien yang akan balik ke rumah time CNY..pelik bukan?? aku syak ni mesti ada udang di sebalik mee goreng..

       aku tengok kalendar...apa yang istimewa dengan cuti kali ni?? cuti seminggu je bukannya lama sangat pun..tapi, memang benar ada sesuatu yang 'lain' dengan cuti kali ini..aku syak mereka nak buat sambutan birthday untuk aku..ya, aku memang pelik dari adik-beradik yang lain sebab birthday aku bulan feb sedangkan yang lain semua bulan mei..dan family tak pernah ada kesempatan untuk sambut besday aku sebab aku memang tidak pernah ada di rumah pada bulan itu..sedangkan yang lain disambut setiap tahun..apa yang mereka mampu buat hanyalah sekadar memberi ucapan di pagi hari dan itu sudah cukup menggembirakan aku..

       dan mungkin tahun ini aku ada peluang untuk sambutnya di rumah tapi aku tidak mahu meraikannya..entahlah, mungkin hati aku terlalu keras untuk menarik balik keputusan yang telah dibuat..maaf kerana mungkin keputusan itu terlalu kejam buat kamu semua..biarlah aku meraikan 'hari tua' ini bersendirian..

[aku memang kejam bila telah menghancurkan hati kamu semua..maaf ]

2 comments:

lumut said...

jgn hukum perasaan insan lain atas apa yang kita lalui...

sometime berkorban utk org lain agar mereka tersenyum mampu buat luka di hati sembuh....

tp x selalu teori ni boleh pakai.hehe

ms hanashi said...

entah, masih lagi tidak snggup menatap wajah ibu dan ayah...

perasaan bersalah masih lagi menghantui diri..

mungkin benar kata keluarga, aku ini anak yang degil..

btw, thanz..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...