THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, January 9, 2011

ada hikmah disebalik semua ini..

salam...
         saat entri ini ditulis, aku baru bangun tido..mungkinkah dapat ilham dari mimpi?? errk, tak..tak..tak adanya aku nak mimpi pasal blog..cuma ni ilham sebelum aku tertido petang tadi..sebelum tido, haruslah otak ini ligat dan aktif agar nanti lebih enak aku dibuai mimpi..he~

        ok, sebelum tido tadi, aku berfikir balik hikmah disebalik encik JPA lambat masukkan duit elaun..actually, kali ini sangat lambat dan dengar cite, awal bulan 2 ni baru masuk..sedih tu tak yah cakap la..tak pasal-pasal student-student miskin cam aku ni terlepas YES dan yang latest, CHOCOLATE FAIR tu..

       tapi, ada sesuatu yang aku patut bersyukur bila encik JPA buat hal..secara tak langsung, aku paksa diri ini untuk berjimat..actually, sangat berjimat sampai aku terpaksa ubah tabiat aku yang boros tu..no SHOPPING, no MAKAN banyak-banyak, no barang yang BRAND and catuan terhadap kredit phone aku..see?? memang agak gigih jugaklah..alhamdulillah, aku hanya belanjakan rm50 dalam tempoh seminggu, separuh daripada duit belanja aku sebelum ni.. :)

antara tabiat yang telah aku ubah ialah :

1) makanan : kalau dulu aku makan roti yang warna kelabu tu, which is lagi mahal dari roti putih tapi sekarang ni dah mula beli roti putih je..peanut butter+chocolate pun aku dah tukar dari yang lady's choice kepada yang tak ada brand..makan nasi pun sekali sehari dan hanya amik nasi satu senduk dan dua jenis lauk sahaja..minum milo pun dah jadi dua hari sekali dan makan biskut 3 keping sehari..

2) weekend : kalau dulu, asal weekend je mesti lepak luar..rimas ah duk bertapa dalam bilik ni tapi sekarang ni, bilik la tempat yang paling banyak aku habiskan masa..even kawan aku pujuk, nangis depan aku sekali pun, aku TETAP takkan keluar..gila kental aku tahan nafsu nak keluar jejalan tu..kalau betul-betul aku tak tau nak buat apa, aku basuh baju, kemas bilik, online..dan kini, aku dah semakin rajin baca buku..[errk, perlu ke bagitau semua orang??] 


3) basuh baju : ini perubahan paling ketara yang dilakukan..ya la, bila dah tengah berjimat ni, basuh baju pun manual..tak main la pakai mesin basuh tu, membazir duit je..[ayat budak miskin cakap]..kalau tak nak basuh baju banyak, kurangkan penggunaan baju..eh silap..kena basuh baju kerap la..maksud aku, 2 hari sekali kena rajin basuh baju..tadi ada seorang budak aras ni puji aku RAJIN..[blushing jap]..maybe sebab dia selalu terserempak dengan aku kat tempat basuh baju kot..HAHA

4) kredit telefon : biasanya, aku ni jenis yang top up sebulan sekali, RM30..tak suka la duk top up setiap minggu tu..leceh la nak kena gores benda yang warna silver tu..sepanjang hayat aku, tak pernah aku top up yang RM5 tu..pelik je aku ni kan..aku bukan jenis yang suka call/SMS  orang tanpa sebab..guna skype sudah kalau dah rindu sangat nak cakap dengan orang tu..kalau ikut perkiraan aku bulan ni, aku kena top up rm 30, tapi disebabkan duit dah tak ada, nak tak nak aku hanya mampu masukkan RM10 je..dan kini aku memang tengah buat 'catuan' kredit la dengan tidak meng'reply' msg yang mengarut, i mean yang tak penting sangat..gila kejam aku ni!!

ok la, aku rasa itu je antara perubahan yang telah aku lakukan dalam bulan 'berjimat-cermat' ini..tetiba tangan kanan terasa gatal dari semalam..mungkinkah?? duit, duit..di mana kau duit..

[rindukan bau duit itu..]

3 comments:

Anonymous said...

perubahan yg sngt positif kot... hu~

ms hanashi said...

manusia boleh berubah...
cth yg paling dekat :

errk..akulah tu... :P

Anonymous said...

mmng.. dpt duit nnti brubah blk...:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...