THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, January 15, 2011

bila pemandu itu adalah perempuan..

salam..

apa persepsi kita buat pertama kali apabila melihat pemandu kereta adalah perempuan??
a) perlahan time bawa kereta..
b) suka main redah je..
c) cepat kalut..
d) tak pandai parking kereta..

     al-kisahnya, seperti biasa, aku akan naik bas untuk pulang ke kolej..kalau kat universiti aku ni, setiap hari jalan JAMMED kot nak-nak kalau hari jumaat..kalau naik bas waktu biasa dalam 10 minit dah sampai kolej tapi kalau jalan jammed, mahu sejam kot duduk berpanas punggung dalam bas..huhuu T_T

     petang tadi, hampir sejam jugaklah tersekat dalam jammed tu..nasib aku bukan pemandu, kalau tak mesti penat. streessss kan..then, tadi ada lah sebuah kereta kancil ni yang dipandu oleh seorang pelajar perempuan dan kereta ini telah dihimpit rapat oleh dua buah bas..maybe perempuan ni baru dapat lesen kot dan tak biasa dengan jalan jammed dan berbukit-bukit ni..so, time tengah bersesak-sesak tu, tetiba kereta dia semakin mengundur ke belakang..siyes, lagi sikit je nak langgar bas yang aku naik tu..pak cik bas dah menjerit-jerit suruh perempuan tu angkat handbrake..selepas kereta dia mengundur laju ke belakang, akhirnya dia berjaya juga gerakkan kereta ke depan ..lepas tu, dia berhenti kat tepi bustop dan MENANGIS!!! kesian, mesti time tu dia dah tersangat-sangat panik nak gerakkan kereta..dah la dia sorang-sorang kot..
  
    even aku dah ada lesen P untuk bawa motor, sampai sekarang aku tak berani nak bawa motor atas jalan..kawan aku cakap, kalau naik motor dengan aku, macam tak konfiden sebab aku suka main redah dan jenis cepat kalut..ya, aku memang cepat kalut dan aku memang tak biasa dengan jalan yang sesak-sesak ni..siyes, aku fobia nak bawa moto atas jalan raya selepas tengok banyak tragedi hitam di depan mata sendiri..camne ni??

3 comments:

Anonymous said...

tarik nafas... hembus... pas 2 ok la darah gemuruh ko 2...

ms hanashi said...

hembus kat muka ko, bleh???

hehehe~

Anonymous said...

hembus kat muka saimah... lalala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...