salam..
maafkan diri ini kerana buat kamu bersedih lagi..maaf, kerana aku harus kuat untuk menyatakan pendirian ini..walaupun keputusan ini bakal mengguris hati kamu tapi bersabarlah, aku masih tetap di sini untuk meneruskan perjuangan..doakan yang terbaik untuk diri ini..
oh, aku sangat lemah bila mendengar suara sebak ibu di hujung talian tadi..semuanya gara-gara aku membuat keputusan TIDAK mahu pulang ke rumah sewaktu cuti CNY ni..alasan yang diberi, aku tak nak berebut beli tiket bas dan perjalanan yang jauh dan memakan masa itu akan menyebabkan aku keletihan..tapi, sebenarnya itu bukan sebab utama kenapa aku tidak mahu pulang ke rumah..
mungkin aku ini anak yang aneh sebab aku memilih untuk berjauhan dengan ibubapa..mungkin aku agak kejam bila permintaan ibu aku tolak ke tepi..maaf kerana aku tak sanggup menatap wajah ibu dan ayah lagi..wajah yang memberi seribu satu harapan kepadaku..maaf kerana aku bukan seperti yang kamu berdua harapkan..aku hanyalah anak biasa, yang tidak mampu membuatkan kamu berdua berbangga denganku..maaf kerana aku tak sanggup lagi mengesat air mataku yang sentiasa berjujuran setiap kali aku menaiki bas meninggalkan kamu berdua..ya, aku dihurung rasa bersalah yang teramat sangat kerana aku tidak mampu menjadi seperti yang kamu berdua harapkan..maafkan anakmu ini kerana kadang-kadang aku tidak bisa mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanan kalian..kerana aku ni anak yang terlalu ego dan beremosi..cukuplah atas segala pengorbanan itu kerana aku takut aku tak bisa membalasnya nanti kerana aku ini anak yang amat menyusahkan kalian..maaf sebab aku kini memerlukan masa untuk bersendiri..
![]() |
| [biarkan diri ini bersendirian buat seketika] |
-arghh, sebak dada saat menaip entri ini..
-masih lagi dihurung rasa bersalah..
-maafkan diri ini kerana terlalu berkeras dengan keputusan pendek akal tu..
:(
-pic : atuk google


0 comments:
Post a Comment