THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, January 27, 2011

1,2,3..peace!!

salam..
       bila dah start cuti ni, tetiba taktau nak buat apa kat bilik sorang-sorang ni..roomate? dia busy bertapa dekat dalam lab haiwan..kawan aku, si ema tu, dari tadi duk tido je..aku bosan dowh..nak basuh baju? air kat kolej takde kot..so, takboleh nak basuh<-----alasan 

        tido? dah puas tido ni..katil pun dah muak tengok aku kot..mr pooh aku tu dah lunyai sebab selalu kena peluk..online? bosan jugak..taktau nak usha-usha apa lagi..so, aku pun main-main la dengan encik kamera ni..godek-godek kamera sambil syok sendiri..

        dah nak dekat sebulan beli kamera tapi memang takde masa nak godek-godek setiap function button tu..asal boleh snap pic, ok la kan..rupa-rupanya kamera tu boleh setting macam-macam..pendek kata, nak dapat gambar yang macam siap diedit pun boleh..takpayah guna software, semuanya dah ada kat dalam kamera ni..canggih kan kamera ni? yang aku punya ni masih dikira agak baru kot sebab brand lain takde lagi yang jual jenis camni..kalau tak silap, baru start jual dalam tahun 2010..tapi kan....kabel kamera ni dah rosak, so takboleh nak transfer gambar..nasib aku dapat waranti 3 tahun, so boleh mintak tukar la... :P

[kredit pic : atuk google]
           mula-mula beli kamera ni aku macam takberapa nak yakin sangat..ye la, kalau ikut idea pendek akal aku ni, memang nak rembat canon ixus atau olympus 'miu tough' tapi, tetiba boleh berkenan dengan samsung plak..jangan tanya aku kenapa tak pilih sony..aku dah serik dengan sony ni..hp aku tu tengah tunggu masa je nak kena 'kick out from my life'..berdasarkan pengalaman aku la kan, bateri sony hanya mampu bertahan selama 2 tahun..lepas tu, bateri tu akan mula probs..siyes, aku dah serik! lepas ni, aku nak guna nokia balik..kang menyesal taksudah :(

           aku suka kamera ni sebab ada tambahan skrin depan..siyes, memang mesra pengguna la..kau dah takpayah nak suruh orang snap pic kau tu sebab kalau kau ambil sendiri pun konfirm jadi..takkan ada probs dengan muka senget, mulut muncung atau hidung terlebih kembang ke apa..ini semua sebab bantuan skrin depan tu la..then, tadi bila dah godek-godek kamera ni, aku baru perasan yang skrin depan tu juga akan membantu kau dalam menentukan tahap kesediaan kau..kalau kau terlebih senyum, memang automatik kamera ni akan snap pic kau tanpa perlu kau tekan apa-apa button dan yang paling takboleh blah, siap paparkan nombor kiraan lagi..gila aku jakun jap! HAHA~

           kualiti gambar pun ok je tapi tidaklah setanding DSLR..ada banyak function button, so kena pandai adjust la..mungkin sebab baru lagi, so bateri sangatlah bertahan lama walaupun dah banyak gambar yang di'snap'..sepanjang tempoh ni, aku baru charge dua kali iaitu time mula-mula beli dan latest, last week..overall, buat masa sekarang ni, semua ok lagi la kecuali masalah kabel tu dan aku harap encik SAMSUNG ini tidak akan mengecewakan aku sepertimana SONY..

           oh ya, mp4 aku dah rosak..gila kecewa tapi takpe la, dah lama pun mp4 tu berkhidmat untuk tuan dia yang sorang ni sejak 2008 lagi..sekarang nak tak nak, kembali semula kepada mp3 philips yang aku beli sejak 2006..kembali semula kepada zaman batu..oh, aku bukan taksuka tapi mp3 tu kena guna bateri yang kecik [3AA kot?]..dah la bateri tu mahal..ok, dulu aku pakai bateri sony yang boleh charge tu, perghhhhhhh panas hati betul..beli mahal-mahal tapi taktahan lama pun..aku dah serik dengan produk sony ni..apakah?

         bagi aku, kadang-kadang barang berjenama ni laku atas sebab NAMA je..tapi, kualitinya takde la hebat sangat pun..ok, ni bukan entri nak jatuhkan maruah sony ke apa, tapi aku just bagitau apa yang betul berdasarkan pengalaman aku je..peace no war, ok?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...