salam..
aku ni kan selalu je 'blur' bila weekend..kerja banyak tapi macam tak ada mood je nak buat..buruk perangai ni, haila~ mood aku biasanya akan datang bila due date assignment tu tinggal lagi beberapa jam je..time tu, idea aku mencurah-curah kot..well, aku ni kan budak last minute..so, dah jadi habit la bila suka buat kerja-kerja berisiko camni..pastu, mula la aku ni duk menyesal sebab tak buat awal-awal dulu..janji nak berubahlah pasni..bla..bla..bla..tup, tup..kerja last minit jugak! haish~
aku ni kan, buruk betul perangai..tak tau la kenapa tapi aku ni jenis manusia yang suka mengeluh..penat sikit mengeluh..malas sikit mengeluh..tenet lembap sikit mengeluh..tension sikit menangis [errk..?] padahal mengeluh ni takbaik..ya, aku tahu tapi mulut aku ni mesti akan berbunyi jugak! aku pun taktau aku ikut genetik belah mana ni..HAHA
macam sekarang ni, aku ada banyak assignment nak kena submit isnin ni tapi taksentuh apa-apa pun lagi..salah satu assignment tu kena masuk web [ni] untuk tengok video animation dan tulis satu esei pasal video tu..ya, nampak macam senang kan? tapi, bagi aku susah ok! sebab aku lebih prefer untuk tulis esei dalam BI tapi prof nak dalam BM..perit tahu tak nak translate satu-satu? prof cakap semua ini untuk kebaikan juga sebab soalan exam memang dalam Bm..so, sekarang ni kena biasakan diri dengan 'term-term' sains yang telah dibahasaMelayu kan.. ('.'!)
aku memang taknak mengeluh tapi aku nak memaki sikit je sekarang ni [maki dalam hati] camne aku nak buat assignment tu kalau tenet kat bilik aku ni cam siput 'teeeeeet' je dari tadi ?? dah, jangan mengeluh dan mencarut..takbaik...arrghhhh!
![]() |
| [geram tengok benda ni dari tadi..sakit hati, tau tak? ] |


0 comments:
Post a Comment