salam..
yeay! cuti CNY dah start..malam ni budak-budak genetik dah balik rumah masing-masing..aku? memang confirm takbalik rumah tapi....ada satu kejutan yang best untuk cuti kali ni..apakah? masih lagi tersenyum..[malu~]
taksabar nak tunggu sabtu ni..nak jumpa orang penang...ya, budak USM nak datang UKM? kecoh dowh nanti..taksabar nak bawak dia p jejalan, bawa pergi makan sate kajang..i like it!! aku rasa ni lah sambutan besday yang paling best! sanggup dia turun KL semata-mata nak habiskan cuti CNY dengan aku? siyes, senyum lagi............ :)
semalam pun roomate asyik tegur..dia kutuk aku cakap aku dah start tersenyum sorang-sorang..errk? weh, siapa taksenyum kalau orang kesayangan nak datang? tengah plan nak jalan-jalan kat mana dulu ni ('.'?)
siapa yang nak datang tu? inilah dia.....
![]() |
| [adik kesayangan aku] |
lagipun, kitorang ni selalu je berkepit..kalau kakak buli aku, dia yang tolong lawan balik..kalau aku sedih, nangis time kecik-kecik dulu, dia pun join sekali..[sengal kan adik tu] dah besar ni, kalau aku tension, ada masalah apa-apa pun, memang dia je yang tahu..dialah kotak rahsia aku..jujur kot budak ni dan pandai simpan rahsia..<---tu yang sayang lebih tu.. :)
tapi minat kitorang ada sikit beza tapi itu yang melengkapkan gabungan ni..kalau kat MRSM dulu, cikgu-cikgu suka sindir kitorang sebab penguasaan akademik yang berbeza..ya, aku dan dia dapat satu MRSM kot..aku suka bio dan selalu settlekan kerjarumah [baca : homework] bio dia dan dia pula selalu buat latihan add math aku..tapi, time exam, dua-dua kantoi..aku dapat result teruk untuk math dan dia bio..tu yang sedap makan sindiran sedas dua dari cikgu-cikgu ni..best kan ada adik camni? pendek kata, aku dengan dia ni sekepala..gaduh? kitorang gaduh manja-manja je..taklebih dan takkurang dari sejam..HAHA~
oh ya, semalam sepupu kat USM macam excited jugak nak datang sini..wah, gila ah..kat bilik aku jadi reunion untuk sedara-mara kah? penganjur terbesar untuk cuti kali ni ialah UKM iaitu aku dan sepupu..next cuti, kitorang nak serbu USM penang plak..apakah?


0 comments:
Post a Comment