assalammualaikum..
wah, hari yang agak indah hari ini..sebab apa? sebab aku dapat berborak dengan mamat yang aku minat dalam kuliah kot..pergh, rasa macam nak senyum memanjang je..*sila lempang laju-laju budak ni*
rasa macam heaven gila ah..taksangka boleh terserempak dengan dia sorang-sorang dalam lif dan yes, aku jugak sorang-sorang tadi..dan hanya kitorang BERDUA je dalam lif tu..tapi, time dalam lif tu, semua senyap je..buat-buat macam takkenal satu sama lain..heh!
tapi, bila sampai je aras 4, sebaik keluar pintu lif terus dia tegur aku..macam takpercaya je dia kenal aku sebagai budak kuliah dia..ye la, dalam kuliah kan ramai student, so kebarangkalian untuk dia kenal budak-budak kuliah mestilah rendah..nak-nak sebab dia lelaki, mana la nak ingat orang sangat kan? dan..dan...dan..dia yang mulakan dulu perbualan pagi tadi..gentleman kan mamat ni? *pitam*
dan, lepas tu kitorang pun jalan bersama-sama..aku berjalan seiringan dengan dia..oh, tingginya dia dan kulit dia sangat licin ok! lepas tu, kitorang adalah borak-borak sikit..aku rasa time tu aku sangat nervous sampai banyak benda yang aku cakap macam mengarut je dengan dia..
kami berdua pun berusaha untuk selitkan assigment tu kat bawah pintu bilik prof..
dan dia pun sama selitkan kertas tu bawah pintu..then, lepas tu, kami pun balik..tapi, kitorang dah taknaik lif sekali..nampak macam dia kejar masa je tadi...apa-apa pun, peristiwa hari ni dah mampu buat aku tersenyum sendirian..macam takpercaya je dapat berborak-borak dengan dia..heh! lena la aku tido malam ni.. :)

0 comments:
Post a Comment