assalammualaikum..
manusia boleh berubah kan? cuma apa yang membezakannya adalah berubah ke arah kebaikan atau sebaliknya..kalau berubah ke arah kebaikan, alhamdulillah..namun, jika yang sebaliknya berlaku, apa yang akan kamu lakukan? pernah melihat perubahan manusia seperti ini?
jawapan aku, ya dan situasi ini sedang berlaku pada orang yang aku sayang..apa perasaan kamu jika berada di tempat aku? aku perlu buat sesuatu agar dapat menghalangnya tapi aku tak mampu..aku tak mampu untuk menegurnya kerana dia itu lebih banyak ilmu agamanya jika dibandingkan dengan aku..ya, dia dulu manusia yang berpegang teguh kepada agamanya tapi, kenapa kini dia berubah,.mungkin kerana sifat manusia itu boleh berubah?? tapi, kenapa mesti perubahan ke arah itu? kenapa?
adakah kerana status sekolah agamanya atau desakan keluarga agar dia perlu menutup auratnya? ayatnya seperti, " kalau bukan kerana sekolah tu, mungkin dah lama aku lakukannya..cuma lambat atau cepat je.." aku sayangkan dia..sangat sayangkan dia..aku kenal keluarga dia..aku tahu apa yang akan terjadi kalau keluarganya dapat tahu perkara ni..aku dalam dilema..perlukah aku berbuat sesuatu atau membiarkannya terus hanyut dengan perubahan itu?
anyone?
Saturday, March 12, 2011
manusia itu sifatnya boleh berubah kan?
dikarut oleh : ms hanashi at 9:41 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment