assalammualaikum...
aku masih di sini..menjadi seorang pengganggur yang terhormat..siyes, mak ayah dah give up nak bebel kat aku pasal kerja..yeay!! aku bukan apa, cuma betul la kata kawan-kawan aku yang aku ni sebenarnya pemilih kerja cuma aku taksedar je lagi...itu memang aku kena akui sekarang..semua jenis kerja aku taknak buat..takut tak pandai la, takut kena buang kerja la, takut kena buli dengan orang la..haila~ memang tak ke mana la aku kalau masih berfikiran camtu..
macam apa yang ayah cakap kat aku semalam, " kalau kita dah set dalam kepala kita yang benda tu susah sedangkan kita belum cuba pun lagi benda tu, kita ni macam dah give up awal-awal..kalah sebelum berjuang..loser.."
entah la, aku bukan apa..cuma, aku rasa aku takkan buat benda yang aku takminat..contoh, macam sekarang ni, mak ayah suruh aku apply untuk jadi guru gantian tidak terlatih kat sekolah menengah, ajar subjek biologi..sampai sekarang, aku masih buat tak endah je dengan offer tu..aku takminat jadi cikgu..itu fakta, bukan auta dan aku jenis spesies manusia yang takpandai nak mengajar orang..itu aku akui, cara aku berfikir sesuatu perkara memang agak 'pelik' berbanding orang lain..huhuu T_T
tapi, alasan yang aku bagi kat mak, lagi power..
aku : " taknak la minta banyak sangat kerja, nanti sekali dapat semua offer ni bulan satu, lagi parah nak kena pilih yang mana satu pulak.."
mak : " kalau dapat semua, ok la..kalau tak dapat?? "
aku : "sebab tu kena tunggu dan lihat dulu..after interview 5hb ni, kalau takdapat, baru pergi cari kerja lain.."
mak : "bukan banyak pun apply.."
aku : "banyak la jugak..ada interview masters + RA 5hb ni, then ada jugak apply job dekat kakak dan sepupu..dorang kata bulan satu ni baru start pengambilan..nanti kalau apply banyak-banyak, susah nak pilih."
mak : "hurm...alasan je tu.."
ok, itu bukan alasan sebenarnya..tapi, itu buah fikiran aku yang berfikir ke hadapan..betul apa, kalau apply kerja banyak sangat, nanti pening kepala pulak nak pilih yang mana satu...tapi, kata-kata ayah aku lagi power kot...
ayah : " dah, tak payah duk fikir mengarut sangat..berangan je lebih..kerja tak dapat-dapat jugak.."
aku : ----SENTAP--- (diam)
KEEP HOPE ALIVE!! ada rezeki nanti, insya'allah..cuma mungkin rezeki aku lambat sikit je berbanding orang lain.. :)
Tuesday, December 27, 2011
keep hope alive!!
dikarut oleh : ms hanashi at 11:55 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment