THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 19, 2011

bila mak ayah keluar dating...

assalammualaikum..

     jeles betul aku bila mak ayah keluar dating berdua ni..lama kot..paling takleh blah, keluar dating pepagi lagi supaya anak-anak ni takboleh nak ikut sama..balik plak petang sambil bawak balik kuali, senduk baru lagi..tapi, last-last semua barang tu takguna pun..simpan jugak dalam kabinet dapur..adoii~

    hari ni pun mak ayah keluar jalan-jalan cuci mata ke kota bharu..entah apa yang best kat sana, aku pun taktau..yang tinggal kat rumah sekarang ni, hanya aku dan adik perempuan yang bongsu ni..bosan weh..bukak tudung saji, tengok ada nasi goreng dan nugget ayam..ok la, belasah je yang mana ada... :P



   semalam mak dah pesan, tengahari ni turn aku yang memasak..dorang balik dating lambat..so, aku decide nak buat lauk simple je la..masak 3 jenis lauk iaitu sup ikan, bendi goreng dan telur dadar mayonis..gasak je la, dalam masa sejam semua lauk ni siap..sedap tak sedap, itu belakang kira.. x_x

   untuk makan petang nanti, kek coklat yang aku buat semalam masih ada lagi..ayah cakap kek coklat tu kurang manis, so dia takberapa suka sangat..tapi, itu percubaan pertama aku..so, main campak je semua bahan-bahan..at least, ada jugak rupa kek..heh!

sangat suka dengan cairan coklat tu..kek coklat volcano, yummy!!

    sementara takde offer kerja buat masa ni, aku lepak-lepak kat rumah sambil main masak-masak je la..mangsa yang akan kena paksa makan makanan ni ialah adik lelaki aku...siyes, budak laki tu jenis takkesah pun..main bedal je asal namanya makanan..hahaha~

     takpe la, nanti aku nak cari suami yang KUAT makan tapi badan maintain 6 packs je...senang, takde la membazir makanan ni nanti..tapi, ada ke laki yang macam tu?? hurm........

inilah dapur tempat aku main masak-masak..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...