THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, May 10, 2010

..mencari keberkatan dari seorang ibu itu lebih baik dari segala-galanya..

salam..

setiap manusia impikan kehidupan yang penuh keberkatan..
sama seperti saya..
dan keberkatan seorang IBU itu lebih baik dari segala-galanya..

saya : mak, kalau akak nak kerja, boleh tak?
mak : kenapa mesti kerja? mak kan suruh akak belajar jer..duit belanja pon dah cukup kan?
saya : akak nak cari pengalaman bekerja la..
mak : tak payah la akak..mak pernah kerja dan mak tau macamne kerja ni..sangat penat dan nanti akak tak boleh nak fokus pulak..
saya : kelas akak 2 jam jer sehari..dah tak tau nak buat apa kat bilik..
mak : entah la, akak..ikut akak la..akak kan dah besar...dah pandai buat keputusan sendiri..
saya : mak.. ( terdiam.. )

sebenarnya, saya sangat EXCITED untuk bekerja..
saya sangat inginkan pengalaman kerja..
tapi, sampai sekarang, family masih lagi ragu-ragu untuk melepaskan saya..
mereka terlalu risaukan saya terutamanya ibu..

dan, sebenarnya...
tanpa mereka sedari..
saya telah menyorokkan sesuatu tanpa pengetahuan mereka..
bersalahnya saya pada mereka..

sebenarnya, saya telah dapat tawaran untuk bekerja sebagai promoter kasut part time..
hanya tunggu panggilan untuk mulakan kerja sahaja..
siyes, saya memang sangat TERUJA untuk bekerja..
tapi waktu bekerja adalah dari pukul 6 ptg-10 mlm..
mak pernah bertanya pada saya tentang pekerjaan ni..
tapi saya hanya mengatakan bahawa waktu bekerja hanya 4 jam dalam sehari..
masuk kerja lepas habis kelas..
dan saya tidak menyatakan secara detail tentang waktu bekerja..
sebab saya tau, kalau lah mak tau yang saya bekerja pada waktu malam..
memang sah, dia tak akan BENARkan..

teruk kan saya?
sebab saya telah MENIPU mak saya sendiri..
demi kepentingan peribadi..
saya rasa sangat TERUK..
dan kini saya rasa sangat berSALAH padanya..

sebenarnya, saya amat KELIRU..
antara mengikut KEMAHUAN saya atau mencari KEBERKATAN seorang ibu..
dan, akhirnya..
ALLAH s.w.t itu Maha Mengetahui..
ya, Allah dah tunjukkan saya jalan yang terBAIK..
saya TAK dapat kerja tu..
alhamdulillah, saya bersyukur..
sebab, tiada lagi kekeliruan dalam fikiran ni..
:)

dan barulah saya mengerti..
keberkatan dari seorang ibu itu adalah segala-galanya..

pengajaran yang saya dapat kali ni :
-janganlah sesekali berniat untuk 'menyorok' kan sesuatu dari pengetahuan ibu kerana di situ ada keberkatannya dan kamu akan mendapat balasan 'on the spot'..

kepada ibu saya...
mak, maafkan akak..akak rasa bersalah sangat ni sebab menipu mak,.. :(
malam nanti, kita borak-borak ye..
( walaupon mak xbagi call selalu,.. xpe, demi mak, akak nak call jugak.. )




agak-agak, kalau buat muka macamni, mak maafkan akak tak?

nota ibujarikaki :
awak, jadual SMS kita macam biasa ye..saya dah xde kerja ni..muahaha~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...