THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, May 11, 2010

..lelaki pantang ditegur @ perempuan terlalu suka menegur?

salam..

lelaki dan perempuan memang SUKAR untuk difahami..
sukar mencari keSERASIan bersama..
lelaki dengan EGOnya..
dan perempuan dengan EMOSInya..
haish~



wahai para lelaki di luar sana....
mengapakah kamu semua PANTANG ditegur?
salahkah kami yang SELALU menegur?
sila jawab persoalan ini selepas membaca kisah dibawah :

kisah 1:

(ketika menunggang motor bersama.. )
perempuan : awak, bawalah motor ni perlahan-lahan sikit..saya takut ni..
lelaki : ala, awak duduk diam-diam kat belakang sudah lah..
perempuan : awak, ada kereta kat depan tu!!! argghhhhh!!!
lelaki : (brek dengan mengejut.. )..mujur sempat brek...
perempuan : kan saya dah cakap tadi..
lelaki : ni semua salah awak..yang awak duk bising dari tadi tu, apa hal?
perempuan : eh, saya plak..
lelaki : ye la, saya yang bawa moto ni..saya tau la..saya suruh awak duk diam je kan?
perempuan : (..senyap.. sambil cuba memegang baju si lelaki..)
lelaki : dah, jangan pegang baju saya..duk belakang diam-diam!!

kisah 2:

(ketika sedang leka bermain game.. )
perempuan : awak, reply la msg kita..
lelaki : saya tengah main game ni..lepas ni la..
perempuan : game, game, game...apalah yang BEST sangat game tu?
lelaki : game la..perempuan tak akan faham..
perempuan : yup, memang saya tak akan paham..kenapa laki suka sangat main game..tak rasa cam BUANG masa ke?
lelaki : ni apa hal plak ? EMO ..
perempuan : whatever!!!

salah siapa?
kami yang terlalu berEMOSI atau kamu yang terlalu EGO?
kami yang terlalu SUKA menegur atau kamu yang PANTANG ditegur?
siyes, memang tak paham..

p/s:
*gambar : kredit to mr google*

2 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Hoho.. Persoalan yang sukar dirungkaikan.. Huhuhu.. Bila masing2 dengan kepala masing2, haish.. Memang susah laa..

ms hanashi said...

tu la pasal..
apa yang penting..
kena saling memahami antara satu sama lain..

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...