assalammualaikum..
hari ni hari ahad..kalau member-member aku yang lain sibuk duk keluar release tension kat shopping complex tapi aku? kena bangun awal pagi semata-mata demi praktikal..and yes, waktu aku buat workflow projek aku ni, tetiba air mata aku menitis keluar..weh, aku rasa macam aku dah sangat-sangat taktahan dengan semua ni..bila keadaan jadi macam ni, aku macam menyalahkan takdir..kenapa mesti aku ditakdirkan untuk praktikal kat tempat ni? bagi aku, susah nak survive kat dalam bidang yang bukan bidang kita..get my point?
yeah, cendawan bukan bidang aku dan sekarang, aku kena handle satu projek pasal aktiviti enzim..weh, itu bidang budak biokimia, ok? aku ada ilmu basic je..bila aku baca jurnal-jurnal pasal enzim, aku macam langsung takpaham pape pun..siyes, menangis aku hari ni..esok, encik penyelia nak tengok workflow untuk eksperimen ni..entah la, kadang-kadang, aku rasa macam aku ni BODOH sangat..semua benda taktau..bila tanya penyelia, lagi kena marah..encik penyelia siap cakap yang aku ni BANYAK SONGGEH..tapi, aku jujur apa..bila aku taktau, aku memang akan tanya..aku takboleh handle eksperimen ni sorang-sorang...aku rasa aku sangat STRESS sekarang ni..
bagi aku, cukuplah setakat ni..tinggal lagi sebulan je aku akan praktikal kat sini..please, cepatlah masa berlalu..aku dah taktahan dengan keadaan macam ni..bila dah jadi camni, aku pun taktau apa yang aku dah belajar sepanjang praktikal ni..banyak sangat benda yang aku kena buat..tapi, satu pun takde yang berkaitan dengan bidang genetik..salah aku ke sebab buat pilihan ni? ada orang cakap, setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmahNYA..ya, mungkin aku belum nampak lagi..dan aku harap, aku masih lagi diberi kesabaran untuk hadapi dugaan praktikal ni..apa yang pasti, nanti bila hari konvo bulan 9 ni, aku nak menangis puas-puas..susah weh nak sampai ke tahap tu..bagi aku, makin kita nak sampai ke penghujung, makin banyak dugaanNYA..harap aku masih mampu berTAHAN.. :(
Sunday, June 26, 2011
please, jangan buat saya macam ni.. :(
dikarut oleh : ms hanashi at 2:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment