assalammualaikum...
disebabkan aku dapat penyakit jangkitan kuman apa ntah pada kulit ni, encik penyelia bagi cuti 2 hari..gembira gila je aku time dapat MC tu..tapi, pagi-pagi tadi dah kena p ofis jap..kena hantar punch card encik penyelia sebab last week, punch card tu aku yang pegang..
so, hari ni seharian stay kat bilik..pelik, sampai sekarang aku tak demam..geram ok! dan ruam-ruam pada kulit ni pun dah bertambah baik..pedih ok bila bengkak-bengkak ni mula pecah tapi tahan je la..selepas makan ubat tahan sakit, aku mesti akan tidur mampus..siyes, kadang-kadang aku langsung tak sedarkan diri..bila bangun je tido, tengok ada banyak miss call dari encik penyelia..haila~ time MC pun ada arahan kerja ke?
aku MC dua hari je..tapi encik penyelia suruh aku buat kerja kat bilik, tak payah datang lab dan hari ni, dia cakap laminar flow kat lab sangat kotor..siap ada ulat bagai..so, dia syak, maybe aku dapat jangkitan kuman dari kawasan tu kot..entah, aku no komen..aku just cakap kat dia yang kulit aku ni super duper sensitif..takboleh terdedah dengan tempat yang kotor ke apa..even yang kes time holiday kat sabah hari tu pun, aku balik dengan kaki yang bernanah..sebab ada pasir yang terselit kat celah kuku kaki dan kuku jari dapat infection dari situ..
malam tadi, encik penyelia call lagi..ingatkan nak bagi arahan kerja ke apa, tapi dia just nak suruh aku cepat-cepat sembuh..banyak kerja yang dah mula terbengkalai..eksperimen yang aku buat ni, banyak yang kena repeat balik..kalau lambat start, akan ada masalah lain..naa~ ni MC dah tak macam MC pun.. :(
then, aku ingat sampai situ je perbualan kitorang..rupa-rupanya TAK..lepas tu, macam biasa dia duk borak-borak kosong..aku? no choice, layan kan je..aku rasa betul la encik penyelia ni stress dan gila kerja..yup, dia memang gila kerja orangnya..busy je memanjang..then, dia suruh aku cepat-cepat sembuh sebab dia nak bawa aku p makan durian dan jalan-jalan ke Melaka..aku? tak tau nak tolak ke tak..so, aku 'ye' kan la apa yang dia cakapkan tadi..
bila kira balik MC aku ni, ye aku dah 3 kali dapat MC camni..encik penyelia kata badan aku ni manja..takleh nak stress atau kerja lebih sikit, mesti jatuh sakit..entah, aku no komen..dia cakap aku ni jenis budak bandar, yang jenis takbiasa buat kerja kampung..budak yang membesar dengan duk berkurung dalam rumah je..bila terdedah dengan benda yang kotor, panas sangat ke apa, terus jatuh sakit..maybe betul jugak, sebab aku dari kecil sampai besar memang dilatih untuk belajar je..mana ada kena keluar rumah bagi lembu makan rumput ke apa..aku rasa boleh dikira dengan jari berapa kali je aku pernah cabut rumput kat kawasan rumah..boleh kira dengan jari je berapa banyak pokok yang aku dah tanam..sebenarnya, aku jenis budak yang takleh main dengan benda lasak sangat kot..cepat penat, cepat dapat jangkitan..pendek kata, aku bukan budak kampung..huhuu :(
so, encik penyelia suruh aku jadi aktif sekarang ni..bina balik sistem imun yang lemah nak mampus tu..dia cakap, kalau dengan sistem imun badan yang lemah macam tu, macam mana aku nak survive dengan dunia kerja yang kena masuk lab? so, sekarang nak tak nak, aku memang kena jadi KUAT..jangan biarkan sakit yang sama datang kembali..aku rasa macam aku ni melampau..betul la cakap encik, aku ni banyak SONGEH..baru 2 bulan praktikal, dah ambil 3 kali MC..bukan salah aku kot..salahkan sistem badan yang mengada-ngada ni... :(
Tuesday, June 21, 2011
bila saya dapat MC dua hari..yeay!!!
dikarut oleh : ms hanashi at 12:56 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment