assalammualaikum..
first of all, thanks aku ucapkan buat encik azam sebab sudi jadi pendengar yang setia..hilang stress, ok! dan..dan..dan idea yang kau bagi tu, memang berkesan kat aku kot..lebih tenang dari tadi..hehehe :)
aku kini sedang giat.gigih.bersemangat untuk menyiapkan laporan latihan industri..sementara ada masa lapang ni, baik aku mulakan penulisan,..ye la, kalau ikut jadual, minggu ni maybe aku akan busy buat kerja lab sampai weekend..lagipun, encik penyelia dah warning aku awal-awal last week untuk cuba siapkan laporan tu weekend ni sebab dia takut nanti aku dah takde masa untuk buat..
so, masa buat laporan tadi, aku baca la balik buku log harian aku..perghhh, rupa-rupanya banyak benda yang aku dah belajar selama ni cuma mungkin selama ni aku tak sedar je kot..kalau compare dengan student praktikal under penyelia, mungkin aku antara student yang kena handle paling banyak projek..dari projek bioproses ke proteomik dan sekarang, aku tengah handle eksperimen pasal enzim pulak..pening tu takyah cakaplah sebab kadang-kadang aku macam lost gila..terlompat-lompat dari satu projek ke projek yang lain..
itu belum masuk part aku kena gantikan penyelia untuk buat presentation kat monash university..depan para saintis proteomik pulak tu..dah la pecah rekod sebab jadi presenter yang paling muda..dan..dan..dan..pengalaman paling best bila aku kena handle workshop proteomik selama 3 hari..penat tu takyah cakap la tapi pengalaman tu sangat berharga, ok! sekejap je aku dah jadi terkenal dalam kalangan pakar proteomik...ramai yang ingat aku ni pegawai penyelidik ke apa..tapi, padahal aku ni student praktikal je pun..
bila aku buat laporan ni, rasa macam banyak point je nak tulis..rasa macam banyak je projek yang aku dah buat..pendek kata, rasa macam 'smooth' je penulisan ni..betul cakap penyelia, praktikal adalah masa untuk belajar, bukan main-main..so, takpe la susah-susah sekarang ni..nanti, lama-lama mungkin akan jadi lebih senang..
dan, penyelia pernah cakap kat aku, yang bila tiba satu masa nanti, bila aku ingat balik kenangan praktikal ni, mesti aku akan tersenyum sorang-sorang..sebab dia kata banyak benda yang aku dah belajar..cuma mungkin aku tak nampak je lagi..
so, esok aku akan mulakan lagi satu eksperimen iaitu berkaitan dengan enzim bagi pertumbuhan cendawan..bagi aku, benda ni agak susah sebab aku just ada basic je..itu pun dah lupa semua kot..aku ni budak genetik, major plak dalam haiwan..mana la ada belajar pasal tumbuhan sangat tapi boleh pulak jalani praktikal pasal cendawan..mula-mula masuk lab, siyes, aku memang blur habis..satu istilah pun aku takpaham..tapi, sekarang ni, alhamdulillah..maybe, next time kalau susah nak dapatkan kerja, aku boleh jadi penanam cendawan yang berjaya,,mahal kot jenis cendawan yang aku tengah handle ni..harga sekilo dah mencecah rm270 lebih.. $$$$$
mulai sekarang, aku nak berfikiran positif je..nak ubah perangai ni..encik penyelia selalu cakap yang aku ni banyak songgeh...so, hopefully aku dapat kurangkan 'songgeh' tu..kena belajar berdikari..biarlah susah-susah sekarang..jangan susah di kemudian hari..matlamat sekarang, FOKUS pada praktikal ni..tinggal lagi sebulan je lagi..berikan sepenuh komitmen pada eksperimen kali ni...
insya'allah, moga dipermudahkan segalanya..amin :)
Sunday, June 26, 2011
betul kata penyelia..
dikarut oleh : ms hanashi at 8:59 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
name ku disebut2.. ptt la bersin x berhenti2... hahaa..;)
mengada je ko ye..
p bersin jauh2..
muahaha~
Post a Comment