assalammualaikum..
betul la cakap orang, kalau gembira, jangan 'over' sangat nanti takut akan jadi sebaliknya.. entahlah, tadi maybe aku dan student praktikal yang lain terlebih happy pepagi tu sebab kat dalam lab LANGSUNG takde staff..so, kitorang pun bukak lah forum aka gosip session kat FB..memang happy gila la..
then, petang tu..dah jadi sebaliknya..sentap ok, bila kena marah dengan penyelia..lebih tragis lagi bila encik penyelia merajuk kaw-kaw la dengan kitorang..langsung tak pandang muka kitorang hari ni..ni semua gara-gara aku dan member ni boleh terborak-borak sambil usha-usha kain untuk buat baju raya dalam lab time waktu REHAT..ok, fine..dan sebenarnya, encik penyelia marah betul kat aku sebab camne aku boleh join buat benda yang buang masa tu..
biasanya, aku akan menjawab tapi hari ni, aku banyak DIAM..siyes weh, takut aku nak tegur penyelia hari ni dan, aku rasa sepanjang aku praktikal kat sini, baru hari ni aku merasa rehat untuk hari jumaat..biasanya, aku ni jenis budak yang paling susah nak rehat ikut ofis hour..aku jenis yang buat eksperimen dan kadang-kadang akan skip lunch..sebab tu, most of the time, encik penyelia yang akan belikan lunch untuk aku..dan..dan..dan..sepatutnya hari ni, aku n member laki yang sorang ni akan keluar makan dengan dia kat kenny rogers..tapi, disebabkan kejadian hari ni, semua plan cancel.. :(
dan yang paling sentap, bila aku kena 'brainwash' dengan penyelia selama SEJAM tadi..tak pasal-pasal, semua isu berbangkit..dia marah kat aku kaw-kaw tapi, aku diam je tadi..sebab aku rasa macam aku dah buat semua kerja lab aku hari ni..tetiba, dia ungkit pasal kes minggu lepas..kes aku rendam gel eksperimen aku almost seminggu..aku rasa dia lupa kot yang aku ni MC awal minggu ni, so, camne aku nak handle benda tu? then, dia ungkit plak pasal cendawan aku yang dia tolong harvest time aku MC ari tu..aku bukan taknak tanya pasal sampel cendawan tu, tapi aku assume yang dia tahu apa yang dia perlu buat dengan sampel tu sebab ni kan eksperimen dia..aku hanya mengikut arahan kerja dari dia je selama ni..lepas tu, dia marah-marah aku sebab aku macam tak bertanggungjawab dengan eksperimen sendiri..siyes, tadi memang aku DIAM..biarlah, semua ni biar jadi salah aku..lepas tu, dia duk sindir-sindir aku cakap yang eksperimen aku ni senang je tapi itu pun aku takleh nak buat..perghhhhh, SENTAP kot!!
kau bayangkan, sejam aku duk dalam meeting room tu, dengar dia bagi ceramah..aku memang taknak cari gaduh sebab aku tahu, aku ni just student..apa-apa hal, markah praktikal aku depends pada dia..dia cakap aku tak respect dia sebagai penyelia..then, bila tiba satu tahap tadi, aku menjawab sikit untuk back up diri, dia cakap aku ni teruk..menyampuk kata-kata penyelia..tak hormat dia la..bla...bla..bla..semuanya berpunca dari kes aku duk LEPAK-LEPAK dengan staff-staff perempuan sambil usha-usha kain untuk raya WAKTU REHAT..kes nya kecik je, tapi, penyelia mengungkit macam aku dah buat satu kesalahan yang sangat BESAR..
balik bilik tadi, aku ternangis..aku pun taktau kenapa tapi aku terasa dengan kata-kata penyelia tu..terngiang-ngiang lagi perkataan tadi..dia cakap aku ni banyak songgeh..mengada-ngada..suka berfikiran negatif..sombong..tak pandai respect orang lain dan bla..bla..bla..aku macam give up dengan praktikal ni..tadi, penyelia suruh pilih, jalan mana yang aku nak..ikut dia atau join lepak-lepak dengan staff-staff tu..
entah la..aku bukan apa..tapi, kalau kau tanya orang-orang dalam lab tu, semua mesti tau macam mana keadaan aku..setiap hari, aku busy buat kerja lab sampai aku LANGSUNG takde masa nak tegur orang lain..aku faham, penyelia taksuka aku rapat dengan staff-staff tu..dia cakap staff-staff tu jenis kaki gosip, suka sindir orang, jenis makan gaji buta tapi, tak salahkan kalau aku cuba berbuat baik dengan orang yang nak berbaik dengan kita? takkan la bila staff-staff tegur, aku nak buat muka sombong plak? tak elok la kan?
so, akibatnya, next week aku akan jadi super duper busy..penyelia tambah kerja lab untuk aku..weekend ni pun aku dah start kena stay up..isnin ni, penyelia nak tengok workflow ekperimen aku..weekend ni, aku kena baca LIMA jurnal dan buat summary dan hantar isnin ni jugak...selasa sampai khamis, aku maybe kena run eksperimen TANPA henti..aku ada lebih kurang 100 sampel untuk test 5 jenis enzim..then, aku ada 86 flask untuk diharvest next week..aku tak tau la camne minggu depan ni..dengan report, presentation dan jurnal lagi..aku harap aku tak stress dengan semua ni..dan setiap hari, aku berdoa agar cepatlah habis praktikal ni..
moga diperMUDAHkan segalanya..amin~
Friday, June 24, 2011
jangan 'over' gembira, ok!!
dikarut oleh : ms hanashi at 10:58 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment