THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, June 19, 2011

bila doc dah mula membebel kat pesakit yang degil sorang ni..

assalammualaikum..

     weekend yang betul-betul menguji kesabaran aku..semalam akibat sakit yang teramat sangat, aku hanya mampu tidur 2-3 jam..yang selebihnya, duk menangis tahan sakit..pukul 6 pagi dah bangun, call mak..siyess weh, memang aku menangis je tadi..mak dan ayah dah mula membebel sebab aku degil takmau pergi klinik awal-awal..sakit ni dah serang seminggu yang lepas, baru sekarang terhegeh-hegeh nak cari klinik..

    aku ingat penyakit ni akan hilang..mana la nak tau makin teruk jadinya..sakit ni makin teruk bila ruam mula memenuhi belakang aku..sakit weh sampai aku takleh tidur baring, kena tidur mengiring je..ni kes, memang aku kena pantang makan kaw-kaw kot..aiyoo~

   so, pagi tadi aku terpaksa jugak pergi ke unit kecemasan hospital..taktahan punya pasal..itu pun air mata dah duk menitik tahan sakit..pedih tu takyah cakap la..bila doc tengok keadaan kulit aku ni, dia pun start membebel...dia marah kat aku sebab lambat sangat datang hospital..dah takleh ambil ubat antibiotik lagi..so, sekarang ni, doc hanya mampu bagi ubat tahan sakit dan krim untuk sapu kat bahagian ruam tu je..dia pun pelik, camne aku boleh tahan sakit dalam tempoh seminggu ni..yang lagi pelik, aku takde la demam ke apa..just pening-pening kepala dan gatal-gatal kulit je la..yang lain, semua ok kot dan dia suruh aku datang lagi jumpa dia minggu depan..kalau still ada ruam-ruam lagi, maybe tindakan selanjutnya akan diambil...naaa~ cuak je ni..so, wahai encik kulit, sila jangan buat hal sangat, ok!

   bagi aku, susah weh bila ada kulit yang super duper sensitif ni..semua benda kena jaga..itu takboleh, ini takboleh..doc cakap aku dapat ruam ni maybe sebab aku terdedah dengan pesakit 'chicken pox..so, kulit yang jenis taktahan camni, memang mudah dapat sakit ruam tu dan aku bernasib baik sebab ruam tu just serang saraf bahagian badan je..kalau virus tu serang bahagian mata, itu dikira kes berat..syukur :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...