assalammualaikum..
start dari minggu lepas, hidup aku dah terumbang-ambing..semua kerja penyelia, aku yang kena buat..stress, ok? paling awal aku balik 9.30 malam..penat tu takyah cakap la..hingga ada satu saat tu, aku bawak moto sambil nangis sebab time tu aku sangat-sangat rasa macam orang dah tak betul..maybe aku stress..yup, aku memang sangat stress time tu..badan pun penat dengan period pain lagi, memang satu gabungan yang mantap kot..balik bilik, terus call kakak..
aku cerita semua probs aku dekat kakak..i'm just a practical student, not a worker..aku takdapat gaji pun untuk semua ni..tapi, kakak pujuk aku..dia bagitahu aku ada lagi satu benda penting yang aku akan dapat tapi aku tak nampak lagi, iaitu ILMU..siyes, time tu, aku kesat air mata aku..ya, maybe sekarang aku tak nampak semua ni lagi..then, kakak suruh aku fikir positif..setiap apa yang terjadi, mesti ada hikmah disebaliknya..jangan mempertikaikannya..aku terdiam seketika..tapi, time tu, air mata aku still mengalir lagi..dah kesat tapi still keluar..
kakak pujuk aku lagi..dia taknak bagi aku menangis buat kali kedua sebab praktikal..sebab dia tau, bila saat aku menangis, itu maknanya aku dah terlalu lama menahan beban tu dan satu masalah aku bila aku menangis ni ialah aku akan menangis sampai satu saat aku susah nak bernafas..dia bercerita dengan aku..dia cerita masalah dia dulu dan bagaimana dia atasi semua tu..aku dengar sampai satu saat, aku tertidur...
pagi esoknya, aku perasan yang mata aku dah bengkak..obvious sangat kot sampai kat ofis, kawan-kawan duk tanya aku ok ke tak..entah la, time tu aku sangat letih dan aku dah taktau nak jawab apa..then, tetiba penyelia call dan tanya aku ok ke tak..time tu, aku dah pelik sebab camne dia boleh tahu keadaan aku sedangkan dia takde kat ofis pun? aku syak betul la dia ada spy kat sini..aku jujur dengan dia..aku cakap kat dia, aku penat.aku stress dengan semua ni..lepas tu, penyelia suruh aku ambil MC half day..see?? betapa teruknya aku praktikal kat sini sampai terpaksa ambil MC untuk half day..tapi time tu, kalau aku takdapat MC, mau pengsan aku kat lab..
overall, sebenarnya minggu lepas baru permulaan untuk segala-galanya..sebab minggu ni maybe lagi teruk kot..bayangkan, selasa ni aku kena standby untuk jadi wakil penyelia buat presentation kat monash..dah la present depan prof-prof dari universiti lain, dengan penyelidik-penyelidik lagi..mau tak stress! then, rabu sampai jumaat ni, aku dan member laki yang sorang tu, kena standby untuk jadi pembantu teknikal bagi workshop..ni bukan workshop main-main ye! setiap peserta kena bayar 1K untuk join ni dan kitorang kena ajar prof-prof ni camne nak jalankan exp. berkaitan dengan protein..oh my god, dulu prof-prof yang ajar aku, sekarang ni, aku pulak yang kena ajar dorang..mau tak gila aku!
so, apa-apa pun, aku harap aku KUAT untuk hadapi semua ni..hari-hari aku doa supaya masa ni cepat je berlalu..cepatlah habis praktikal..sebab aku risau, nanti tiba satu saat, aku takut aku terpaksa lawan dengan setiap arahan penyelia..aku harap aku masih lagi ada kesabaran untuk semua ni..aku takde pilihan melainkan ikut dengan setiap arahan dia tu..aku malas nak cari pasal..aku nak konvo tahun ni..itu je harapan aku.
Sunday, June 12, 2011
menangis la kalau tangisan itu dapat melegakan kamu..
dikarut oleh : ms hanashi at 6:18 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment