THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, June 18, 2011

bila saya kena jumpa BIG BOSS!

assalammualaikum...

      hari ini balik kerja lambat lagi..ingatkan lepas habis workshop tu, boleh la balik awal ke apa..rupa-rupanya, TAK..tetiba je encik penyelia suruh datang ke ibupejabat..dia takbagi aku stayback kat lab..so, aku pergi je la ibupejabat tu..nasib baik ibupejabat dekat je dengan kolej aku..act, sebelah kolej aku je pun..HAHAHA :)

      cuak ok bila aku kena masuk meeting room dan jumpa BIG BOSS tempat aku praktikal tu..siyes, tetiba plak encik penyelia mintak aku tolong dia dan join sekali meeting dengan ketua pengarah..rasa macam mau sawan je time dapat arahan tu..aku ingat selama ni encik penyelia bergurau je bila dia cakap yang ketua pengarah nak jumpa aku..naa, sekali ambik kau..ketua pengarah betul-betul nak jumpa personally..

     dalam meeting room tu, aku memang jadi pendiam habis..orang tanya sepatah, aku jawab sepatah..mula-mula keadaan camtu, tapi bila ketua pengarah dah mula bergurau dengan aku, tetiba aku jadi macam taktahu malu plak..mulut ni tak habis-habis duk tahan gelak bila dia duk mengusik encik penyelia..entah la, aku pun taktau kenapa aku kena panggil untuk meeting sekali dengan ketua pengarah..maybe dia perasan muka aku BLUR, then, dia suruh aku belajar..dia cakap, apa yang dibincangkan hari ni, adalah salah satu proses belajar..which is, belajar bagaimana mahu tulis proposal untuk projek kerajaan..aku rasa ketua pengarah baik..boleh la dibawa bergurau..siap ada sesi untuk bergosip plak tadi..

     tapi, sekarang aku jadi sangat TAKUT..sebab encik penyelia cakap, aku dah tau banyak benda pasal institusi ni dan sekarang, aku perasan yang ada dua tiga orang staff yang try nak korek rahsia dari aku..sebab tu, tadi encik penyelia pesan, jangan MUDAH percaya dengan cakap orang lain..naaa, aku rasa macam aku pernah TERlepas cakap lol..naa~ matilah aku :(

     aku rasa macam aku dah takboleh lari dari institusi ni..sebab aku dah tau banyak benda pasal tempat praktikal ni..camne ni? kalau encik penyelia offer kerja kat sini, camne ye? aku dah pernah cakap kat dia yang aku nak rest untuk sebulan dua after praktikal ni..maybe, lepas grad baru aku serius dengan kerja..muahaha~

     overall, aku rasa hari ni sangat best sebab akhirnya, aku dapat jumpa ketua pengarah tu..walaupun penat tapi berbaloi..alhamdulillah :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...